Monday, March 07, 2011

Dinner??!!

Malam esok ada dinner. Annual dinner company. Lepas bertahun kerja kat sini, this is the first time ada dinner macam ni.

Mau aku tak teruja nak pergi kan?

Tapi lepas dapat mesej tadi asben tadi. "Abang tak cuti esok."

Ringkas dan padat. Buat aku rasa terhenyak sekekita. Rasa macam 'pelangin angan ku musnah' pulak rasa. Malas pulak rasa nak pergi esok. Tengok mood nanti cemana. *sigh*

Thursday, March 03, 2011

lamanya lagi

4 bulan lagi. Terasa masa sangat lambat berlalu. Cepat la datang bulan Julai. Sungguh tak sabar rasa saya.
.
.
.
.

2011 Innovation Day

Hari ni berlangsung Innovation Day 2011 di Pullman Hotel Putrajaya. Customers are invited too. Its good seeing my old friends at the event. What a small world.

Tapi bagi aku, itu no 2. No 1, am i being motivated by the event? Hmmm...

Ntah la. Cuma kali ni rasa kurang seronok pulak. Mungkin pasal kawan-kawan lama ada yg dah tak de. Atau mungkin sebab acara kali ni agak formal maka rasa agak terikat.

Hmmm anyway tahniah to those presenters today. Bravo!!!

Monday, February 21, 2011

Jom shopping kereta

Semalam, kami satu family shopping macam orang kaya. Dari satu showroom kereta ke satu showroom kereta, macam ala-ala orang kaya mahu beli kereta.

Masa breakfast pagi, asben bagi idea bernas 'Jom gi showroom Proton, tengok Inspira & Saga baru!'

Jom! Jom!! Laju jek aku ikut. Terus bagi idea lagi bernas, jom kita pergi showroom Suzuki, Honda, Toyota, Mitsubishi, Mazda, Nissan hehehehe....

Layan....

Memula kami ke showroom Suzuki. Pergh... aku jatuh cinta dengan Suzuki SX4. Menarik juga. Tapi tak boleh la tunjuk yang bukan nya ada duit nak beli kereta kan. Kena tunjuk ada duit hehehehe...

Lepas suzuki, kami ke showroom Proton. Tapi yak yah la buh gambar la ye. Pastu sambung jelajah ke Mazda. Memang teruja sungguh tengok  kereta-kereta yang berderet-deret tu.  Huhuhu... asben berkenan dengan Mazda 3.

Aku berkenan jugak, tapi mahal sangat la pulak..... Then kami makan kat Anggerik Kuring, Puchong. Sundanese Restaurant. Sedap!! Hehehe...

Lepas tu sambung lagi sesi jelajah kali ni. Kami ke Nissan showroom pulak. Aku memula nak tengok Nissan Sylphy. Tapi lepas tu berkenan kat Nissan Latio Sport pulak. Besar la dalam dia hehehee...
Lepas tu, kami terjah pulak ke Mitsubishi. Saja la bagi peluang asben pulak tengok Lancer.

Seronok sungguh cuci-cuci mata. Hehehe... bila la nak dapat durian runtuh? ish ish ish...

Wednesday, February 16, 2011

Apa ada pada mines?

Hmmm.. kalo ikut hati, tak de apa de kat Mines tu. Office aku dekat betul dengan Mines tu. Dah jadik tempat permainan je kalau pergi Mines. Tapi family outing kali ni dengan family. So it makes Mines like a whole new place to me.

2 minggu yang lepas, kami dah ke Mines tapi masa tu hujan lebat sepanjang hari. Jadi plan nak naik bot dan decorate cake, semua terbengkalai. Sebab cuaca hujan, bot tak jalan. Cake for decoration pulak dah abis. Tak tercapai cita-cita.

Ahad baru ni, kami songsong sekali lagi ke Mines untuk menunaikan hajat aku. Hehehe...

Lepas makan tengahari, kami Q untuk beli tiket naik bot. Cuma bot ke North Lake aje yang bukak. South Lake tutup. Alahai.... tapi lantak la. Kami naik la jugak bot.





Sampai aje Mines, kami terus ke Bread Story kat tingkat 3, kami terus booking kek for decoration. Pengalaman lepas, bila kami tunggu dah petang baru ke Bread Story, by then kek for deco dah abis. Jadi, kali ni, kami terus booking kek.

So, lepas aje naik bot, kami terus tuju ke Bread Story. Maka bermula la sesi mendekorasi kek. Hajat hati nak suruh Biha yang deko. Tapi sebab mama dan ayah Biha yang excited, kami yang excited nak deco dulu. Lepas tu baru bagi Biha chance.. hehehehe

Ini la hasil 'keras tangan' kami 3 beranak.




Macam excited je kat Mines ni kan? Hehehe.... the ones you spending your time with yang lebih membahagiakan. Eceh....


Muka budak happy dapat spend quality time with mama & ayah

Perginya Nidhal Haniff al-Hadi


Dari tanah kita datang, ke tanah juga kita kembali. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya.

Tanggal 15-Februari-2011 bersamaan 12 Rabi'ul Akhir 1432H, kembalinya Nidhal Haniff al-Hadi kembali ke rahmatullah selepas 12 jam menjenguk ke dunia. Tiada kata selain takziah buat adik saya Hafis dan isteri (Net) atas kembalinya anak yang tercinta ke rahmatullah.

Walaupun perginya Nidhal Haniff al-Hadi telah dijangka sejak dari dalam kandungan lagi, tetapi bila tiba masanya, kehilangannya tetap kami sekeluarga merasai. Sedihnya hati kami, sedih lagi hati Net yang telah membawanya selama 35 minggu di dalam kandungan.

Sayu sungguh hati aku masa mendukung jenazah Haniff di pangkuan sepanjang perjalanan dari Hospital Sultanah Aminah ke kampung untuk disemadikan. Tapi derai air mata terpaksa aku tahan, sebab jika mengalir air mata, mesti adik aku sedih. Tabah sungguh Hafis dalam mengharungi dugaan Allah ni. Sungguh tabah.

Dia lah yang menguruskan semuanya. Kami hanya membantu apa yang terdaya. Dalam menguruskan jenazah, menguruskan isteri yang baru bersalin, menjaga perasaan isteri, dia masih mampu tersenyum menyembunyikan kesayuan di hati. Makin aku perhati, makin sayu aku rasa. Dah besar panjang dah adik aku rupanya.

Tabah ye, Haniff akan tunggu umi & abah dia di titian sirratulmustaqeem nanti. Insya Allah.

Tuesday, February 08, 2011

sakit hati

Semalam rasa sakit hati betul. Dah la hp bb aku mengong. Dah seminggu merajuk. Pastu ada plak hamba Allah bikin hati aku tambah panas.

Aduhai. Kenapa la hamba Allah tu suka sangat buat orang geram. Dia tak de pun kat opis nak tahu situasi sebenar. Tapi dia buat macam tau-tau aje. Tapi, kalau dia tahu patut tak le buat orang sakit hati.

Panas betul hati aku semalam. Fuh!