Monday, October 24, 2005

Penatnya....

Hari ni rasa letih sangat. Flashback kejap... hari sabtu malam, jam 1.16 pagi aku bertolak balik ke Johor. Ala buat syarat la berbuka puasa dengan family aku pulak. Ish dah berkeluarga ni banyak hati yang nak kena jaga.

Hmm... dah hubby aku pun cuti Ahad & Isnin (untuk minggu ni aje), aku pulak cuti Sabtu & Ahad so terpaksa lah pandai-pandai bahagikan masa untuk keluarga aku pula. So... Sabtu tu hubby aku balik kerja pukul 12.15 pagi. Jadik relaks2 sekejap, jam 1.16 pagi bertolak balik. Sampai rumah mak aku, dah pukul 4.15 pagi. Mak pun tengah prepare sahur.

Lepas subuh, baru la aku & hubby boleh tidur. Bangun jek tidur, akak-akak aku ajak ke Summit Parade Batu Pahat. Malam tadi lepas sembahyang terawikh, kitaorg bertolak balik ke KL. Sampai KL dah jam 3 pagi, terus sahur.

Pagi tadi lambat gila datang kerja. Mengantuk yang amat!! Hmmm.... fikir-fikir balik, kalau aku yang tak drive ni penat macam ni, hubby aku mesi lagggggiiiiii penat dari aku ek... Ye lah hari Sabtu dia keje dari pagi. Pastu dia yang drive. Kesian abang......

No comments: