Mulanya memang macam-macam aku rasa nak cakap. Tapi dari pagi sampai le ke petang, tak de idea apa yang nak diluahkan.
Mungkin tak perlu bicara pasal aku kot. Coz nothing new, nothing interesting these few days.
SITI
Tak salahkan cakap pasal dia? She is public figure yang terkenal kat Malaysia. Kalau tak, takkan majlis perkahwinan dia dgn Dato' K begitu gilang gemilang mengalahkan anak raja. Kalau tak, takkan announcement pasal perkahwinan pun buat live kat TV. Hehehehe... tak yah la tanya komen aku pasal Siti. Penat dah ber'mesyuarat' masa makan kat pantry.
Siti dah pun membuat pilihan dia. Rakyat Malaysia setuju ke tak. Aku suka ke tak, sapa aku nak cakap? Ye tak? Dia dah selamat pun menjadi isteri orang. Tak kira la laki dia duda ke, bujang teruna ke... tapi itu PILIHAN dia.
Aku bukan peminat no. 1 atau no.2 atau apa-apa nombor pun. Aku cuma meminati suara dan nyanyian dia. Walau bagaimana pun Siti seperti yang masyarakat perkatakan, bagi aku, kalau dia terus menyanyi dan nyanyian dia bagus, lagu-lagu dia bagus, aku akan sentiasa meminati LAGU-LAGU dia.
Mawi vs Ina
Hehehehe... satu lagi sejarah dalam industri hiburan Malaysia. Kalau tadi, Siti dengan sejarah perkahwinan beliau yang gilang gemilang. Yang ni pun sejarah gak ni, Mawi putus tunang pun SATU MALAYSIA memperkatakan dan siap buat Bual Bicara dengan Mawi dan Ina untuk meleraikan segala tohmahan.
Perkembangan positif bagi sejarah industri hiburan? Atau...
Sigh... Bagi aku, tak perlu dipanjang-panjangkan lagi. Kita sendiri tau jodoh pertemuan, ajal maut di Tangan Allah. Kita hanya mampu merancang tapi DIA yang menentukan segalanya. Dah tak ada jodoh, apa lagi yang nak diperkatakan.
Pendapat aku (yg ni aku teringin sangat nak bagi pendapat), Ina tak sepatutnya membiarkan dirinya dieksploitasi. Tidak kah dia tau yang diri dia macam kena eksploit. Nak nyanyi? Boleh, cuma aku rasa suara dia belum lagi mencapai standard yang masyarakat Malaysia mahukan bagi seseorang penyanyi. Tak dinafikan Ina boleh menyanyi, tapi aku rasa kalau setakat untuk hiburan keluarga dan kawan-kawan boleh la. Untuk masyarakat Malaysia? Belajar lagi dik...
Mawi, diamkan ajelah apa yg berlaku. Tak payah panjang-panjangkan lagi. Kedudukan Mawi, dengan Maestro sebagai tulang belakang, dah cukup kukuh. Mawi ada sokongan yang cukup kuat, baik dari pihak pengurusan dan peminat dia masih lagi kukuh berdiri di belakang Mawi. Jadi, jangan biarkan perkara remeh macam ni mengganggu bakat dan hasil usaha anda.
Hmmm... hehehe lama betul tak bagi komen pasal benda-benda macam ni. Terlalu banyak yang berlaku pada diri sendiri menyababkan kadang aku lupa salah satu faktor utama aku buat blog ni. Antaranya, aku nak luahkan isi hati dan pendapat aku. Bukan bermaksud MESTI perkara berkaitan diri sendiri aje, tapi bagus juga sekali sekala bicara pasal isu-isu semasa.
Tapi bab perang-perang... bab politik.... aiseh tu lom masuk list lagi hehehe...
Blog aku ni
Aku rasa makin lama makin ramai lak yg menziarah blog ni. Hahahaha... memang le kebanyakannya dari kalangan kawan-kawan sendiri. Malu lak rasa (sambil menunduk malu.. cewahhhh...) hehehehe
Boleh mintak tolong tak? Pada siapa-siapa berkenaan sekali sekala catat le secebis komen kat tinta aku ni. Kalau boleh put your initial as well, anything yg membolehkan aku mengenali kalian. Bukan apa, aku cuma nak tau sapa le yg baca blog aku ni. Next time I will know that once a while I need to address you.. you... and you... *wink*
I do appreciate your time with me (here... in my blog)...
4 comments:
Saya rasa Mawi, Ina dgn RTM kene eksploit oleh Astro untuk menarik penonton dari tgk Siti's wedding. Masa Mawin jumpa Ina, kelakar tgk diorang. Mcm anak patung dibuatnye. Tapi komen untuk Mawi, takkan asyik 'peribadi' ajer.. At least cerita la. Berani kerana benar...
to izanireni,
aiseh bukan 'peribadi' dik, tapi macam kita jugak hal-hal peribadi banyak yg kita tak mau dedahkan pada org lain kan? lebih-lebih pada umum se-Malaya, biar kita sendiri yg simpan ~ biarlah rahsia? bak kata sapa tuh... hihihi. jadi Mawi tak lari dari menghadapi keadaan yg sama. dia mungkin rasa terlalu peribadi untuk diluahkan.
tapi pun, admit la.... kak lily mmg minat dia hehehehehe... *wink*
ello kak lili
sy merupakan pengunjung tetap akak eheh dr invalider ke izan dan ke akak eheh dan sy adalah jeng jeng jeng
saliza hotline
eheh
to saliza,
eh saliza hotline tu dah jadik trademark ke? *wink*
meh la share ur blog lak... leh kak lily lak jadik pengunjung tetap ke sana ;P
Post a Comment