Monday, August 01, 2016

alone.. lonely..






After a few years... me back to 1.  Balik semula ke opis selepas sekian lama duduk di tempat customer. Walaupun mungkin sebentar saja duduk di sini. Tapi... keterasingan tu sangat terasa. Seolah-olah office ni bukan office aku. Macam.. hari ni day 1 aku masuk kerja kat sini. Semua serba asing.

Pernah rasa? Menumpang di office sendiri? Tu la aku rasa ni.

Tetiba kena balik office. Fine! Aku ok je pun.

Tetiba balik office... meja dah siap ada nama. Erk! Ok. Tak pe... ada la beberapa meja yang kosong kot.

Kottttt.... kot je la aku rasa. Sekali datang, denggg!!! Betul la semua ada nama. Dan tiada tempat kosong. Kalau nak duduk pun, tumpang le kat mana-mana pun. Tumpang tau... macam aku buat hari ni. Tumpang meja orang lain.. sebab orang tu pergi tempat customer.

Dulu pun tumpang gak. Tapi tumpang meja tak bernama lain perasaan tu dengan tumpang meja yang bernama.

Hari ni kena lalui dengan tabah. Kena keraskan hati. Kena tebalkan kulit muka.

Fighting!!




No comments: