Thursday, April 07, 2011

bila nak start ni?

Hmm... bila nak start ni? Kata tadi meeting pukul 3 petang. Dah ada kat sini dari jam 2.30ptg. Sampai sekarang tak start lagi. Dah abis pun office hour. Aisssshhhhh.....

Sabar noooo...... Aduhaiiii... M.A.L.A.S sungguh rasa


Wednesday, April 06, 2011

Nexttttt.....

Aduhai... sungguh tak sabar menunggu 6/5/2011 ni. Ada 2 event utama.

Yang pertama, 6/5/2011 adalah our 10th Wedding Anniversary. Pejam celik pejam celik 10 tahun dah melayari bahtera perkahwinan ni. Sungguh.... I love you, laling. And I'll never stop loving you...

Hehehehe....
Adik-adik, jangan la geli geleman baca luahan cinta saya pada asben ok. Hahaha... Eeee... ingat aku tak sayang laki ke oiii!! Sapa tak sayang laki dek oi. Hahaha...

Celebration? Aku tak tau apa yang terkandung kat perancangan asben aku. Tapi, knowing him for the last 15 years, he planned - NOTHING! Tapi tak pe la. Dah 10 tahun dah la. Tak de kecik-kecik hati pun.

As for me, mana boleh aku tak de rancang apa-apa kan? Aku kan master-mind dalam bidang perancangan celebration ni. Tapi, kali ni, semua perancangan besar, kami setuju postpone pada bulan Julai.

Kenapa Julai? Sebab awal Julai ni, kami akan ke Korea. Dan hadiah untuk asben, flight ticket & accommodation ditanggung oleh isteri tersayang. Tak tau la, dia suka ke tak hehehehe.... Kalo tak suka, tinggal. Hahahaha... Memula plan nak pergi Korea bulan 5, so boleh celebrate on the exact day. Tapi sebab kami pergi 2 keluarga, jadi.... postpone la.

Takkan on the day tak de celebration? Mesti la ada.... hahahaha tapi macam kena postpone gak la kot. Hahaha.... sebab?

Sebab...
.
.
.

Pada 6/5/2011 tu, aku akan berjimba ke Jakarta dengan kawan-kawan opis aku. Hahahaha.... bukan aku lupa da tarikh anniversary tu. Ingat beb! Tapi tiap tahun pun aku je ingat kan. Tiap tahun aku jek plan memacam. So, kali ni aku plan gak. Tapi untuk aku sorang hahahaha.....



Huhuhu... ketua rombongan a.k.a Alida baru jek hantar itenary masa kat sana nanti. Aduhaiiii... tak sabar sungguh.

Biha cemana? Biha? Mesti plan baekkkk punya. Kakak aku & abang ipo aku yang baik hati telah bermurah hati sanggup nak jaga kan Biha. Ayah Biha kan keja. Jadi kat sana, aku boleh la berjimba. Hahahaha.... *ketawa jahat sungguh*

Maka, dengan plan besar yang telah dirancang ni, aku sungguh tak sabar menanti tanggal 6/5/2011. Cepat la mari.....

Tuesday, March 22, 2011

Oh my coach!!!

Oh! My Coach!!! I'm insane!!!

Memang dah lama saya hajati nak beli beg ni. Tak la specific nak design ni. Tapi saya nak beli brand ni. Oh tidak!!!! Adakah saya telah menjadi 'brand-freak'???

Makanya, pada tanggal 19-Mac-2011, saya telah merabakkan poket saya sendiri. Oh, silap. Belum rabak lagi sebab lom bayar lagi pun. Hari tu main zas kredit kad aje. Jap lagi nak bayar baru la rasa rabak.

Akhirnya angan-angan saya dah jadik kenyataan. Haritu dah bagi tau asben nak beli handbag ni. Ingat asben kata tak yah la kan. Kalo dia kata tak yah, sure saya akan berusaha untuk memadamkan angan-angan ni. Tapi.... asben kata 'Sukati la...'

Aiseh!! *tepuk tepuk dahi* Ni yang buat pressure ni. Apa-apa pun, beg ni dah de dalam genggaman. Telah berjaya disaluti dengan beg satin berikat tali hitam dan dimasukkan ke dalam paper beg dia.

Hingga sekarang, aku masih belum pakai ke mana-mana lagi. Masih elok dalam beg satin dan paper beg yang sama. Gambar? Gambar-gambar ni aku rampok dari blog Ed. Kebetulan Ed yang dah meroyan nak beli handbag coach telah berjaya merembat beg yang sama pada hari yang sama dengan aku. (ed... aku pinjam sini ye.. malas de aku nak amik gambar lagi sendiri) 


Giler kan aku nih???? huarggghhhhh!!!!!!!!!!!!

Sunday, March 20, 2011

Universal Studio Singapore

Penantian yang lama, penuh sabar menunggu harinya. 17-Mac-2011, jam 4pagi kami bergerak ke LCCT. Asben tolong hantarkan. Sampai sana jumpa Sab, Ida, Maizat, Ayu, Wawa dan Fizah. Flight jam 6.05 pagi.

Sampai Changi Airport jam 7.05 pagi. Kami terus naik MRT ke stesen Eunos. Lepas tu naik bas 154 ke Joo Chiat Rd. Tuju ke Hotel 81 Sakura. Hotel 81 kat Singapore ni memang bersepah-sepah. Banyak. Rate dia pun lain-lain ikut tempat. Yang kami pergi ni rate dia S$99 per standard room. 

Sampai hotel belum boleh check in. So, kami cuma tinggal beg. Lepas tu amik teksi yang boleh muat 10 orang terus ke Sentosa. Kami sampai Sentosa pukul 9.30 pagi. Terus breakfast kat Coffee Bean before masuk Universal Studio Singapore (USS).
Gambar ni bebetul kat depan entrance USS. Orang kerumun le nak bergambar dekat globe tu. Tapi kami amik dari jauh pun ok....

Masuk je, aku terus rent stroller. Single stroller S$10. Double stroller S$15. Wheelchair S$10. Orang sangat ramai. 


Masuk aje, terus ke Hollywood. Masa tu, kami miss character Woody Woodpecker. Kat Hollywood ni banyak souviner shop dan cafe.

Next stop, kami ke Madagascar. Ada tempat khas untuk bergambar dengan patung character Madagascar. Dia punya adventure ride masih dalam construction.

Lepas abis posing, karakter-karakter Madagascar tengah buat sesi foto. Kami terus Q satu-satu. Dapat la bergambar dengan penguin of Madagascar. Biha sangat happy & excited. Aku? Lagi happy. Like a dream comes true.

Lepas sesi fotografi, karakter-karakter ni menari-nari ikut rentak lagu sebelum berundur. And the kids LOVE it. So as we.

Next stop, kami ke Far Far Away. Kami terus Q nak masuk 4D show. Tak le posing-posing pun kat sini. Tak jumpa plak character dari Far Far Away. Cuma nampak Puss in the Boot aje. The 4D show is superb! Biha suka giler. Dapat juga kami duduk rehatkan kaki sekekap. Lepas tu terus shopping kat Far Far Away souviner shop.

Lepas tu, kami pusing-pusing kat area Jurassic Park & SciFi. Masa kami lalu kat Waterworld, ada show @2.30pm. Kami terus masuk. Memang real dan menarik. Nasib baik duduk kat belakang tiang la kan. Walaupun duduk kat wet area.. tapi kami tak terkena la air. Selamat. Yang duduk depan. Ada yang lencun kena air.

Lepas tu, kami sampai ke area The Mummies. Kami terus ke Oasis Restaurant untuk makan. Nasib baik ada halal restaurant kat situ. Oleh kerana Biha telah 'ehem ehem', bawak dia gi toilet la. Keluar toilet, ada plak character dari The Mummies. Kami terus Q untuk gambar hehehehe...

The next area is New York. Suasana macam kat New York. Bentuk deretan kedai dengan teksi kuning yang femes tu, rasa maca kat New York.


Kat sini sempat la gambar dengan Charlie Chaplin. Hehehe... Biha mana? Tak de? Dia tido kat stroller hehehehe...

Back to Hollywood, kami dah lepak-lepak dah. Masuk USS punya souviner shop. Memang la telah merabakkan poket sendiri. Masa ni Woody dan watak Panda ada. Dapat la kami bergambar dan tengok gelagat diaorang.

Biha dangat happy dan excited.


Hari makin beranjak malam. Baru la perasan bintang-bintang kat sepanjang jalan. Oleh kerana malas nak menyusur semula. Aku amik yang paling dekat jek, Sylvester Stallone.

Day 2:

Semua pakat bangunn lewat sebab penat giler. Tapi aku tak boleh tido. Beberapa kali terjaga. Yang pertama risau kot Danish tertindih biha. Yang kedua, risau Biha plak yang tertolak Danish ke bawah katil hehehe... Jeles sungguh aku tengok Ida tido lena.

Jam 11.30 pagi kami check out. Sementara tunggu teksi, kami posing-posing kat lobi hotel.


Then kami terus amik teksi ke Airport untuk letak barang. Lepas tu, kami makan dulu kat Burger King Airport. Then, kami amik MRT ke Chinatown. Sampai sana hujan mula rintik-rintik dan semakin lebat. Jadi tak le panjang sangat langkah kami. Tapi agak bankrap jugak la jadi nya.

Kami kembali ke airport. Masukkan luggage dan terus masuk ke balai berlepas. Kat duty free tu, aku telah mem'brankrap'kan lagi diri aku. Apa dia aku beli??? Hehehe.. tak yah canang kat sini. Hehehe...

Flight kami 8.20mlm. Tadi sebab kapal terbang Q nak berlepas, hampir jam 9 malam baru kami bergerak balik dan sampai LCCT hampir 10 malam. It's tiring... but IT'S GREAT!!!! Great companies.. great day!!! Thanks guys sebab ajak saya sekali join korang. It's awesome!!

Wednesday, March 09, 2011

ular oh ular...





Beberapa malam lepas, aku mimpi ular. Dalam mimpi tu, aku dan seorang rakan sedang berjalan. Kami nampak macam ada kelibat benda bergerak2 di tepi jalan, di bahagian kanan kami.

Tetiba hati aku terdetik, 'Jangan la ular pulak yang keluar.'

Elok abis je fikir, aku nampak kepala ular tadi bergerak menyeberang jalan di hadapan aku. Ular tu adalah ular sawa bercorak batik yang sangat panjang dan besar. Tapi kelibat benda bergerak di tepi jalan (di balik semak samun) masih bergerak-gerak lagi. Tapi sebab kepala ular tersebut berada jauh di hadapan, kami tak la rasa takut sangat masa tu.


Ular tu bergerak melintas jalan. Tak berapa saat selepas itu, kepala ular muncul semula di balik semak samun di sebelah kiri kami dan melintas bebetul di hadapan kami.

Kami berdua terus kejung berdiri. Antara rasa takut dan surprise tengok ular yang panjang tu. Masa tu, ekor ular masih belum kelihatan. Tiba-tiba teringat.... kalau ular sawa lalu, JANGAN BERNAFAS!!!  Seboleh mungkin kami menahan napas....

Tahan.... tahan.... tahannnnnn... sampai naik biru dah muka ni....
.
.
.
Lepas tu aku terjaga. Erk!! Nasib baik mimpi. Nasib baik muka tak biru.

Mimpi ni tidak le menghantui aku. Tapi buat aku tetiba terfikir, apakah makna mimpi itu ye? Kalau kena patuk ular, dengarnya jodoh nak sampai. Helloooo!!!!!! Aku dah kawin 10 tahun deeeeee.... takkan la sampai jodoh lagi.

Bahi kata: kalau ular tu ular hitam, ada petanda tak baik akan berlaku. Tapi bukan ular hitam yang dalam mimpi tu, tetapi ular sawa bercorak batik.



Mari kita cek kat internet.


Tafsir Mimpi Ular

Berikut ini adalah tafsir mimpi / arti mimpi / makna mimpi mengenai "Ular":
Bermimpi melihat atau disembur ular. Artinya, akan mendapatkan jodoh (bagi yang lajang) atau disukai lawan jenis.
Bermimpi dipagut atau digigit ular. Artinya, akan disakiti orang.
Bermimpi melihat ular banyak. Artinya, akan panjang umur.
Bermimpi dikelilingi ular banyak. Artinya, akan ada banyak orang yang memusuhi
(sumber:  http://tafsirmimpi.org/ular.html )

Tuesday, March 08, 2011

tik tok tik tok tik tok

Masa berlalu pantas. Aku? Tercegat mengadap PC dengan rasa boring dan M.A.L.A.S tahap cipan untuk buat kerja. Aduhai... sapa la yang tiup angin malas kat aku ni? Fuh fuh fuh.... pergi la main jauh-jauh.

Monday, March 07, 2011

Dinner??!!

Malam esok ada dinner. Annual dinner company. Lepas bertahun kerja kat sini, this is the first time ada dinner macam ni.

Mau aku tak teruja nak pergi kan?

Tapi lepas dapat mesej tadi asben tadi. "Abang tak cuti esok."

Ringkas dan padat. Buat aku rasa terhenyak sekekita. Rasa macam 'pelangin angan ku musnah' pulak rasa. Malas pulak rasa nak pergi esok. Tengok mood nanti cemana. *sigh*