Monday, November 20, 2006

Pos Malaysia lagi

Khamis lepas, balik kerja sekali lagi surat-menyurat aku diletakkan kat pagar rumah. Bukan dalam letter box yang disediakan. Kali ni aku prepared, terus capai hp, aku snap-snap beberapa gambar. Esok aku akan mail sekali lagi kat Pos Malaysia, kali ni bersama bahan bukti lak. Cuma nasib aku baik skit la, pasal surat kali ni Astro Guide yg memang dalam sarung plastik tu.


Korang tgk, mana le surat-surat aku tak lencun dibuatnya.

Esoknya, Jumaat, pepagi aku e-mail pada customer careline Pos Malaysia berserta dengan gambar-gambar di atas.

Masa on the way balik rumah dari opis, pegawai dari Pos Malaysia telefon hp aku. Huih.. pantas gak khidmat pelanggan diaorg ni.

Dia kata, dia dah hantar seorang pegawai buat pemantauan hari ni (Jumaat tu le). Dia datang rumah kul 9.30 pagi. Tapi ye lah posman biasa datang rumah aku tghari. Dan dia kata lagi, posman yang bertugas di kawasan tu posman yang baru dilantik. Jadi dia tak berapa tau sangat.

Dalam hati aku, aik!! posman baru pun takkan le tak diberi penerangan awal.

Jadi, dia kata, dia akan bagi penerangan pada Pos cawangan Seri Kembangan dan posman-posman yang terlibat berkenaan perkara ni. Oklah aku setuju jek la. Diaorang bagi feedback yg cepat ni pun aku dah sangat berterima kasih lah.

Cuma seperkara yang aku tak setuju. Ada ke lepas tu dia kata dia nak close isu ni. Kira tutup kes la. Pastu kalau ada problem lagi, dia suh aku komplen lain.

Eh!! Aku cakap le aku tak setuju. Pasal semlmnya perkara sama berlaku lagi, dia baru buat pemantauan 1 hari. Takkan dah nak tutup kes. Aku belum lagi tengok bukti surat-surat aku dah dimasukkan kembali kat letter box. So aku cakap, bagi tempoh 1-2 minggu untuk buat pemantauan. Kalau aku berpuas hati, aku sendiri aku telefon Pos Malaysia dan tutup kes ni.

Dan, kalau masa-masa akan datang kes yg sama berlaku, aku akan refer balik pada nombor aduan kes yg ni. Tak mau la buka-buka kes baru. Nanti lambat pulak penyelesaiannya.

Dan hari Sabtu lepas, aku tengok posman dah letak surat aku dalam letter box. Hmmm... bagus! Ni lah yang dikatakan perkhidmatan yg cekap. Tapi aku tetap akan tunggu 1-2 minggu lagi baru le aku cakap puas hati dan tutup kes. Bukan apa, takkan 1 hari ok pastu bila tutup kes kang balik semula ke asal.

hmm... so pada korang semua, based on my experience, u can trust this PosLine 1300-300-300 number. Pasal feedback balik less than 3 days tau.

4 comments:

izanireni said...

diorang ni memang nak kena mcm ni. baru wat keje elok2

LMj said...

yup! kita cuma mempertahankan hak kita kan? kita pun bayo cukai apa... hehehehe

PiN(u/a)Ts said...

ala li, kadang2 diaorang ni hangat2 taik ayam je.. silap2 minggu depan buat lagi.. ko ugut je kalau jadi lagi ko nak report kat sotkabar, diaorang takut bab2 report kat sotkabar ni.. orang sotkabar memang gemar citer2 camni..

LMj said...

to PiNat,
a'ah sbb tu la aku cakap aku nak tunggu sampai 2 minggu baru pueh hati. sebelom ni tak penah kena pinat, lepas masuk posman baru tu jek yg kena gitu. tapi aku pantau jek la 2 minggu ni tgk camna.