Thursday, January 15, 2015

Going to School

Tahun 2015 ni bermula lembaran baru dalam sejarah kami sekeluarga. Tahun ni my little angle turn 7 and she's going to school. Yeay!!!

Mama amik cuti khas 3 hari untuk sediakan Biha dan pantau dia turun naik van sekolah. Satu pengalaman baru buat mama. Dulu masa mama sekolah, tak de pun cam ni. Trend kah? Keperluan kah?

Tapi dengan tahap keselamatan sekarang... tak pe lah. Orang nak kata trend pun boleh. Orang nak kata mama yang over excited pun sukati la. Janji mama puashati sebab dapat tengok sendiri anak mama turun naik bas. Nanti mama dah naik keje, boleh la agak... waktu ni anak mama tengah buat apa. Dah makan ke... dah balik sekolah ke...

Alhamdulillah setakat ni Nabihah sekelas dengan BFF dia. Aireen dan Dang. Tak pasal-pasal mama dengan mama Aireen dan mama Dang pun sama kawan hehehe... lom BFF lagi hihihi *wink*

Anyway... mama puashati sebab anak mama pandai berdikari. Tak nanges pun 1st day school.

Balik school, nak van terus ke transit. Sebab transit kat tempat Umi. Mama tak risau lah. Sebab Umi tu pun mama dah kenal. Nabihah pun dah biasa dengan Umi. Gengsi dia pun sesama transit sana.

Lepas makan, tukar baju. Terus ke KAFA. Umi bawak anak-anak ke KAFA. Jalan kaki saja. Balik KAFA, mandi mandi... petang baru mama amik.

Hari ni, mama dah keje. Anak mama pandai la jaga diri sendiri.






No comments: