Wednesday, February 20, 2019

Kemarin - 17


Kemarin engkau masih ada di sini
Bersamaku menikmati rasa ini
Berharap semua takkan pernah berakhir
Bersamamu
Bersamamu

Kemarin dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu merasakan ini semua
Melewati hitam-putih hidup ini
Bersamamu
Bersamamu

Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya

Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang kau di sana
Selamanya

Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya

Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang kau di sana
Selamanya

Friday, February 08, 2019

Singgahsana Soffiyah

Amboi.. nama memang sedap. Ni la homestay kami untuk 1 malam semasa di Kelantan baru-baru ni. Oh ye... nanti free, aku cerita pasal perjalanan Kembara Pantai Timur keluarga HMJ 2-6 Februari 2019 ye.

Hari ni aku jump terus cerita pasal homestay ni. Homestay ni adik ipar yang carikan. Dia host la kiranya untuk kami masa di Kelantan. Cari pun online je. Mula-mula dengar RM650 untuk 1 malam. mak aiiiii mahal giler kot

Tapi dia kata bungalow. Ada 5 bilik. Ok lah. Kami pun bayar tong tong.

Sampai KB sebenarnya dah lewat petang. Jam 6 kot kami baru sampai ke homestay. Sampai je agak impress... sebab rumah ni memang besar. Dalaman dia luasssss...

Tapi bila masuk rumah... erkkk! Baru kepam!

Tingkat bawah, ada 1 bilik master. Bagi la kat akak sulung aku memangkan kaki dia tak larat nak naik turun tangga.

Anak-anak dari berlari keliling rumah. Sampai atas je melompat la anak-anak nampak swimming pool. Tak tentu arah jadinya. Masing-masing melompat nak mandi pool.

Malam tu lepas dinner, kami sembang-sembang kat hall bawah. Sedar-sedar dah jam 10.45 terus siap2 nak ke Wakaf Che Yeh. Tapi yang pergi aku, ang ipin & irfan je. Lain tido, ada yg pergi sendiri.

Balik dari Wakaf Che Yeh jam 1.30 pagi. Aku terus naik atas, teringat nak amik baju swimming Nabihah kat pool luar. Bukak pintu sliding tu.. eh.. gelap. Amik la henpon. Suluh bawah je. Masa tangan mencapai baju nabihah tu... tetiba rasa meremang kat tengkuk. Terus cepat-cepat pusing. Adehhhh langsir plak buat hal hahaha... gigil2 selak langsir. Terus tutup pintu sliding.

Huh.. tak de apa la... (ayat penyedap hati sendiri). Masuk bilik, mandi... tukar baju...then tak leh tido. Capai henpon.. masuk bilik budak-budak, selimutkan anak. Bukak TV. Duduk la depan TV. kul 2 lebih adik aku balik dari Wakaf Che Yeh. Dok sama-sama tengok TV.

Pastu aku tertido. Tak tau jam berapa tersedar.. nampak adik duduk sebelah.. tapi tido. Aku kejut la suh masuk bilik. Aku pun tido.

Esok nya sebelum checkout, kami baca yassin dulu kat rumah tu.

Selesai urusan kat KB, kami pun balik ke Kuantan. Ceeehhhh.. masa tu lah bukak cerita.

Rupanya bibik & abg ipin.. sampai je rumah tu dah rasa lain macam. Dia kata, nampak kat hall bawah, kat dapur, kat toilet dapur, kat pool dan kat ruang TV kat atas. Hahaha... kecut perut aku dengar ok.

Aku tak nampak... tapi aku rasa gak la lain macam hahaha...

Lepas tu adik aku plak bukak cerita. Dia tanya aku masuk bilik kul bape malam tu. Aku cakap la aku terjaga tak tau kul bape. Tengok dia masih ada kat sofa. Tertido. Kejut dia, aku pun masuk bilik. Dia gelak hahahaha... dia kata... dia masuk bilik dulu sebelum aku.

Krik.. krik.. krik... hahaha lantak ko la dek nak cakap apa... hakak ko dah kecut perut ni. So.. aku percaya aku la masuk bilik dulu sebelum adik aku. Ok.. fullstop!

Tapi sejak kejadian tu... dah 2 malam ni aku tido kat bilik sendiri bukak lampu hahahaha....

Thursday, January 10, 2019

2019


Diam tak diam dah masuk tahun 2019. Lama betul tak jengah ke sini. Setahun lebih....

Terlalu sedih tinggal eNCoral kot hehehe...

eNCoral ajar aku banyak perkara, beri aku banyak kenangan. Tapi hidup mesti diteruskan.

Hari ni.. aku dah setahun lebih ditempat baru. Emosi dah stabil skit.... tetiba datang seru nak sapu sapu sawang kat blog ni.

Tapi baru sapu sikit, boss dah mari la plak.

Alhamdulillah.... dah setahun di sini. I have to look at new field. eNCoral has turned his back from me. So.. i learnt new things the hard way. Well... nak buat camana kan?

This new field... alhamdulillah... harapnya berkekalan. Walaupun agak boring sikit. Sebab banyak masa free huhuhu... (Free pun salah kan? Kang banyak keje sangat pun salah huhuhu...)




Wednesday, June 14, 2017

My time has come...


With heavy heart...
I have to leave.
It has been 12 precious, exciting and fun years here.
But now, the time has come.
I need to move on. I need to survive.
Is this the best decision? I hope so. I will make it so.

I will always cherish my time here.
I will always remember my memories here.
I make lots of friends, close friends here.
And I hope the friendship will never sink.

I wish those who remains will be stronger.
I wish those who stay will continue to battle.
I wish Allah will answer all of our prayers and make it better.
I believe there will always calm after storm,
there is always hikmah for what happened.

I will keep my head high and continue my war in a different field.
I hope we will cross path soon and in the future.

Pray for me. Pray for my success...
As I will always pray for you...

.....who knows... we might meet again....



Wednesday, February 15, 2017

Tic Toc Tic Toc

Masa semakin bergerak pantas. Dalam tempoh ni, macam-macam perkara berlaku. Macam-macam perkara bermain difikiran.

Too many things are happening at one time.
Too many things to think.
Too little time I have got.

Semua tu membuat fikiran aku serabut. Sehinggakan ada masa aku rasa nak lari. Tapi banyak perkara lain yang tarik aku kembali.

Ada masa aku jadi sangat emosi. Kadang tu sehingga tak dapat kawal diri. Menangis sendiri.

Ada masa tu aku jadi sangat sensitif. I tried hard not to hurt other people's feeling. Tapi kadang tu... terlepas juga. Dan aku sesal. Maafkan aku.

Ini dugaan Allah ke atas kealpaan aku ke?

Orang kata, Allah hanya duga insan-insan yang terpilih, yang Dia sayang, yang Dia tahu mampu untuk tangani dugaan ini.

Ya Allah... sesungguhnya aku tidak kuat.
Ya Allah.... tunjukkanlah aku jalan untuk mengatasi dugaan ini.
Ya Allah.... ampunkan aku ya Allah...

Now...
Try to look at things on the brighter side. Think positive. Things happen for a reason.

Untuk menjadikan aku lebih dekat dengan Allah.
Untuk aku sedar, aku hanya insan yang lemah.
Untuk aku percaya takdir Allah... qada' dan qadar Allah.



Tuesday, November 01, 2016

Mari la mariiii...


Ok... i have to admit. Today is Tuesday... tapi sesungguhnya aku rasa macam Monday Blues tau. Maka terbuktilah kini... Monday Blues tu satu penyakit berjangkit. Dah berjangkit ke hari Selasa dah kenapa?

Dari pagi.. entah apa aku buat. Oooo... aku setup laptop lain. Sebab sejak jumaat lepas, bersambung plak semalam, laptop aku buat hal. Tak mau bukak Oracle Form untuk DEV3 je plak tu. Bongek betul la.... hehehehehe

So, harini aku setup laptop lain supaya aku boleh konon nya buat keje. Tapi nan hadoooo lom start lagi. Masih mundar mandir secara maya hehehee... fizikal masih tetap duduk sini huhuhu...

Chaiyoo!! Cahiyoo!! Lunch dulu.. pas lunch kita kayuhhhh..


17 years and counting...



Bermula 1 November 1999 langkah pertama ke dunia IT. Sehingga hari ini, 1 November 2016, dah 17 tahun rupanya.

Jauh dah aku tinggalkan dunia akaun. Macam satu dunia asing pula rasa. Takut betul aku nak kembali ke dunia akaun semula. Mungkin lebih selesa di sini.

Alhamdulillah.... 17 tahun berlalu... dan banyak tahun lagi menanti.

17 tahun ni, cuma 2 tempat saja aku kerja. Tapi banyak projek dah aku terlibat. Setiap kali masuk ke dalam projek baru, setiap kali itulah aku rasa seolah-olah berada di syarikat baru.

Semoga hati ini terus tabah. I need to do well for my family, for myself too.