Wednesday, October 26, 2005

Selamat Hari Raya ~ Syawal yang syahdu

Rasa sekejap aje Ramadhan kali ni berlalu. Macam baru aje kelmarin 1 Ramadhan, hari ni dah 22 Ramadhan. Orang ramai pun dah mula sibuk dengan persiapan menyambut 1 Syawal. Ramai kawan-kawan aku dah mula sibuk merancang raya nak balik ke mana.

Bagi aku, di mana aku akan sambut 1 Syawal tak pernah aku kisah sangat. Dulu ye lah masa memula kahwin memang aku kisah. Sekarang aku tak ambil port sangat. Asalkan di pagi raya aku dapat bersama suami tercinta. Dapat salam tangan dia dan mohon kemaafan pada dia.

Tapi kadang sikap aku yang tak ambil kisah ni secara tak langsung payah juga. Pasal family aku sibuk tanya bila aku nak balik kampung untuk beraya tapi sehingga ke hari ini, aku tak dapat beri jawapan yang kukuh bila aku akan balik. Ye lah camana aku nak jawab kalau hubby aku sendiri belum confirm bila dia cuti. Tapi tak apalah, aku harap family aku akan faham. Aku akan balik juga raya, cuma bila, aku tak boleh nak jawab lagi.

Pagi tadi sambil drive ke tempat kerja, aku dengar ERA radio. Topik yang dibicarakan hari ini, pasal Syawal yang sedih. Hmm... bagus gak topik ni. Bukanlah kerana seronok dengar cerita sedih orang lain, tapi bagus kita mengingati bahawa, bukan perkara-perkara gembira aje yang berlaku di bulan Syawal, tapi juga perkara-perkara sedih yang dialami oleh sebahagian dari kita.

Berbicara pasal perkara yang menyedihkan di bulan Syawal, buat aku teringat kat arwah abah aku. Masuk tahun ni dah 13 tahun arwah abah meninggalkan kami sekeluarga. Maknanya dah 13 kali kami menyambut 1 Syawal tanpa abah di sisi.

Memang dah lama, tapi kesedihan tu tetap ada kat sudut hati aku ni. Cuma aku tahu aku kena tabah. Cuma satu perkara yang aku tak boleh nak buat. Pasal kalau aku buat aku akan sedih dan menitiskan air mata. Aku tak boleh nak baca takbir raya sebelum sampai 1 Syawal. Malah aku dengar takbir raya pun buleh buat hati aku tersentuh.

Tapi bila kenang kembali, aku paling tak boleh lupakan 30 Ramadhan & 1 Syawal tahun 1997. Pada petang 30 Ramadhan tahun tu, atuk aku menghembuskan nafas dia yang terakhir. Masa tu kami anak beranak sedara mara semua tengah sibuk buat persiapan raya. Tengah masak-masak.

Jam 3 petang 30 Ramadhan, mak aku bergegas ke rumah nenek aku pasal diberitahu atuk aku dah tenat. Kami adik beradik pun pergi sama (rumah nenek aku sebelah aje rumah mak aku). Aku pergi agak terlewat sikitttt. By the time aku sampai rumah nenek aku, atuk aku pun menghembuskan nafas dia yang terakhir. Alhamdulillah masa tu aku dapat control diri aku. Pasal atuk aku dah sakit agak lama jugak. Jadik kami anak beranak dah bersedia dengan keadaan ini.

Tapi yang paling aku tak boleh nak tahan diri sendiri bila secara tiba-tiba, cousin aku (lelaki) yang nenek & atuk aku bela dari kecik tetiba menjerit dan meraung bila tengok atuk aku dah meninggal. Memang sejak atuk aku mula tenat dia yang jaga atuk aku. Dia mandikan, pakaikan baju, dia jaga makan, b***k dan pakai atuk aku. Sejurus sebelum atuk aku hembuskan nafas yang terakhir dia keluar sekejap dari bilik atuk aku. Mungkin bagi peluang kami cucu-cucu yang lain untuk tengok atuk aku.

By the time dia masuk balik bilik tu atuk kami dah meninggal. Dia dan nenek aku berpelukan dan terus terbaring atas katil sambil meraung. First time ever aku tengok cousin aku tu nangis. Malah sambil meraung dan tersedu-sedu macam tuh. Sampai makcik aku terpaksa papah dia keluar dari bilik tu. Ye lah kan tak baik kan menangis dengan jenazah.

Aku yang pada mulanya boleh control diri aku terus menangis sama. Tak tahan rasa hati aku tengok dia menangis. Aku rasa sangat-sangat tersentuh.

Mulai dari petang tu, rumah atuk aku terus menerus dikunjungi orang ramai untuk melawat jenazah atuk aku. Atuk aku boleh dikatakan agak terkenal di kampung tu. Sapa tak kenal Pak Arab Salleh kat Air Hitam tu? Dulu masa atuk aku masih sihat, ramai orang datang ke rumah atuk aku minta buatkan air penerang hati, minta tolong buatkan sembahyang hajat dan macam-macam lagi. Jadi memang la tersangatlah ramainya orang yang datang berziarah. Dah macam kenduri kawin lak depan rumah atuk aku.

Malam raya, kami sekeluarga dah tak macam nak menyambut raya. Malah kami semua pun dah tak rasa nak raya langsung. Rumah nenek aku penuh dengan bacaan-bacaan Yassin dan ayat-ayat suci Al-Quran. Oleh kerana atuk aku meninggal dah petang sehari sebelum raya, jadi orang ramai cadangkan jenazah dikebumikan keesokkan hari ~ 1 Syawal. Pasal malam raya, orang semua sibuk dengan persiapan.

Esoknya, 1 Syawal, jenazah atuk aku dikebumikan selepas sembahyang raya. Bila diingat kembali, memang sedih sangat. Lebih-lebih lagi bila terpandangkan cousin aku dan nenek aku yang nampak sangat sedih & sugul. Orang ramai yang datang pun tak putus-putus sehingga seminggu raya. Sedara jauh dekat semua datang menziarahi nenek aku.

Sehingga ke hari ini, setiap kali 30 Ramadhan kami (siapa-siapa yang berada di kampung) akan kumpul di rumah nenek aku untuk tahlil dan berbuka bersama-sama. Dan setiap kali tiba 30 Ramadhan, akan mengingatkan aku pada 30 Ramadhan penuh syahdu yang pernah aku lalui... Al-Fatihah

1 comment:

PiN(u/a)Ts said...

Al-Fatihah...