Sunday, April 14, 2013

Ho Chi Minh - syurga membeli belah

Ho Chi Minh.. here I come!! Penantian tu satu penyeksaan kan? Kami beli tiket flight ke Ho Chi Minh tahun lepas. Elok balik je dari Bandung, bila Air Asia buat tambang murah. Kami tak tunggu panjang, terus beli tiket ke Ho Chi Minh. Orang kata tempat ni syurga membeli belah. Katanya....

6/4/2013 - Day 1. Seawal 10.30 pagi kami dah gerak ke LCCT. Flight jam 12 tghari. Alhamdulillah flight tak delay. Sampai ke Nan Son Nhat International Airport jam 1 tengahari, waktu sana. Waktu kat Ho Chi Minh lewat sejam dari kat Malaysia. Tapi cuaca sana tersangat lah panas. Aku ingat KL ni dah panas, rupanya HCM lagi panas dek. 

Sampai kat airport, dah de orang tunggu. Nasib baik aku dah booking hotel dan minta hotel tunggu kat airport. Selamat... tak le kitaorg termangu-mangu. Terus di bawa kami ke hotel. Naik 2 cab. Aku naik 1st cab. Masa nak naik cab, orang dari hotel tu cakap "You dont pay. The hotel will pay." Start detik tu, aku terus dah boleh paham style orang sini cakap omputih. Huhuhu....

Tapi nak jadi kes, masa kami turun cab, driver taxi tu minta tips. Erk!! I tot, the fellow said I dun have to pay. Kami ingat nak bagi duit tip gak. Berpoyo-poyo mamat tu nak duit tips. Siap tunggu lagi. Nasib baik kami pergi tanya kat receptionist kat hotel tu. Dia kata "No tips!" Hahaha... lega akak. Ooo... sampai-sampai je dah nak kena pau dengan driver taxi.

Ok lah. Kami masuk bilik. Rehat. Bilik dia ok la. Kami dok 3 orang, aku, Ida dan Biha. Dapat bilik deluxe. 1 queen + 1 single bed. Ada TV. Ada aircond. Tapi kat sini mungkin sebab nak jimat bil letrik, aircond dia tak bape kuat la. Still kami kena pasang kipas. Panas dek....

Memandangkan masih awal lagi, kami decide nak pergi hard rock shop dulu. Kat sini, teksi senang aje. Tahan le kat memana pun. Masalahnya komunikasi. Puas kami sebut hard rock cafe. Dia tak paham beb. Last-last minta staff hotel tolong cakap kan. Lerrr... hard rock yang popular tu pun takkan tak paham derrr...

Ok sampai je.... kami mesti la posing posing dulu. Bukti ni beb. Then, aku cari la t-shirt untuk kenangan. Macam dah jadi kemestian plak. Tiap tempat kami pergi ada Hard Rock Shop mesti pergi punya. Kali ni bukan aku dengan asben je dapat t-shirt. Biha pun dapat bahagian dia huhuhu... 

Now the challenge is to go back to hotel. Sebelah hard rock ni ada hotel. Senang je nak naik teksi. Then again, masalahnya komunikasi. Err... cemana nak sebut. Puas kami sebut AVA Hotel. Tak paham gak. Adoiii.... nasib baik teringat name card AVA Hotel tu. Tunjuk kad, terus dia tau mana nak tuju. 

Balik dari Hard Rock, letak beg kat hotel, then kami jalan kaki ke Pasar Ben Thanh. Dekat je dari hotel kami. Dalam 100meter je kot. Motif utama, kami nak beli beg. Diaorang kata kat sini backpack murah. Ok... banyak gak aku beli. Untuk aku, untuk Biha dan untuk asben. Beli extra lagi kot ada sapa-sapa nak. By this time, Biha dah lepak. Sampai tertido kat kedai. 

Jadi, lepas dinner kat Restaurant Serai, kami balik hotel. Malam tu, aku tak keluar ke mana pun sebab Biha dah tertido. Kepenatan kot. Ida join the rest of the girls pergi ke Night Market. Siap lepak minum kopi lagi . Cehh.. jeles akak tak dapat join.

7/4/2013 - Day 2. Kami bangun awal dan terus jalan kaki ke restaurant Haji Halim. Sebab? Hari ni destinasi ke Mekong. Memula kami plan nak pergi Sg Mekong ni hari Isnin. Tapi kami kensel yg dengan hotel tu. Kami join Hj Halim ni sebab dia bawak semua muslim aje. Pastu siap makan yang halal. 

Gambar ni masa tunggu bas depan restoran Hj Halim tu. Khusyuk kami tengok makcik ni kupas buah bali. Tinggal isi je tau. Teringin sungguh aku nak makan. Tapi sampai ke sudah... tak dan aku nak beli bali dah siap kopek tu.

Silap kami, tak study bebetul. Rupanya perjalanan dari Ho Chi Minh ke Sg Mekong ni 2 jam wooo... kami plak tak breakfast. Ingat le Hj Halim ni bagi breakfast. Hampehhh... tak de breakfast pun.


Lepas 2 jam perjalanan naik chartered bas, kami sampai ke jetty. Then kami baik boat. First stop kami pekena madu + tea. Air teh yang tawar + madu + dan perah limau kasturi. Sedap la kan. Siap... kami dapat rasa madu asli. Pure dari sarang nya. Dia bawa sepapan sarang lebah yang ada lebah sekali. Suruh kami masuk jari sampai dapat madunya. Lebah tu tak le plak gigit jari pun. Try la beb. Madu tu pure tuh. 

Aku beli la sebotol madu. Sebab lately bila batuk, aku memang minum madu + lemon. Sebotol VND100,000. Lebih kurang RM15.80. Boleh la harga dia untuk madu asli. Balik KL, aku masukkan madu tu dalam peti ais. Orang kata, kalo dia keras makna tak asli la madu tu. Tadaa.... tak keras pun madu tu. Huhuhu...

Ok... then kami jalan kaki, ke tempat makan buah plak. Hmmm tak le buah-buahan menarik sangat pun. Aku agak terkilan gak la. Aku dok terbayang limau bali + dragon fruit(merah) + limau hhuhu...Sekali yang ada pisang + betik + nenas +dragon fruit (putih) + ciku. Seb baik ada ciku. Ciku kat sini besar-besar wo.... sekali ganda lebih besar dari ciku kat Malaysia.

Ok... then kami jalan kaki lagi ke tempat menaiki sampan. Woohhh... ni la paling best sekali, walau pun giler scarryyyyy.... Sampan tu pendayung dia 2 orang. Sorang kat depan, sorang kat blakang. Boleh naik maksimum 4 orang penumpang. Tapi kami naik 5 orang, sebab aku naik dengan Biha. Dah le aku dengan Wawa kan 'kenderaan berat' sampan tu plak bergoyang-goyang. Mana de pakai life jacket bagai..... huhuhuu scary akak okay. 


Jadi... aku tak brani nak toleh-toleh le eh... Statik je akak duduk. Amik gambar pun selca je ok. huhuhu.... Tapi pengalaman ni la paling best sekali kat sini. Tempat lain ado???

Then, kami naik bot balik ke destinasi lain. Rupanya destinasi kali ni.... kami ke tempat memproses gula-gula kelapa. Sedap. Dapat la kami rasa. Tapi aku tak beli pun. Mahal kottttt aku rasa. Kat Malaysia pun ada hehehee...


Then jalan kaki skit... ke tempat menaiki kereta kuda. Satu kereta kuda tu bleh baik 6 orang termasuk 'drebar' dia. Aku rasa kesian kat kuda tu kena bawak kitaorang huhuhu..... tapi I did enjoy the ride. Then, kami naik semula bot kembali ke jetty. Lapo lapo lapo.... tapi kena tunggu 2 jam lagi baru dapat makan. Sampai Ho Chi Minh terus makan kat Restaurant Hj Halim tu. Kat sini kami dapat rasa masakan Vietnam. Dia hidang TomYam Vietnam + telur dadar + sayur kangkung tumis + ayam masak kicap berlado.

Aku ok je dengan masakan tu. Lapo le katakan. Tapi memang tomyam dia lain la dari tomyam thai. Huhuhu... sapa tak biasa memang tak bleh makan. Aku balun je... huhuhu...

Then, kami balik hotel, rehat. Penat derrr....Petang kami keluar semula ke Hard Rock sebab Ida nak tukar saiz baju. Then dari Hard Rock kami ingat nak ke Taka Plaza. Agaknya sebutan kita ni lain kot.. dia tak paham. Aiseh!! Kami plak tak de alamat. Last-last tunjuk map, tukar destinasi ke Saigon Square huhuhu... Tak de apa sangat pun kat sini. Last-last kami amik teksi balik ke hotel. Then kami jalan kaki ke area jauh sikit. Then dinner kat tempat lain. Sempat la kami singgah ke Rohani Collection beli telekung. It's shopping time you...

Believe it or not? Kat sini memang banyak jual haiwan eksotik yang telah di awet dalam botol macam ni. Euuuu..... aku amik gambar buat kenangan je la. Tak kuasa de akak nak beli bawak balik. Nak buat apa? Minyak senyonyong???

8/4/2013 - Day 3. Perancangan asal, kami nak pergi shopping tour. Memula dah booking dah. Tapi last-last kami kensel sebab kami nak jalan sendiri. Kami minta hotel bagi kami alamat je... kami naik teksi sendiri. Hari ni memang tak de ambil gambar pun. Sebab tak dan huhuhu....

1st destinasi kami naik teksi ke Pasar Binh Tay (Cho Binh Tay). Memang jauh gak la dari tempat kami. Macam kat different section. Naik teksi pun dalam VND150,000. Ni tempat shopping gak. Pasar dia macam ala-ala pasar Siti Khadijah kat Kota Bharu.

Tapi kat sini, kain-kain dia lagi murah. Cehh... kitaorg dah banyak beli kat Ben Thanh Market tu plak nya. Tapi memang la Ben Thanh Market tu lagi mahal lerrr.... mungkin sebab dah jadi tempat tarikan pelancong kot. 

Kat sini, sempat aku tempat baju aku + baju Biha. Huhuhu.... dapat la mak berdondon-dondon dengan anak mak ni huhuhuhu...

Dari Pasar Binh Tay, kami naik teksi ke Taka Plaza. Kali ni kami tunjuk alamat yang hotel dah bagi awal-awal. Sebelum jejak kaki masuk Taka Plaza ni, kami ke Saigon Green House dulu. Lunch. Makan kat sini sedap dan murah sikit dari tempat lain. Restaurant dia kat tingkat 3. Lepas makan... turun tangga bleh singgah shopping huhuhu....

Lepas singgah 2-3 kedai baru la kami masuk Taka Plaza. Tempat ni pun menarik gak. Ala ni tempat shopping gak. Ate dah namanya Ho Chi Minh ni syurga beli belah kan? Cuma yang best.... tempat ni ada air-cond. Yahooo!!! Wakakaka....

Balik dari Taka Plaza, terus ke hotel. Malam baru kami keluar semula. Jalan semula ke Night Market. Then dinner kat Restoran Serai.


9/4/2013 - Day 4. Pepagi kami bersiap. Hari ni.... duit pun sudah banyak susut.... jadi aku dengan Ida plan nak gi jenjalan amik gambar aje. Tak de le nak shopping lagi huhuhu. Akak dak pokai dah derrr... Wawa and the geng nak shopping lagi. Jadi kami jalan bertiga je la.

Dari hotel kami naik teksi, tunjuk je gambar. First destination, Notre-Dame Cathedral. Sebenar ni adalah church. Tak de le kami nak masuk pun. Aku cuma tengok luaran je. Pergi pun sebab tempat ni macam landmark for tourist attraction kat sini. Katanya dibina dalam tahun 1863-1880. Senibina bangunannya masih mengekalkan ciri-ciri lama. 


Bersebelahan dengan Notre-Dame Cathedral ni adalah Central Post Office. Alahai pejabat pos je pun. Apa la sangat buleh jadi tempat tarikan pelancong kan? Tapi bangunannya... dari luar memang la bangunan lama. Dibina pada awal kurun ke 20.


Jom masuk dalam. Ooohh.... memang menarik dalaman dia. Tak rasa macam kat pejabat pos kan? Orang local sini datang buat urusan pos la kan. Kami dan pelancong lain datang amik gambar je. Huhuhu... Tak menyesal datang sini ok. Patut la aku nak datang hari ahad, orang kat hotel tu suh pegi time office hour. Sebab ahad post office tutup. 

Dari post office, kami datang semula ke Saigon Green House tu untuk lunch. Singgah lagi sekali kat Taka Plaza. Dapat la Ida beli baju biru yang diidamkan. Semalam tu dia tak beli sebab tak de saiz. Harini ada plak.


Then, kami balik hotel. Mandi-mandi, bersiap untuk checkout. Checkout kul 12.30pm. Then teksi sampai kul 1 pm terus ke airport. Beg pun telah beranak pinak dah. Datang semua 1 beg aje. Balik memasing dah beranak2 jadi 2 beg, kecuali Syirah je 1 beg.

Lain kali boleh datang Ho Chi Minh lagi. Tapi tak perlu la sampai 4 hari. Sebab Mekong tu tak yah pergi lagi. Pengalaman tu, sekali je cukup. Sight seeing pun tak de mende sangat nak tengok. Shopping je la. Paling lama pun 3H2M dalm cukup.

Ho Chi Minh... kami balik dulu. Kami akan datang lagi bila Air Asia buat tambang murah ye. Huhuhu.... 


Tips: 
1 - prepare alamat mana korang nak pergi. Senang nak bagi kat taxi driver. Or.. suh hotel tuliskan.
2 - memana kedai bagi name card. SILA SIMPAN. Sebab sangat berguna untuk tunjuk alamat kat taxi driver ok.
3 - Teksi paling reliable dan tarak tipu punya VINASUN TAXI. Teksi lain, so far aku naik, ok je.
4 - Nak shopping kain cotton, pegi Cho Binh Tay. Jauh lebih murah ye. Sila google dan simpan alamat dulu sebelum pergi.
5 - Simpan a few name cards hotel tempat menginap.


No comments: