Thursday, February 06, 2014

dugaan lagi..



Dugaan datang silih berganti. Patut la orang kata, bukan senang nak berniaga ni. Kena gigih. Kena tabah. Kena kuat.

Baru je nak masuk 3 bulan  asben meniaga kat Apartment Lestari, Taman Tasik Permaisuri. Ada pula isu pasal ownership kedai tu. Dah owner yang sekarang ni rupanya bukan owner sebenar. Owner sebenar pula nak naikkan sewa.

Lepas kautim dengan tuan kedai baru... nak pula deposit 3 bulan + 1 bulan sewa. Nak kena bayar lagi pula. Astaghfirullahal'azim... hebat dugaan Allah ni.

Mula-mula aku malas nak ambil pusing. Kedai tu kan asben partner dengan kawan dia. Biarkan mereka fikir.

Tapi hati isteri mana yang tidak akan tersentuh? Aku ni, walaupun 'garang' dengan asben aku... walaupun kawan dia cakap aku ni suka control laki la... aku abaikan dia la... dan segala macam tohmahan lain. Hanya Allah yang tau... betapa aku menyokong apa saja dia buat.

Cuma mungkin sejak akhir-akhir ni orang tengok aku seperti tak ambil endah apa asben aku buat. Tapi hakikatnya... aku dah penat dah dengar orang kata aku kongkong dia. Penat dah aku dengar orang kata... macam-macam. Sedangkan apa aku lalui.. ada orang lain kisah? Ada orang tolong ke?

Hakikatnya, aku tak pernah dari berhenti memberi sokongan kepada dia. Bukan sokongan moral je... banyak bentuk sokongan lain yang selama ni aku buat untuk dia. Ye lah.. suami dek oiii... sapa tak sayang?

Jadi kali ni, sekian kalinya lagi..... aku putuskan. Aku akan terus menyokong dan bantu dia.


Mungkin ini jalan yang Allah tetapkan untuk aku. Aku redha dan aku pasrah. Ini mungkin yang terbaik untuk aku dan keluarga. So.. I will always be behind him. I will, again, be his knight of shining armour (ecececeeeeee...). Dengan harapan dia akan hargai mengorbanan aku.

Lagipun mungkin ini sahaja yang aku mampu buat untuk dia. Atas segala kebebasan yang dia beri pada aku. Atas segala kepercayaan yang dia bagi kat aku. Atas segala kasih sayang dia curahkan.

Semoga Allah redhai usaha kita ye... amin..


No comments: