this is where i put my tots, feelings, emotions and journey into writing. my life seems like a chocolate box, sometimes it's just chocolate, sometimes it's full with nuts... woot!!!
Friday, October 23, 2015
Hati ku remuk 1000
Memang!!
Memang remuk hati aku ni. Remuk 1000. Macam kaca jatuh terhempas. Lepas hampir 24 jam kejadian berlaku... tetiba pagi ni baru aku rasa pedih dan sedih.
Semalam kuda putih kesayangan aku tu kena cium dengan viva. Tapi bukan salah viva pun. Lori belakang yang hentam viva tu. Dia lajak.. terus cium belakang kete aku.
Walaupun hentaman tu kuat... tapi kuda putih aku lagi kuat... Tak le rosak banyak. Tapi dah tak hensem. Bumper belakang ada koyak skit kiri dan kanan. Lari la skit bumper tu.
Tapi alhamdulillah.... reverse sensor tak kacau. Lampu tak kena. Kira minor gak la kerosakan tu. Kete viva tu lagi la.. Masya Allah.... depan belakang remuk. Tak boleh gerak dah.
Vongoks punya lori... memula beriya-iya suruh kami gi report ke balai. Konon dia ada tempat nak hantar barang. Lepas tu... masa aku kat balai polis, dia suruh aku tarik balik report. Memang hampeh la. Meh aku viral skit nombor plat lori tu... WXX1993. Kalau nampak lori ni... sila jauhkan skit kenderaan anda.
Driver lori.. bawak lori sambil pakai telefon. Lepas tu dia yang suruh kami pergi balai buat report. Lepas tu suruh tarik balik report, konon nak bayar kerosakan.
Tadi pagi.. aku baru share gambar kejadian kat group adik bradik aku. Adik aku beriya-iya suruh jangan claim insurans. Sebab dia kata... nnt lori tu game, tak pasal-pasal insurans aku yang kena potong. Dah la NCD aku dah max dah. Dia kata rugi....
Terus la buat aku rasa down sangat hari ni. Kalau nak repair sendiri mana aku nak cekau duit. Dah le bulan 12 ni roadtax & insurance nak kena renew. Nak kena buat persediaan naik sekolah untuk Biha. Mana tabung lagi le mak nak korek ni.
Tak pe lah... bertabah lah hati. Jangan bunuh diri.. eh.... salah taip (tapi tak nak repair hahaha). Jangan undur diri. Cekal! Esok, buat as plan. Pergi dulu centre dapatkan quotation dulu...
UWAAAAA!!!! Kete aku dah tak ensem!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment