Hari dah masuk 14 Syawal. Sangat pantas masa berlalu. Sekejapan sungguh raya kali ini dengan pelbagai dugaan.
Rasa sungguh sekejap Ramadhan kali ini. Pejam celik pejam celik. Dah Syawal. Sekarang ni, dah pertengahan Syawal dah.
Bermula dengan aku kena sakit mata sejak pertengahan puasa sehingga menjelang raya. Aku baik, Biha pulak sambung sehingga sekarang ni baru nak baik betul. Aku harap tak kacau la vision dia.
Sekarang ni asben plak baru nak kena. Dugaan betul.
Aku pun kena demam panas. Sampai bisa-bisa satu badan. Sampai sekarang batuk-batuk masih berbaki lagi. Dugaan dugaan....
Walaupun dengan dugaan yang perlbagai ni, kami tetap merayakan Aidilfitri. Kali ni kami berdondon-dondon kaler hijau. Biarlah dengan mata yang cemeng di pagi raya, kami tetap bergambar-gambar hehehe.... Raya tetap raya...
Di kesempatan ini, saya dan keluarga, ingin merakam sejuta kemaafan buat semua. Walau pun dah mula menjengah 14 Syawal, harap belum terlambat untuk memohon ampun dan maaf buat semua yang mengenali diri ini.
Maafkan segala kekasaran bahasa. Tingkah laku yang menjelekkan, harap dimaafi. Halalkan lah makan, minum dan pinjam-pinjaman. Semoga tidak berbuku di hati.
Semoga dengan kedatangan Syawal akan menambah keberkatan dan rahmat buat kita semua. Semoga bercapai apa yang diimpikan dan semoga berbahagia hendaknya.
Insya Allah, kita akan dapat berjumpa lagi untuk bersama menyambut dan meraikan kedatangan Ramadhan tahun hadapan.

No comments:
Post a Comment