this is where i put my tots, feelings, emotions and journey into writing. my life seems like a chocolate box, sometimes it's just chocolate, sometimes it's full with nuts... woot!!!
Thursday, February 12, 2015
Ngantuk wehh... ko hado??
Toing! Toing!! Rasa nak buh batang mancis kat kelopak mata ni.Ngantuk yang amattttt..... adakah sebab lepas sedap pekena shabu shabu masa lunch tadi?
Oh.. tidak!! Tak boleh tido. No !! No!! Nanti keluar suara orkestra... cemana?
Aduhaiii.... berat betul kelopak mata ni. Macam ada ribu ribu setan tumpang bergayut sama huhu.. shuuu... shuuu.... gi jauh-jauh. Aku nak buat keje ni.
*gosok mata jap*
Adeii adeiii gosok mata... pedih plak rasa. Lupa tadi sapu minyak angin. Dah terselet kat tepi mata plak. Masih tak berapa membantu menghilangkan rasa mengantuk ni.
Bukak ceritera lama....
Dah alang-alang mengantuk ni.. tapi tak leh tido. Maka mari kita bukak cerita lama. Tetiba kenangan lama mengamit tangkai hati... ecehhh...
Teringat zaman cinta monyet. Kesian monyet tu... Bila mula-mula korang mengalami cinta monyet?
Aku? Aku... advance. Seawal masa aku darjah 6.. hahahaha. Tapi masa tu bukan cinta. Lebih kepada crush. Dengan salah sorang kawan baik aku sendiri. Suka dalam diam. Secret admirer... orang kata. Hahahaha.. kelako...
Lebih mencabar... sebab mamat tu a.k.a kawan aku tu cemana plak boleh dapat tau aku crush dengan dia. Dulu dia tu mat sport. Bola sepak.. bola baling... semua dia terlibat. Aku? Aku kan nerd kakakaka... mana pandai main sukan.
Ooo... tak yah cerita la dari situ. Kalau aku cerita... boleh jadi macam cerita Lagenda Budak Setan. Bersambung-sambung.
Ringkasnya. Aku je crush kat dia. Dia? Dia pun sama kot. Lepas tu abis sekolah.. aku masuk sekolah biasa. Dia masuk sekolah agama. Pergh!!! So abis kat situ? Tak abis... Kami kawan. Baik. Hati memang ada bunga, ada taman.... berdebar-debar bila dengar nama dia.
Jumpa? Tak! Ada la sekali sekala kami jumpa sorok-sorok. Hahaha... tapi itu sahaja. Sampai aku abis sekolah menengah. Kejap contact.. kejap ilang.
Dan akhirnya terussssss hilang masa dia kata nak melanjutkan pelajaran ke Kaherah. Hilang... dan terus hilang.... sehingga akhirnya aku dengar berita dari kawan-kawan lain... dia dah tunang.
Lepas beberapa tahun.. dengar lagi... dia dah kawin.
Lepas beberapa tahun... dengar lagi... anak 5 hahahaha....
Tapi kenangan lama tetap tersemat di memori. Hanya kenangan. Kenangan yang mendewasakan aku.....
.....
...
.
Ok.. hilang mengantuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment