Hari ni pepagi.. sampai opis.. dapat call dari customer.
"Eh.. saya rasa saya nak tukar la proses tu. Kalau tak nanti kita tak boleh nak tukar jumlah Fi."
Memang best betul pagi-pagi masuk opis dapat call dan statement kat atas tu. Hmm... buat mood aku ke laut la.... Mana taknya... ni bukan sistem develop pakai mulut tau. Suka-suka nak tukar proses la. Abis... sistem yang sedang dibangunkan cemana? Report yang dah dibuat cemana?
"Tak pe la Lily, kita meeting esok. Nanti kita discuss macamana nak buat. Kena buat juga ni. Kalau tak, kami tak boleh nak tukar amaun Fi ni."
Ingat hari ni cakap, esok boleh betulkan kan?
Ciss.. abis hilang mood aku hari ni. Hari Khamis kot. Macam-macam aku plan nak buat hari ni. Nak buat testing. Nak check procedure. Nak kena update DTL.
Ni sebab statement yang satu tu, buat aku fikir... aishh malas la nak buat apa-apa. Buat pun... test pun... betulkan pun.. still pending output meeting esok. Kalau hari ni aku kata... 'ooo developer salah buat. Sebab kalau buat macam ni, output tak keluar data. Kena buat konsep B.' Habis... lepas meeting esok, kena tukar semula.
Aku pun tension. Developer yang buat sistem tu pun tension.
Aihhh.... dah la... layan RM jap. Kasi ilang tension. I need 30 minutes break!

No comments:
Post a Comment