Friday, October 09, 2015

My New Bundle of Joy

Fuuuuhhhhhhhh.....
*sapu sapu skit....*
Fuuuuhhhh.... *muncung muncung mulut cik leha tiup sawang kat blog ni*

Lama betul tak jengah ke sini. Bukan aku dah lupa. Tak pernah aku tak ingat. Cuma aku sekarang ni sibuk sikit. Cewaaahhhh.... sibuk la sangat kan.

2 trip berlalu pergi tanpa aku sempat nak catat kat sini. Tapi tak perlu catat la pun hehehe... gi shopping trip je. Bulan Mei lepas, aku gi Bandung. Haah... Bandung lagi. Then bulan Semptember lepas.... aku gi Ho Chi Minh City lagi. Alahai.. dulu dah pernah cerita bergambar. Kali ni tak payah la eh.

Kali ni aku nak citer skit je. Nak share my new bundle of joy. Errr... dalam erti kata lain, 'hutang baru' aku ni. Meh tengok gambar skit.


Cewahhhh.... cun tak? Makan setahun jugak aku berangan nak mende ni. Berangan tak pe. Bak kata mak aku, berangan tak pakai duit hahaha... so tak kisah lah berangan banyak-banyak. Sehingga lah tetiba Samsung Galaxy S3 yang aku pakai semakin nazak.

Kejap-kejap hang. Kamera pun dah pecah. Nak trade in pun tak laku dah. Tapi aku sedar ketidak mampuan aku nak memiliki idaman ni.

Sehinggalah satu hari Norli cakap... 'Ala buat je ansuran. Bayar bulan-bulan. Bukan nak pakai 1-2 bulan pun. Kan pakai lama.'

Idea ni buat aku terdetik. Ye tak ye jugak kan. S3 tu aku pakai 3 tahun lebih. Memang berbaloi-baloi la kiranya. Sejak tu malam-malam aku jadi tak lena. Kejap-kejap terbayang. Kejap termimpi. Aduhai.... macam ni perasaan angau rupanya hahahaha.....

Akhirnya lepas bincang dengan asben.... (the best thing is... he never says no. Ye lah... aku pun yang bayo nya... hehehehehe) petang Ahad yang indah.. terus ke IOI City Mall.

Hajat hati nak ambil pakej plan dengan DiGi. Tapi stok telefon dah abis. Last-last amik hp sahaja. Maka... tamat lah sudah mimpi-mimpi malam aku. Hilang lah sudah angau ku.

Masa catatan ni... dah seminggu dah aku tak kena mimpi tu lagi.. sebab dah seminggu mimpi jadi kenyataan...

No comments: