Friday, November 15, 2013

Kenangan itu...


15 November. Hari ini, saat ini, 22 tahun yang lalu...

Bas tengah merangkak-rangkak masuk ke Puduraya. Senyum aku tak lekang. Kejap lagi jumpa Meah. Ronda KL sekejap. Esok nak pergi rombongan ke Kuantan. Seolah tidak mengerti kerisauan mak dan abah kat sebelah.

Ye... memang aku tak mengerti. Kepala aku senak dengan fikiran-fikiran yang akan menggembirakan aku. Pasti aku akan gembira di Kuantan esok. Ye.... esok. Tak sabar.

Esok aku akan ke Kuantan. Ikut rombongan pelajar-pelajar MRSM. Esok pagi-pagi perlu berkumpul di depan Medan MARA. Tunggu bas dan bergerak ke destinasi. Malam ni, aku tumpang tidur rumah Meah. Meah, satu sekolah, satu kelas, malah satu dorm dengan aku. Cuti sekolah yang sekejap ni rasa lama sangat tak jumpa dia. Tak sabar.

Mak dan abah nampak resah. Esok abah perlu menjalani pembedahan. Kata abah, 'Ala... minor surgery aje'. Tapi mak nampak sugul. Abah nampak penat. Dari minggu lepas abah tak rehat. Kelmarin ke Batu Pahat, semalam ke Johor Bahru. Hari ni ke Kuala Lumpur pula.

Mak hanya menemankan abah. Malam ni... kami masing-masing akan ke destinasi berbeza. Aku ke rumah Meah. Mak akan tumpang rumah Abang Hashim, sepupu aku. Abah akan terus check in ke Hospital Pantai.

Aku merenung jauh. Tersenyum. Berangan.

Jam... 4.15pm. Dah sampai Puduraya. Bas berhenti. Kami turun bas dan naik ke platform. Aku tunggu Meah sampai. Mak dan abah tunggu Abang Hashim.

4.30pm Meah sampai. Aku senyum lebar. Sebelum bertolak, aku salam dan kucup tangan mak dan abah. 'Jaga diri baik-baik. Jangan buat yang bukan-bukan. Jaga nama keluarga.' Pesan mak. Abah hanya diam.

Dan.. aku terus ikut Meah.

Saat itu. 22 tahun yang lalu...

Tak pernah aku terfikir... itulah kali terakhir aku lihat wajah abah. Itulah kali terakhir aku salam dan kucup tangan abah. Kenapa lah aku tak peluk abah erat-erat.... Kenapalah tak aku kucup pipi abah. Aku patut ucap... 'Sayang abah...' Tapi... tidak. Aku tak buat. Aku terlalu gembira memikirkan akan ke Kuantan keesokkan harinya.

Tak pernah aku terfikir pun yang aku tak sampai ke Kuantan pun. Malah bas ke Kuantan tu pun belum sempat aku jejak.

Tak pernah aku terfikir ni semua.

Hari ini. 15 November 2013. 22 tahun kemudian. Saat ini, tiba-tiba aku terfikir.

Mungkin kerana kerinduan datang bertandang. Rindu abah yang dah 22 tahun meninggalkan aku. Rindu wajah redup abah. Rindu suara lembut abah.Rindu senyum abah.

Semoga roh abah tenang di sana. Lily rindu abah.... al-fatihah...

No comments: