this is where i put my tots, feelings, emotions and journey into writing. my life seems like a chocolate box, sometimes it's just chocolate, sometimes it's full with nuts... woot!!!
Thursday, March 20, 2014
Dia datang lagi
Dah lama tak mari ni. Mood nak menulis.
Tapi hari ni... 'thanks' to my dear customer yang telah melontar mood aku jauhhhhhh ke laut.... buat aku rasa gatal-gatal jari nak menulis. Sambil-sambil meluahkan apa terbuku kat hati, bagi sejuk sikit hati yang membahang ni dek panggilan telefon pagi tadi. Sambil aku buat ala-ala 'sibuk' la kat sini. ....sibukkk la sangat.. *mata ke atas, tangan di bahu*
Tapi... at least aku nampak ala-ala busy tanpa perlu kantoi tertido dalam opis?
Hah!! Cerita pasal tido kat opis ni. Bukan aku kata aku ni suci sangat sampai tak pernah tertido kat opis. Well, aku pun manusia biasa. Memang sekali sekala aku tertido kat opis.
Walau gagah mana pun aku cuba untuk tidak terlelap. Tapi kadang-kadang tu mata umpama berat sungguh nak bertahan. Lebih-lebih lagi lepas pekena nasi arab.. pergh!! Kambing pulak tu.... pergh!!! Memang sedap woooo layan mata yang mengantuk.
Tapi itu... kadang-kadang ok. Sekali sekala. Seldom. Jarang-jarang.
Bukan most of the time. Bukan.... always. Bukan... selalu.
So it means... takkan la SELALU atau SENTIASA aje mengantuk kat opis kan? Takkan la... selalu tido lambat atau bangun tengah malam atau terlalu penat atau terlalu kenyang... sampai asyik mengantuk time kerja.
Saban hari. Selalu. Sentiasa. Hmmm....
Kalau aku, kalau it happens most of the time. Selalu. Always. Aku akan rasa bersalah sangat. Sebab selalunya aku jadi terlalu mengantuk bila aku tak de keje. Oppss... i mean.. tak de kerja urgent. So I can take my own sweet time to do my current task.
So.. selalunya aku buat le mende lain. Jangan sampai tertido waktu opis. It's not good ok. I wont 'sound' good if I sleep during office hour. My snoring is getting worse ok... eyaiksssss.... huhuhu
Ok.. enough for today.. esok kita merapu lagi.
mood.. ke laut
Hari ni pepagi.. sampai opis.. dapat call dari customer.
"Eh.. saya rasa saya nak tukar la proses tu. Kalau tak nanti kita tak boleh nak tukar jumlah Fi."
Memang best betul pagi-pagi masuk opis dapat call dan statement kat atas tu. Hmm... buat mood aku ke laut la.... Mana taknya... ni bukan sistem develop pakai mulut tau. Suka-suka nak tukar proses la. Abis... sistem yang sedang dibangunkan cemana? Report yang dah dibuat cemana?
"Tak pe la Lily, kita meeting esok. Nanti kita discuss macamana nak buat. Kena buat juga ni. Kalau tak, kami tak boleh nak tukar amaun Fi ni."
Ingat hari ni cakap, esok boleh betulkan kan?
Ciss.. abis hilang mood aku hari ni. Hari Khamis kot. Macam-macam aku plan nak buat hari ni. Nak buat testing. Nak check procedure. Nak kena update DTL.
Ni sebab statement yang satu tu, buat aku fikir... aishh malas la nak buat apa-apa. Buat pun... test pun... betulkan pun.. still pending output meeting esok. Kalau hari ni aku kata... 'ooo developer salah buat. Sebab kalau buat macam ni, output tak keluar data. Kena buat konsep B.' Habis... lepas meeting esok, kena tukar semula.
Aku pun tension. Developer yang buat sistem tu pun tension.
Aihhh.... dah la... layan RM jap. Kasi ilang tension. I need 30 minutes break!
Wednesday, March 19, 2014
Jakarta, aku datang... lagi
Uish.. ingatkan tahun ni aku tak akan ada plan ke Jakarta / Bandung, memandangkan hampir setiap tahun aku ke sana.
Tapi nampak gaya, bukan sekali, malah dua kali aku akan ke sana tahun ni. Ooo... it is even better because I'll be going with two different groups of friends.
Paling hampir, bulan 5 ni aku akan ke Jakarta dengan my click masa study dulu. Kali ni, ibu rombongan adalah ibu Aiza. Pesertanya aku & Biha, Fatin & Hannan, Enn, Anis, Ibu Aiza & Anas & Ammar. Sue & Iba tak dapat join sama.
Urgh!! Sangat tak sabar huhuhu.... last time kami buat gathering adalah tahun lepas. Ramadhan. Memang havoc.
Tapi, kalau kira... last time kami pergi trip bersama-sama dah 13-14 tahun lepas. Giler lama....
2nd trip adalah ke Padang, Indonesia. Tapi yang tu lama lagi. Hujung bulan 10 nanti. Trip ke Padang nanti... dengan group foya-foya kami la.... aku, ida, wawa & fizah.
For both trips, tiket dah beli. Biha dah tentu ikut. Ok... skang kena plan bajet.... huwa huwa huwaaaaaa.....

Tuesday, March 11, 2014
jerebu
Macam-macam hal berlaku sekarang ni. Dunia dah semakin tua.
Aku dah semakin tua. Opss.. tak best. Aku dah semakin MATANG. Haa.. baru betul.
Belum habis kes air kena catu. Datang jerebu menggila yang menyesakkan hidung dan paru-paru. Jerebu masih mengaburi mata, datang pulak kisah kehilangan MH370 yang misteri.
Tapi aku bukan nak bicara pasal MH370. Tapi pasal jerebu.
Bukan jerebu. Tapi 'jerebu' kat hati ni.
Aku rasa i'm getting worse. Jiwa aku makin kotor. Hati aku makin keras. Aku rasa aku perlu meditasi. Aku perlu ketenangan. Aku perlu keyakinan. Aku perlu kembali ke pangkal jalan. Aku perlu... macam-macam yang aku perlukan.
Bila aku tengok cuaca hari ni. Makin cerah. Menandakan petanda terbaik yang jerebu makin menghilang. Tapi jerebu kat hati aku ni....
Aku rasa sebu. Aku rasa sedih dengan diri aku.
Sejak bila aku berubah? Kenapa aku berubah? Sungguh. Tiada siapa yang aku boleh salahkan kecuali diri aku sendiri.
Hari ni aku lagi rasa 'jerebu' kuat kat hati. Rasa kelam. Rasa berbalam-balam jiwa ni. Sampai aku rasa tak tenang. Aku rasa hari ni aku hilang fokus. Dan aku rasa... puncanya aku jugak.
*sigh*
Mungkin aku perlu menenangkan diri. Aku perlu kembali kepada 'root'.
Tapi aku perlu sokongan... susah juga nak luahkan apa yang tak boleh terluah di bibir. Susah nak ceritakan apa yang tak boleh terungkai. Aku cuba berkias... tapi nampak tak terhias sungguh.
Ya Allah.. ampun kan aku.... suluhkanlah jalan ku .. tenangkanlah jiwaku Ya Allah... Sesungguhnya Kau yang Maha Memahami.

Monday, March 10, 2014
#PrayForMH370
Dua hari kebelakangan ni asyik berita pasal misteri kehilangan pesawat MH370 di ruang udara dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sehingga hari ni, masih belum ada sebarang petunjuk yang positif atas perkembangan ni.
Aku, secara tidak langsung, agak terkesan dengan berita 'kehilangan' pesawat ni. Aku turut rasa sebak, rasa pilu dan rasa sedih dengan peristiwa ni. Kat rumah pun kejap-kejap tukar ke channel Astro Awani sebab nak tau perkembangan lanjut.
Pilunya rasa.... aku yang tiada kaitan apa-apa ni pun terasa pilu. Inikan pula perasaan waris dan sanak saudara yang terlibat.
Geram pun ada dengan sikap segelintir masyarakat yang memperlekehkan perkara ni. Nahas yang berlaku, kesusahan dan kesedihan keluarga terdekat yang mengalami trauma ni seolah-olah dipermainkan oleh sesetengah pihak.
Iye! Betul. Memang korang rasa muak dengan berita yang asyik menyiarkan pasal nahas ni. Memang korang rasa bosan disuap dengan berita dari segenap segi... radio, televisyen, surat khabar, FB, twitter dan lain-lain. Tapi cuba korang fikirkan orang lain. Orang yang nak tahu perkembangan isu ni?
Ini bukan isu pasal MAS ok. Ini bukan isu pasal duit ok. Ini isu pasal humanity. Kemanusiaan. Nyawa. Kehilangan. Misteri ayng belum terungkap.
Cuba fikirkan jika kita yang berada dalam pesawat tu. Tak pun, jika keluarga terdekat kita yang berada dalam pesawat tu. Jika orang yang kita sayang berada di dalam pesawat malang itu.
Astaghfirullah'azim.... Ya Allah. Jika ia di langit turunkanlah ia. Jika di laut, timbulkanlah ia. Jika di darat, berikanlah kami hidayah Mu untuk melihatnya. Sesungguhnya Kau lah yang Maha Berkuasa. Amin... Ya Rabb.
#PrayForMH370
Wednesday, March 05, 2014
sengal la...
Adoii.. Berdenyut-denyut kepala aku ni.
Haa... elok la kan? Hari ni pepagi dah terhantuk kepala kat rak atas mesin basuh. Sengal betul. Rak tu la sengal!!
Dah la bengkak. Berdarah pulak tu. Sakit dia tok sah cakap la. Sampai sekarang masih lagi berdenyut-denyut kepala aku ni.
Bengkak pun tak surut lagi. Luka dah ok skit la. Tampal dengan plaster la. Nasib baik pakai tudung, serkup kepala tu cover plaster tak bagi nampak. Adeiii... sakit wooo.
Sengal punya rak!! Cisss

tersentuh hati
Hari ni hati aku bebetul tersentuh. Sehingga saat ini, aku tak boleh nak keringkan air mata ni. Sayu.. sedih.. semua ada.
Korang mesti pernah baca pasal "Azhar Mahab Pengetua Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah & “Kanak-kanak Suruhannya”"
Kalau nak baca berita pasal ni, boleh refer sini:
http://www.beritasemasa.com.my/azhar-mahab-pusat-tahfiz-amal-yan-kedah
Hari ni Allah datangkan seorang budak perempuan ni kat aku. Masa tengah lunch. Aku tengok budak ni datang dari satu meja ke satu meja. Aku pasang telinga.
Memang betul. Kat setiap meja dia singgah, dia akan mulakan ayat yang sama. Macam baca skrip.
Aku saja tunggu sampai budak ni sampai ke meja aku. Sebab aku nak tengok sendiri. Betul ke budak ni adalah dari Pusat Tahfiz kat atas tu.
Sampai meja aku, dia bagi ayat sama.
"Kak, saya dari rumah anak yatim. Belajar nak meniaga. Kalau nak beli, sebotol RM20. Kalau tak nak pun tak pe."
Aku terus ambil botol minyak angin tu. Sah... logonya sama okay. Dan botol tu.. bukan botol baru pun. Botol yang dah lusuh. Memang le ada bau minyak angin bila aku pegang botol tu.
Hati aku mula berdetak. Allah datangkan rasa kesian kat budak tu. Tapi aku tak nak bagi duit kat tokey dia. Aku perhatikan budak tu. Pakai baju kurung cotton. Tudung sekolah putih tu. Dengan bawa beg yang dah lusuh yang amat.
Aku tanya lagi.
"Awak datang dari mana?"
"Dari Kedah." She doesn not even sound like she's from Kedah ok. Very fluent Bahasa Malaysia tau. Tak de loghat Kedah langsung.
"Datang dengan siapa?"
"Dengan cikgu. Naik kereta. 1 kereta 5 orang." Lancar betul pertuturan budak ni. Ya Allah! Macam baca skrip!!
"Awak tak sekolah ke?" Aku tanya lagi.
"Tak kak. Saya dah 18 tahun. Belajar meniaga. Kalau tak nak beli pun tak pe."
Astaghfirullahal'azim.... 18 tahun???? Seriously? She didn't even look like she's 18 ok. She looks like she's 14 or 15 years old only.
"Awak dah makan?"
"Dah."
"Awak dah makan?" Aku tak puas hati. Aku tanya lagi.
"Dah kak."
"Macamana awak makan? Beli sendiri ke cikgu bagi?"
"Cikgu bagi duit beli makanan."
Ya Allah... sedihnya aku. Kenapa le ada orang cari kekayaan dengan pergunakan budak-budak macam ni. Bergenang air mata aku. Aku keluarkan not RM10 dari wallet. Masa aku nak bagi dia duit, cepat aku capai tangan dia.
"Saya bagi duit ini untuk duit kocek awak tau. Untuk awak beli makanan. Faham?"
Dia cuma angguk aje dan terus cakap (macam baca skrip).
"Terima kasih kak. Moga Allah lanjutkan usia akak dan keluarga." Dan dengan berat hati... aku mengeluh di dalam hati. Aku tau duit tu takkan masuk kocek dia. Aku tau duit tu akan sampai ke 'si laknat' yang menjoli katak dengan mempergunakan budak-budak ni.
Dan air mata aku terus mengalir tanpa henti. Terus aku ke singki. Basuh tangan dan naik semula ke opis. Lihat budak tu... teringat budak perempuan tu. Rupa dia ada sikit macam muka anak sedara aku.

Subscribe to:
Posts (Atom)