Friday, October 21, 2016

Hong Kong Trip



Tahun ni... kami melangkah jauh sedikit. Jauh la dari Jakarta, Bandung dan Ho Chi Minh City. Asyik la ke tempat yang sama saja kan? Kali ni kita ke Hong Kong.

Memang banyak drama nak sampai ke Kota Hong Kong ni. Tiket memang dah beli seawal setahun sebelum perjalanan. Masa tu kami dapat tiket memang murah giler. Aku beli tiket pergi dan balik untuk 2 orang (aku & Biha), RM509 sahaja tau. Tapi Air Asia kan? Faham-faham saja lah. RM509 tu tiket kosong je. Belum masuk luggage, seat, makan, insurance...

Bila dah masuk tahun 2016 baru la kami gigih mencari tempat penginapan, cari duit belanja, cari travelog untuk berjalan ni. Kebanyakan tugas tu aku terpaksa serah kepada Alida dan Seli untuk study. Aku memang tengah busy tahap gaban nak meletop.

 Day 1 - 21 April 2016
Tak banyak benda berlaku. Sebab hari pertama ni... adalah hari perjalanan kami dari KL ke Hong Kong. Flight pagi, lama sangat nak update blog, sampai dah lupa dah flight kul bape from KL. Kami sampai Hong Kong Airport lebih kurang jam 1 kot.

Lama kami kat airport sebab Ida & Wawa beli dulu simcard sana. Then kami terus cari kaunter untuk beli tiket ke Disneyland, Madame Tussauds and The Peak. Cuma tiket untuk ferry ke Macau kami tak beli lagi. Sebab kalau dah beli, mesti nak kena follow time yang dah ditetapkan pada tiket tu. Kalau terlepas memang haruuu...

Then, baru la kami turun menuju ke hentian bas. Naik baik A21 untuk ke Tsim Sha Tsui. Penginapan kami dah booking dan bayar di Chungkin Mansion. Kagum... jakun pun ada. Naik bas 2 tingkat wooo... Sampai Tsim Sha Tsui, mula la terpinga-pinga. Nak ke kanan ke, kiri ke, depan ke, blakang ke? Adoiii... sib baik ada sorang Indian tanya kami nak ke mana. Cakap le nak ke Chungkin Mansion. Oooo.. rupanya dari tempat turun bas, jalan kaki dalam 10 meter je dah sampai.

Then kami naik le untuk ambil kunci bilik. Aduuuhhh drama pula kat sini. Sebab Ulai dah sampai dulu 1 hari lebih awal. Rupanya kat Hong Kong ni... jangan memain. Bila dia kata bilik untuk 3 orang, walaupun kita memula ada 2 orag, dia tetap akan bagi bilik tu untuk 2 orang. Orang ke-3 tak leh suka suki nak join kendian.

Kami hampir kena pau untuk bagi deposit 1000HKD tau. Sama dengan RM500. Abis tu.. kalau dah bagi dia, kami nak makan belah mana?

Gaduh punya gaduh... last2 Ulai dengan Wawa pindah dok hotel lain. Aku dengan Ida terpaksa bersetuju down grade bilik kami tanpa tolak duit tau. Masuk la bilik utk 2 org. Aku & Biha 1 bilik, Ida & Danish 1 bilik. Bilik dia... gilerrrrrrrr kecik. Macam toilet je besar dia.

Masuk je... terus nampak pintu toilet dan katil. Tak de ruang nak legar2 la. Beg pun masuk bawah katil. Katil tu umpana segala-gala nya. Tempat makan, tempat tido, tempat tukar baju, tempat sembang, tempat solat.

Petang, lepas rileks rileks sekejap, kami ke Ladies Market. Hajat hati nak ke Sneakers Street tapi tak jumpa hahaha... Jalan-jalan kejap je. Balik sampai hotel pun dah malam. Makan dan tido. Ready for tomorrow. It's Disney yooo!!

 Day 2 - 22 April 2016
Hari ni lah hari yang ditunggu-tunggu. Jom pergi Disneyland. Seawal pagi. Kami dah bangun. Breakfast sendiri di bilik dengan roti / nasi beriyani Brahim.

Kami naik MTR dari stesen Tsim Sha Tsui. Turun di Lai King Station tukar kepada Orange Line. Turun di Sunny Bay dan tukar ke Disneyland.

Dalam perjalanan tu, hujan. Alahaiiiii... hujan la plak. Diri dah rasa mandom je sebab hujan. Tapi lepas tukar naik train ke Disneyland from Sunny Bay, terus hilang rasa mandom. Sebab? Dalam train dah rasa teruja, Dalam train dah penuh dengan karakter-karakter disney. Buat diri makin tak sabar.






Karakter lain tak jumpa tak pe. Kalau yang ni tak jumpa memang haru laaaa..

Keseronokkan dalam Disneyland tu tak payah dah cerita ye. Kena pergi sendiri baru dapat rasa nikmat dia. Gambar pun tak dapat nak membayangkan keseronokan di sana.

Seharian kami kat sana. Sampai malam. Sampai parade pun kami tunggu. Cuma masa nak fireworks tu, kami dah tak larat sungguh. Tunggu juga. Tapi tunggu dari luar. Tengok je la dari luar. Nampak jugak. Cuma orang kata, tak sama dengan berada di dalam.

Kaki sakit tok sah cakap la. Kiranya macam semangat je yang tolong heret kaki tu. Huhuhu... Sampaikan peracangan seterusnya semua bertukar gara-gara sakit kaki huhuhu...

Day 3 - 23 April 2016
Kalau ikut perancangan awal, kami merancang nak ke Macau. Tapi oleh kerana, sengal-sengal sakit kaki masih terasa. Macam tak sanggup nak menapak jauh-jauh dah. Lama lagi wehhh nak pakai kaki ni. Lagipun, tiket memang belum beli lagi. Hmm fikirkan semula, boleh lah guna duit tiket tu buat shopping. yippi!!

Jadi, kami kensel planning ke Macau. Hari ni kami ke The Peak. Nak ke The Peak @ Victoria Peak tu, kami naik MTR. Dari MTR kami jalan kaki je sampai ke Peak Tramp tu. Kalau ikutkan boleh naik bus. Tapi tetiba macam tak yakin plak.

Terpaksalah seksa kaki yang masih berbaki sakit ni... menapak skit. Memang la tak berapa jauh. Berpeluh ketiak juga la. Lagipun naik bukit tau. Memang haru betul masa tu. Tapi gigih nak sampai juga ni.

Kami bernasib baik, sebab kami dah siap-siap beli tiket Peak Tram, tiket Victoria Peak dan tiket Madame Tussauds. Jadi tak perlulah kami beratur panjang lagi.

Dah naik tram, sampai atas, tak terus ke Victoria Peak. Sebab kami singgah Hard Rock shop dulu. Memang tak boleh miss.

Lepas jauh menapak dan mendaki rasa lega tak terhingga akhirnya sampai gak.

Tengah tunggu tramp nak naik Victoria Peak


Pemandangan dari Victoria Peak.


Lepas puas posing-posing, kami turun. Nak pergi jelajah dalam Madame Tussauds plak. Madame Tussauds ni tempat patung-patung lilin yang dibuat menyerupai selebriti seluruh dunia. Memang kagum tengok hasilnya.





Puas berposing di sini. Kami terus balik ke hotel. Rehat lah dulu. Makan dulu kat hotel. Dah selesai semua, petang sikit baru kami ke Symphony of Lights. Memang kena jalan petang sikit, sebab terus nak ke malam nak tengok lampu.

Lewat petang, kami pun berjalan kaki ke Victoria Harbour. Yang best duduk kat Chungkin Mansion ni sebab boleh jalan kaki to nearby area. Sambil jalan cuci mata. Berdekatan sini banyak betul tempat lawatan.

Ni masa remamg-remamg senja.

Pemandangan malam. 

Kagum tengok Symphony of Lights ni. Kita tengok dari sebarang tau... lampu-lampu itu ikut rentak lagu yang dimainkan. Kalau ada duit lebih boleh lah naik cruise. Dari cruise tu nampak lebih jelas. Tapi sebab kami bajet holiday. Mana mampu je lah kan.

Balik dari melayan mata dan jiwa di Symphony of Lights, kami jalan kaki balik ke hotel. Sambil cuci mata tengok area 1881 Heritage kat Hong Kong. Orang kata ni tempat orang kaya raya kat Hong Kong. Memang pun.  Kami yang lalu seberang jalan... rasa tak sanggup nak pergi lebih dekat.

Balik hotel macam biasa, singgah supermarket dulu. Beli air. Then tapau nasi. Makan kat bilik.

Day 4 - 24 April 2016
Hari ni kami lebih santai. Plan hanya nak gi makan Dim Sum di Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre. Nak pergi ke sini agak mencabar sikit. Sebab tak de idea.

Kami setuju nak naik Ferry. Ini kerana Nabihah nak sangat naik Star Ferry. Dari hotel, kami malas nak seksa kaki. Jadi kami naik je bas. Mana-mana bas yang ada tulis Star Ferry.

Dalam Star Ferry. Budak-budak seronok nak duduk depan.

Turun dari Star Ferry, kami tahan teksi. Tahan ni teksi ni mencabar skit. Tak tau nak cakap macamana. Kami google je alamat, tunjuk kat taxi driver. Sampai pun...


Mari makan dimsum. Sampai sekarang rasa sedap nya dimsum kat sini.
Dah selesai makan dimsum. Tengah tunggu teksi nak ke MRT terus nak ke City Gate Outlet.

Sampai ke City Gate Outlet ni macam JPO je pun. Sapa ada bajet lebih boleh la shopping sini. Kami cuci mata aje la. Aku dengan Biha berhajat nak naik cabel car. Bajet ada. tapi yang lain-lain tak mau naik. Gigih juga bawak Nabihah jalan kot-kot boleh naik Ngong Ping 360 Cabel Car ni.

Tapi seriau pula. Masa ni angin kuat sebab macam nak hujan. Takut tengok cabel car tu bergoyang-goyang. Kalau naik ramai-ramai tu kuat gak hati ni. Tapi sebab kami berdua je, terus tak jadi.

Bergambar diluar CityGate Outlet.

Balik dari City Gate, kami repeat ke Ladies Market. Haritu jalan je tak de beli apa-apa. Memandangkan esok pagi dah nak balik, boleh lah kami shopping skit.

Kat Ladies Market. Dapat la beg Sumsum untuk Nabihah. Mama dapat handbag & hp case.

Day 5 - 25 April 2016
Last day in Hong Kong. Tapi mana dapat ke mana-mana pun. Sebab pepagi dah nak ke airport. Naik bas terus ke airport. Sampai airport awal.. sempat lagi shopping kat Disney Shop kat airport.

Lepas checkout, we are ready to go back.

Fuh.... berbulan-bulan nak siapkan post ni. Ikut hati yang dah malas.. malas nak buat. Tapi kenangan tak boleh tinggal macam tu. Kalau tak jadi le macam gambar. Semua gambar yang diambil sendiri, semua dah gone. Masa format laptop, lupa nak copy semua gambar-gambar tu. *nangisssss*


Paling tak leh lupa... kat sini Sasa bersepah-sepah. Kiri kanan ada kedai Sasa. Sebelah hotel pun ada. Jadi, kami setiap hari nak balik hotel, sure singgah kedai Sasa ni. Dan setiap kali tu juga ada je jinjing beg plastik beli miniature perfume huhuhu.


No comments: