Rata-rata orang memperkatakan pasal pembentangan bajet 2012 yang baru ni. Hmm... pukul rata di mata dan kotak hati aku yang jahil pasal bajet ni, banyak juga kelebihan diberikan kepada rakyat dan penjawat awam. (bagi intipati ringkas Bajet 2012 boleh klik SINI ye)
Kelebihan yang diberikan kepada pelajar dan ibubapa yang ada anak-anak bersekolah, sangat-sangatlah dialu-alukan. Cuma... aku bagi pihak rakyat (yang ada sedara mara cikgu), sebenarnya kesian jugak kat cikgu-cikgu sekolah.
Bila yuran dimansuhkan, macamana la pihak sekolah nak anjurkan aktiviti. Makin susah pihak sekolah nak dapat dana nak buat aktiviti. Balik-balik cikgu juga la yang kena hulur bantuan.
Anyway, bagi pekerja swasta macam aku, tak le terasa sangat bajet ni. Baik kali ni mahupun yang lepas-lepas. Bagi aku sama aje. Tak la berapa excited sangat. Kot la dia mansuhkan cukai pendapat bagi pekerja-pekerja swasta kan bagus huhuhu... *verangansss*
Tapi, bagi pihak kakak-kakak dan adik-adik yang ada berkhidmat di jabatan kerajaan... tahniah la. Aku pun tumpang happy. Dapat gak lagi 1/2 bulan gaji. Boleh la kot belanja roti canai hehehehe....
Kami yang kerja swasta ni, mana yang mantap-mantap dapat la kot bonus hujung bulan ni. Tapi BUKAN SEMUA tau... bukan semua pekerja swasta dapat bonus. Ada yang dapat berita jek, tapi berbulan-bulan dah jadi khabar angin jek, pun ada gak tau.... Ada yang tukang TENGOK je orang lain dapat bonus. Dia dapat apa? Dapat TENGOK je laaaa heheheehhe...
Huhuhu... bagi orang berangan jek lebih.. huhuhu sedeeeyyyy...

1 comment:
Lili, yuran sekolah jer dimansuhkan.. yg rm45 kot tak silap aku.. sejak zaman Abdullah Badawi lagi dah mansuh.. Najib banyak ulang balik jerk.. Yuran2 seperti PIBG semua still kena bayar :)
Post a Comment