Wednesday, February 25, 2015

10th years and counting


Dalam kesibukan diri dan kerja, diam tak diam dah 10 tahun aku kat kompeni sekarang ni. 2nd February marked my 10th anniversary with eNCoral.

Pelbagai perkara masam, manis, masin, pedas, sakit jiwa, marah membara, kena marah, kena maki, suka, duka yang aku lalui sepanjang 10 tahun ni.

Pernah satu ketika aku rasa masah sangat dengan ex-boss aku. Sampai menangis la aku kat opis... hahaha... cengeng...

Aku lalui tempoh treatment untuk mendapatkan baby juga semasa bekerja di sini. Suasana dan waktu kerja dan fleksibel membantu aku untuk meneruskan rawatan.

Aku hilang kandungan pertama di sini. Kedua... juga di sini. Dan melahirkan Nabihah juga semasa berkhidmat di sini.

Aku berjumpa dengan ramai kenalan di sini. Rapat. Berpisah. Masih berhubung. Dapat rakan berjalan-jalan juga di sini.

Pernah juga aku lalui saat perit sampai rasa nak berenti. Dah tender pun.. tapi memang jodoh dengan eNCoral... maka masih utuh di sini.

Terima kasih eNCoral.. terima kasih boss... boss.. boss... boss lagi... boss lagi... dan boss.... memang aku banyak boss kat sini. Aku je masih kuli kekekeke....

No comments: