Sejak sistem live, aku memang busy tahap gaban.
Dengan panggilan telefon, email, whatapps, sms, ticket dari support.... semua lah.
Tambah busy sejak boss dan boss-boss kepada boss aku serah tugas boss kepada aku. Makin bertambah la beban kerja ni. Walaupun aku tak rela dengan new post (without new pay) ni... tapi aku terpaksa la redhooooo....
Sekarang ni aku perlu tenang berhadapan dengan kerja. I dunt wanna think about those unnecessary stress.
Hujung bulan 12 haritu aku demam kuat. Sampai blood pressure aku cecah 200/100. Aku ni bukan doktor dan tak arif baccan BP ni. Jadi pada aku oo.. tinggi la. Tapi i still feel ok. Pening? Sikit la... kan aku demam. Tapi tak de le rasa nak pitam.
Tapi bila aku pegi klinik... hamik ko. Kena marah la dengan doktor. Siap nak panggil ambulans bawak g spital. Oh no!! Hujung tahun ni... anak nak naik sekolah.. i cannot afford to let myself stay in the ward.
Dipendekkan cerita.... akhirnya aku terpaksa mengalah dengan ketetapan Allah. Memang BP aku tinggi. Akhirnya terpaksa akur untuk makan ubat darah tinggi.
Jumaat lepas, selepas 2 bulan aku makan ubat.... alhamdulillah BP dah stable. Doktor pun dah reduce dose. Another 1 month to monitor supaya boleh stop ubat.
Kagum dengan diri sendiri... dulu lepas dapat Nabihah aku cuba disiplin diri makan ubat / supplement untuk diri sendiri. Tapi asik ngelat je. Tapi sejak ada High BP ni... aku otomatik jadi disiplin. Pepagi aku make sure aku telah ubat BP tu between 8.00am - 9.00am
Sebab tu aku tak mau any unnecessary stress kaco aku. Shuuuuhh shuuuuhhhhh.... stress.. nyah ko dari sini. Banyak mende lain aku nak buat wehhh..

No comments:
Post a Comment