Thursday, November 16, 2006

Pos Malaysia

Hmm ni macam nak meluahkan rasa tension dengan posmen yang deliver surat kat area rumah aku tu. Masuk semalam, dah 3 kali berlaku kat aku.

Rumah aku tu bukan tak ada letter box, tapi posmen (yang sengal tu, marah betul aku ni) boleh selit surat-surat aku kat pagar jek. Korang tau la sekarang kan musim ujan. Semalam aku balik keje tengok, ada 4 ketul surat aku dia selit kat pagar.

Bila aku ambik, basah lencun surat-surat tu. Ye lah kan ujan petang semlm. Masuk rumah aku nak le tengok kan... tapi tak leh nak baca sepenuhnya, dan tak boleh simpan sebab asal aku selak jek, koyak rabak. Marah betul aku.

Semalam bukan first time tau... kali ke-3. Masa 2nd time dulu surat dari SPA lagi... abis koyak. Masa first time, hari sabtu sib baik aku kuar rumah nak angkat kain tengok surat aku terselit kat pagar.

So, pagi tadi sampai opis, aku terus bukak laman web Pos Malaysia. Pastu terpampang lak nombor PosLine: 1 300-300-300. Aku tepon la. Bagus gak customer service dia. Dia ambik komplen aku dan bagi nombor aduan kat aku for future refrence. Sekarang ni, aku tengok la dalam seminggu dua ni samada perkhidmatan dia telah improve ke lom.

So kengkawan, kalo ada problem dengan penghantaran pos ke rumah. Cuba lah call nombor kat atas tu.

2 comments:

Anonymous said...

eh jap2 penjodoh bilangan surat ketul ke eh eheh

LMj said...

to anonymous,
ada... ada... tu penjodoh bilangan baru tu. dlm kamus dewan lom cetak lagi tuh...