this is where i put my tots, feelings, emotions and journey into writing. my life seems like a chocolate box, sometimes it's just chocolate, sometimes it's full with nuts... woot!!!
Wednesday, July 17, 2013
Dilema
Pasti tiba lagi nanti. Huhuhu... dapat aku bayangkan. Betapa susah nak buat keputusan.
Aku ingat, memandangkan tiada apa-apa yang aku terima akhir-akhir ni. Maka sahih la sehingga September sahaja. Aku mula pasrah dah redha. Mula pasang angan-angan dan cita-cita baru. In Shaa Allah... segala ni Allah susun baik untuk aku.
Walaupun hati ni berat nak melangkah pergi. Takut apa yang berlaku pada asben dulu, berlaku pula pada aku. Aduhai.. takutnya.
Tapi aku telah berjaya yakinkan hati aku. Ya!! Inilah agaknya jalan yang terbaik untuk aku.
Tapi......
Emel aku terima pagi tadi (sebenarnya emel ni semalam, tapi hari ni baru perasan emel ni)... buat hati aku berdetik lagi. Mungkin aku patut kekal di sini. Mungkin di sini lebih baik. Mungkin risiko apa berlaku pada asben aku, tidakkan berlaku pada aku, sekiranya aku kekal di sini....
Oh hati... kenapa la kau mula berbolak balik semula?
Oh Tuhan... bantulah hambaMu yang lemah ini dalam membuat keputusan.... Semoga aku dapat membuat keputusan yang baik, disamping mengambil kesempatan bulan yang penuh barakah ni....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment