Semalam, kami satu family shopping macam orang kaya. Dari satu showroom kereta ke satu showroom kereta, macam ala-ala orang kaya mahu beli kereta.
Masa breakfast pagi, asben bagi idea bernas 'Jom gi showroom Proton, tengok Inspira & Saga baru!'
Jom! Jom!! Laju jek aku ikut. Terus bagi idea lagi bernas, jom kita pergi showroom Suzuki, Honda, Toyota, Mitsubishi, Mazda, Nissan hehehehe....
Layan....
Memula kami ke showroom Suzuki. Pergh... aku jatuh cinta dengan Suzuki SX4. Menarik juga. Tapi tak boleh la tunjuk yang bukan nya ada duit nak beli kereta kan. Kena tunjuk ada duit hehehehe...
Lepas suzuki, kami ke showroom Proton. Tapi yak yah la buh gambar la ye. Pastu sambung jelajah ke Mazda. Memang teruja sungguh tengok kereta-kereta yang berderet-deret tu. Huhuhu... asben berkenan dengan Mazda 3.
Aku berkenan jugak, tapi mahal sangat la pulak..... Then kami makan kat Anggerik Kuring, Puchong. Sundanese Restaurant. Sedap!! Hehehe...
Lepas tu sambung lagi sesi jelajah kali ni. Kami ke Nissan showroom pulak. Aku memula nak tengok Nissan Sylphy. Tapi lepas tu berkenan kat Nissan Latio Sport pulak. Besar la dalam dia hehehee...
Lepas tu, kami terjah pulak ke Mitsubishi. Saja la bagi peluang asben pulak tengok Lancer.
Seronok sungguh cuci-cuci mata. Hehehe... bila la nak dapat durian runtuh? ish ish ish...




No comments:
Post a Comment