this is where i put my tots, feelings, emotions and journey into writing. my life seems like a chocolate box, sometimes it's just chocolate, sometimes it's full with nuts... woot!!!
Friday, August 10, 2007
Bangkok... here i come!!!
Tapi at the same time tension gak. Last minute betul baru kitaorg dapat tau kitaorg kena pergi. Boss kata suh pergi hari Selasa masa meeting. Petang tu terus Yam gi buat passport (psss.. yam pasni leh la kita carik keje kat Singapore hehehehe...).
Hari Rabu baru nak apply for training. Kitaorg pun sebenarnya naik segan + malu nak apply training. Ye lah... kitaorg ni sedar diri tau. Department aku, dah lama tak de projek besar. Asyik2 projek ciput2 je. Mana tak nya bos tak mau carik bisness. Kitaorg dengan nak handle customer lagi... (cukup la pasal boss aku tu... buat hilang mood je citer).
Dan kitaorg pun dengan confident nya ingat sure la Director tak approve training tu. Dah le kat Bangkok. Yang mintak team yg tak de sales lak tuh. Tak disangka2 petang Rabu tu boss approve.
Cuma aku rasa sesak nafas sikit la. Masa tu la sibuk nak carik flight. Sib baik ada Air Asia (sekarang semua orang boleh terbang .. wakakakaka). Flight settle. Hotel plak. Semalam dah sedap la ingat leh dapat Pan Pacific Bangkok sebab hotel tu satu building dgn Oracle. Tapi petang semlm dapat tau fully booked plak. Ada festival apa ke mende ntah kat sana.
Pagi ni masuk opis dapat tau dah settle hotel termasuk transfer from hotel to airport. oklah tu... Alhamdulillah... cuma jauh mana dari hotel ke Oracle aku pun tak tau. Hopefully jangan jauh sgt... Hopefully kitaorg still leh naik teksi le tiap2 hari. Kan apa... kitaorg kena bawak notebook sendiri gi training tu. Adeiii... dengan keadaan aku sekarang... nak usung notebook tu tiap2 hari ke hulu ke hilir... memang la aku tak sanggup.
Tapi Insya Allah aku dapat settle semua. Oooo... training sampai bila??? Dari 14/8 hingga 18/8. Full dari 9.00am to 7.00pm Bangkok time.
Tapi flight aku 13/8 la... dan balik sini 19/8. Toksah la nak kirim2 sgt ek. Aku ni tak berani nak janji apa2. Bukan apa aku tak tau ntah sempat ke tak nak jalan... Lagi le aku mana la leh bawak barang berat2. So mana yang sempat la ek (errr... buat akak2 dan adik badik aku, Insya Allah korang la diutamakan ok...) Jangan plak harap t-shirt je eh. 10 orang mintak t-shirt masak la aku nak bawak tuh... Kalau laki aku ada tak pe... ada orang tukang bawak beg wakakakaka....
Ntah kitaorg berani ke tak nak jalan kat tempat org. Hehehehe aku ni bawak anak dara orang tau. Wakakakakaka....
Sekarang ni ntah bila la nak dpt cash advance. Adoi... kalau tak dpt terpaksa la aku kuar duit aku sendiri... ooo tidakkkk.... Memang lah leh claim. Tapi claim ujung bulan tau beb! Ada yang balik Bangkok aku makan megi jek. Pastu nak tukar duit plak tu lagi. Tak mo la tukar kat bank.
Tapi pada masa yg sama excited la... wahhhh... ye lah takkan nak tipu kot. Mesti la excited dapat jejak kaki ke negara orang tanpa aku perlu kuar sesen pun hins hins hins...
So... Insya Allah kalao aku dapat hotel yg ada wireless aku update la perkembangan aku kat sana memalam kalau aku free ek. Kalau tadak (adoiii... mau mati kutu aku kalau seminggu dok terperap kat hotel tetiap malam tanpa internet), tunggu la aku balik nanti ek.
Erk!!! Lama la kita tak dapat borak ek. Semalam la last kita dpt borak jap. Hari ni ko dah cuti... Pastu aku lak gi Bangkok. By the time aku balik dari Bangkok ko plak gi Europe. Wakakakaka pastu tak cukup tangan la kita nak menaip pengalaman kita ek... Wahhhh....
Tuesday, July 31, 2007
Ampun maap dipinta
Atam... sorry ek... harap2 korang paham. Hehehehe...
Erk!! aku citer apa ni? Kalo korang tertanya2... alah.... rilek-rilek tak penting pun wakakakakakaa...
Monday, July 30, 2007
Eye on Malaysia
Ni la bentuk Eye on Malaysia tu. Hehehehe dari luar... dari dalam...
wahhh... sempat tau posing lepas turun tu..
psss... pinat... ni salah satu baju aku beli masa kat jusco hari tu ngeh ngeh ngeh...
Tuesday, July 24, 2007
Sandal Baru
Puas la carik sandal yg tu. Sebulan lebih yang lepas aku jumpa sandal tu kat Carrefour Batu Pahat. Dah try... waaa ngam. Selesa. Best. Harga? Standard la kalo scholl kan... RM108 boleh la kira berbaloi dengan keselesaan dia.
Tapi masa tu aku tak beli. Sebab dah terover budget la bulan tu kononnya. Lagi pun masa tu aku pakai sandal arwah mak (Bonia tau) yg masih elok lagi.
Agaknya dah tiap-tiap hari aku pakai sandal tu (dan dah tiba masa dia pun, aku ingat mak aku beli sandal ni dulu masa kitaorg nak pergi Sydney dulu.. bape tahun dah beb kasut tu). Jadi tapak dia dah terkopak la.
Nak jadik kisah... aku kena lah beli sandal baru tau (ni part yg best ni hehehehe nak dapat kasut baru mesti la best kan). So hari Ahad haritu cik abang saya cuti (MC sebenarnya). Lepas gi klinik panel dia kat area Ampang Point, kitaorg masuk la Ampang Point sat. Mana tau ada la kasut scholl tu kat situ. Pusing-pusing.. tak de pun...
Pastu laki aku tanya la nak ke mana. Aku ajak gi Mid Valley sebab aku rasa sure ada punya la kat Mid Valley. Tapi dia sebenarnya nak tengok MotorGP kat TV. Dia ajak gi IOI Mall aje. Aku pun ok je la. Ala kasut scholl biasanya ada je la kan.
Sekali pusing punya pusing... lepas satu kedai kasut ke satu kedai kasut aku masuk. Ada le kedai kasut yg jual sandal scholl. Tapi model yang aku nak tu tak de plak. Adeeiii... dah frust tahap cipan la time tu. Tapi depan dia buat cool aje la.
Yang lagi keciwa tu... dia jumpa plak sandal yang dia berkenan. Tapi aku tak bagi beli hehehehe... aku cakap kat dia, aku dapat beli sandal aku dulu baru dia bleh beli sandal dia. Hak hak hak... bukan la dengki. Tapi kan keluar tu nak carik sandal aku kan... manaleh potong Q.
Tak jumpa gak sandal tu.. balik la rumah. Sampai rumah cik abang tu kan main le terus bukak TV nak tgk MotorGP kononnya. Channel 81.. tak de. Channel 82.. takde... TV2 tak de... Kakakakakaka... aku dah rasa nak gelak dah time tu. Dia tak puas hati tengok balik kat Astro Guide. Memang sah tak de. Kuang kuang kuang.... aku rasa nak gelak2 time tu tapi aku buat biasa je. Kang dia mengamuk plak kang.
Ekceli MotorGP memang ada... tapi dia tak buat live kat tv. Hehehehe.... last-last 2-2 tak dapat. Sandal aku tak de... MotorGP tak de.
Semalam balik kerja... aku tak puas hati gak ni. Terus gi Mid Valley membawa sebuah harapan besar cewah... Aku masuk beberapa kedai kasut tarak jual jenama scholl. Aku bagi la kelonggaran kat diri sendiri. Ok lah... tak dpt scholl tu.. Hush Puppies ke... Clark ke.. pun tak pe la...
Masuk Hush Puppies... eleh... tak de plak yg aku berkenan. Ekceli ada tapi aku tak mau la kat tempat tapak dia berbulu sebab nanti lelama pakai bila basah dia licin. Masuk Clark plak... pun tak de. Masuk Primavera.. tak de.. Last sekali... aku masuk Vad & Vid... eh ada plak. Yang paling best ada plak model sandal scholl yang aku carik2 tu.
Amik saiz aku... test lebih kurang. Terus bayar tak de banyak songel la... Pastu tepon la laki aku, dia pun suka gak... sebab dia kata leh la dia beli sandal yang dia jumpa kat IOI Mall tu sebab aku dah dapat sandal aku. Cett!!!
Yea yea.. dapat sandal baru.. best best.... (Aiseh Pinat.... aku tak rajin la nak snap snap gambar mcm kau hehehe....)
Wednesday, July 18, 2007
Sate oh sate
Balik sempat lagi tu aku beli kacang rebus. Erk!! Pinat... aku leh makan kacang rebus kan? (Pinat ni penasihat perubatan aku ni wakakakaka... bila ko naik pangkat Pinat?)
Adusss... lama tak pekena sate syok jugak ek. Naik senak perut makan sate hehehe...
AKU CUTI TAU...
Ok.... especially buat ReD, Pinat... dan kengkawan yg selalu borak-borak. Hehehehe... Jumaat ni aku CUTI tau... wakakakaka siap buat announcement tau.
Adik aku nak turun KL, so tak pe lah aku cuti 1 hari bawak dia gi tempat dia nak gi.
Lagi satu... esok pagi aku tak de kat opis tau. Mungkin tengahari baru masuk (kalau rajin wakakakaka)
Monday, July 16, 2007
TQ - ReD
07-07-07 wedding Izan & Fazli. Tahniah!! Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat... aminn...
Hari Jumaat lepas (13-Jul-07) atok husband aku telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah. Baru je kami plan-plan Sabtu lepas nak balik kg. Tapi tak kesampaian lak hajat hati. Jadi Jumaat pagi lepas Subuh, kami bergegas balik ke Tanjung Karang. Tapi... alahai... jalan jem plak. Masa ni la lori ais nak terbalik kat Sg Besi tu. Kitaorg terpaksa singgah rumah mak mertua aku dulu, sebab nak ambik adik ipar aku balik kg sekali.
Sampai Tg Karang dah dekat kul 11. Jenazah dah selamat di bawa ke tanah perkuburan. Tak dapat le laki aku jumpa atok dia buat kali terakhir. Tapi aku pun bersyukur gak... sebab atok pergi di hari yang mulia. Alhamdulillah....
Sabtu (14-Jul-07) sempat aku gi Cathay Cineplex Damansara tengok Harry Potter. Tu pun dapat tiket free dari ReD ~ terima kasih daun keladi red, kalo ada tiket free lagi.. ingat-ingat le kat aku lagi hehehehe. Kalo tak... tak sampai le aku ke tempat baru tu.
Hari ni, macam biasa masuk keje lagi dengan keboringan. Semalam akak aku datang. Tak sampai ke rumah pun. Kitaorg jumpa kat Jusco Equine aje. Lepas le rindu aku pada budak si Irfan tuh. Geram tengok dia. Akak aku cakap, abang ipo aku nak operate tonsil 18hb ni. Pastu dia mc 2 minggu kena rehat kat rumah. Tak leh makan... cuma leh makan aiskrim aje. Sian lak dengar. Anyway, aku doakan semuanya berjalan lancar...
Tuesday, July 03, 2007
Adei... seronoknya gi PD
Sabtu lepas - 30-Jun-07 company aku buat trip ke PD. Ala kiranya macam Family Day la. Dan aku berjaya akhirnya memujuk cik abang tu utk pergi sekali. Kalo dak dia nak gi konvoi, dan aku kena la terperuk kat rumah. Hehehehe... macamana aku berjaya memujuk nya? Biarlah rahsia wakakakaka....
Seronok... best giler... tu la ungkapan aku untuk perkelahan kali ni. Walau pun tak le meriah mcm yg org lain organize (walaupun aku bukan committee yg in charge) tapi memang meriah dan seronok. Ada la aktiviti-aktiviti yang dirancang terlebih dahulu.
Ok... chronology...
Aku sampai hampir jam 10 pagi kot. Masa tu belum ada aktiviti yang start lagi.
Aktiviti pertama: Tiup tepung dan amik gegula dalam tepung.
Ni acara kanak-kanak la...
Aktiviti kedua: Bawa bola dalam sudu.
Ni pun acara kanak-kanak.

Aktiviti ketiga: Pecahkan belon di kaki
Acara ni terbahagi 2, satu kategori lelaki dan satu kategori wanita. Juara kategori lelaki, husband mai le... kurus bukan sebarang kurus tau. Juara kategori wanita lak... Nisa... ni pun satu. Badan je keding tapi kederat... mak oi.... hebat.
Aktiviti ke-lima: Tarik Tali Alahai aku kesian betul tengok acara ni. Bukan apa... pemilihan pasukan ikut undian. Tengok je ahli kumpulan 1 mcm dah kalah sebelum bertanding. Yelah semua keding-keding. Yang group satu lagi kan main... semua kategori veteran yang besar-besar wakakakaka.... so dah tau la juara kan?

Ni pun acara yang dimonopoli oleh kumpulan yang mana memula tu ahli-ahli dia nak balik cepat. Wakakakaka... ngelat sungguh tangan panjang-panjang. Orang lain baling korang main hop-hop aje ek...
Lepas acara semua berakhir dan ramai yang dah balik, yang tinggal-tinggal mula la sambung mandi laut. Dan sambung pulak dengan naik banana boat. Alahai jeles aku... sebab aku tak naik. Nak tgk video time diaorang jatuh tergolek dari banana boat? Gi sini...
