Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi. Semuanya berjalan lancar.
Sekarang dunia saya 'terang'. Bukan dulu tak terang. Dulu 'terang' gak. Tapi nak lebih jelas kelihatan, saya kena la pakai spek. Baru 'terang'. Sekarang... Alhamdulillah... harap pengorbanan mengumpul duit bertahun-tahun membuahkan hasil.
Baru 4 hari berlalu. Tapi saya dah boleh nampak 'hasil'nya. Walaupun saya memerlukan at least 1 week to 1 month healing process. It's getting better and brighter.
Hari ni 1st time saya bekerja. 1st time saya baru nak latih mata untuk mengadap notebook and menaip dan membaca mengadap PC for a longgggg time. Hope i wont strain my eyes too much. Cuma kadang blurrrrr skit.. kadang ceraaaahhhh.... Tapi doktor kata, its normal. So, saya kena berusaha untuk mengatasinya.
Errr... apa berlaku 18-Jun? Hehehe rasanya dah boleh agak kot? Saya telah selamat menjalani Lasik treatment 18-Jun yang lepas. Alhamdulillah... semuanya ok. Cuak.. takut... excited.. semua ada.
Sakit? Tak sakit la. Masa procedure tu berjalan tak sakit pun. Sebab dia orang titis ubat bius kat mata. Jadi memang tak sakit. Saya buat IntraLasik treatment kat Optimax. Dan saya ke Optimax TTDI untuk buat. Dan doktor yang buat tu, Dr. Chuah. He is very nice, yet very very tegas.
Lepas procedure tu, dah boleh balik. Cuma TAK BOLEH drive. So, mesti ada orang yang hantar pergi dan balik tau. The whole day.. dunia sungguh BLURRRRRRR.... Sebab, pagi tu lagi dia dah mulakan dengan thorough eye check.
So, dia dah titis ubat kat mata. Jadi saya tak boleh membaca langsung. Tulisan nampak bercantum-cantum. Bila pakai spek, saya boleh lihat jauh dengan jelas, tapi dekat... blur. Sampai nak makan pun saya kena tanggal spek sebab tak nampak nasi. Baru la saya rasa betapa peritnya kena rabun dekat.
Ok.. so petang, lepas lunch baru la saya start procedure saya. Dug dag dug dag... excited + takut. Sebelum saya ada 2 orang chinese lady. Hmm... ok je. Sampai giliran saya... Dr. Chuah bagi briefing. Nanti.. nampai green light just focus there... bla.. bla.. bla...
So sampai giliran saya. Memula masuk bilik yg 1st, dia buat flap. Sebab saya ambil IntraLasik treatment, nak cut flap tu guna laser gak. Lepas dia potong dua-dua, dia suh pindah ke bilik sebelah. Hmm.... pastu doktor pun bukak flap tu. Pastu dia mula la melaser mata tu. Masa tu la nampak green light tu. Start dengan mata kanan. ok... berjalan lancar... pastu mata kiri plak...
Alhamdulillah ok... pastu dah boleh balik. On the way balik saya dah mula rasa pening. Mata rasa sore (bengkak).... Saya layan tido. Sampai rumah.... saya telan ponstan 2 bijik, terus tido. Bangun tido baru la rasa lega sikit. Vision makin clear.
Hari Jumaat, saya ke Optimax lagi sekali untuk check up. Alhamdulillah... vision makin clear. Cuma kadang-kadang rasa mata belah kiri cam blur sikit. Tapi kadang rasa ok. Since it will take time to get a clear vision, then saya perlu bersabar.
Hari ni, dah 4 hari selepas treatment. My vision is getting better. Cuma for the 1st week ni, saya kena pakai spek hitam kalau keluar.
Sapa nak try? Ada brani?
4 comments:
wahh aku dah bt ek laser mata...lps ni takyah pakai spec dah...akak cuti lama ke ari tu?....
wah bestnya dah tak yah pakai spek.. aku tingin gak nak buat.. tapi cam takut huhu..
baper kos semua sekali lili? 2 jibik mata tu?
to ida, pakai spec lagi nih. pakai spek itam kakakakak... mc 2 hari je. tapi dapat la sambung weekend 2 hari lagi.
to ed,
kos bape? tu kita kena chit chat la kalo nak tau kos kakakaka.... aku buat 2 bijik mata. kang kalo buat sebelah je, cemeng lak mata sebelah...
hahaha lawak..ye tak ye jugok.. takkan nak wat sebelah jibik jer kan keh keh
Post a Comment