Esok, tanggal 31 Ogos 2006, adalah hari ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-49.
Apakah erti kemerdekaan pada kita, anak bangsa yang sememangnya lahir di zaman lepas merdeka? Mungkin kita, malah aku sendiri, tak berapa nak faham dan mendalami maksud kemerdekaan yang sebenarnya seperti yang dilaung-laungkan oleh umum.
Bukan kerana alpa, bukan kerana lalai... tapi sememangnya kita lahir selepas negara dah mencapai kemerdekaan. Jadi kemerdekaan tu, bagi aku personally, aku tengok hanyalah seperti satu perayaan. Malam Merdeka Eve tengok konsert (kat tv jek la aku ni), then tunggu sampai pecahan bunga api. Esok pagi-pagi tengok perarakan Hari Kebangsaan (kat tv jugak aku ni hihihi...) tu pun kalo bangkit tidur awal. Kalau tak, aku berarak gak... dalam mimpi hehehehe...
Bukan bermaksud aku tak menghayati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Tapi aku sendiri tidak mengalami situasi di mana negara kita masih dalam jajahan dulu. Sebab, aku ANAK MERDEKA. Aku lahir lepas beberapa tahun negara telah mencapai kemerdekaan. Jadi, secara jujur aku akui, aku kurang merasai MERDEKA tu.
Well, I am just being honest here.
Bukan aku tak bangga dengan negara aku. Bukan aku tak bangga dengan anak bangsa aku sendiri. Dan bukan aku tak bangga dengan usaha mencapai kemerdekaan yang diusahakan ramai sebelum 1957.
Seperti orang lain, aku bangga bila tengok ramai yang mengibarkan Jalur Gemilang menjelang MERDEKA. Aku bangga bila dengar lagu kebangsaan. Aku bangga bila ada anak Malaysia yang berjaya dalam bidang yg diceburi dan menaikkan nama negara.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Mungkin menerapan nilai-nilai kemerdekaan dalam diri ni tak berapa nak kukuh la sejak dari dulu. Masa sekolah dulu, kalau time kena nyanyi lagu kebangsaan, alahai... layu jek. Sekarang dah ok, pasal muzik dah digubah semula. Dah jadi rancak jadi nak ikut nyanyi sama pun jadi bersemangat.
Dari dulu tak ditekankan agar mengibarkan bendera kebangsaan bila tiba bulan kemerdekaan. Jadi sampai sekarang aku macam tak berapa nak mau la pasang bendera. Tapi hati tetap bangga bila tengok jiran aku pasang bendera sejak awal bulan 8 hari tu.
Salah siapa? Bukan salah siapa-siapa pun. Cuma salah diri sendiri yang buat semangat kemerdekaan dalam diri tu berkurang.
Tapi di sudut hati ni, aku bersyukur dan berterima kasih kepada pejuang-pejuang bangsa yang membantu dalam memerdekakan bumi MALAYSIA. Semoga semangat Malaysia semakin utuh. (semoga aku pun makin sedar yg aku patut lebih bersemangat lagi mulai sekarang)
KERANA MU MALAYSIA
No comments:
Post a Comment