HARAP MAAF...
Pada entry yang ini --> Terbang.. meh kita terbang
Saya terpaksa delete sebahagian besar suara hati saya.
Kenapa?
Seperti yang saya maklumkan, saya terlupa mata-mata di luar sana. Saya alpa sebentar. Jadi saya naik syok dengan diri sendiri sehingga saya lupa ada sesetengah orang yang sentiasa perhatikan orang lain.
Motif?
Entah! Saya pun tak tau.
Jadi, saya terpaksa delete. Untuk menjaga hati mereka, mereka dan mereka dan bagi menjaga periuk nasi saya. Saya masih ada insan yang saya tanggung.
Pedih betulll.... sebab lepas saya baca berulang-ulang balik entry saya tu, saya jadi tak keruan. Adakah saya perlu delete entry luahan hati saya? Ni kan blog saya, sukati saya la nak tulis apa? Atau... perlu kah saya private kan blog saya supaya saya boleh tulis apa yang saya suka?
Memang selama ni saya tulis apa saya suka. Apa saya tak suka. Apa saya dapat. Apa saya tak dapat. Apa saya benci. Apa saya sayang. Cuma sejak akhir-akhir ni, banyak yang saya tapis-tapis. Sebab, PERLU! I have to do that.
Saya sayang blog ni. Dan saya sayang kawan-kawan yang mendapat kabar saya dari kejauhan, dari blog saya dan yang ikhlas membaca suara hati saya. Jadi untuk itu... saya minta maaf kerana entry luahan saya TERLAMPAU pada entry yang lepas. AMPUN, MAAF DIPINTA...
No comments:
Post a Comment