Thursday, July 25, 2013

mengantuk

Ramadhan kali ni, ni la 1st time aku rasa mengantuk giler di siang hari... sebaik sahaja sampai opis. Adeii.. mata rasa nak tutup je. Badan rasa ringan je nak landing.

Hari ni semua serba tak kena kat aku. Sengal giler aku rasa diri aku ni. Hnadphone pun bleh tetinggal dalam kete.

Malam tadi.. ada la bertekak skit dengan asben. Tak de bertekak banyak pun. Tapi asben kecik hati sangat. Silap aku plak la sebab tak terus pujuk. Ye... aku admit ye... salah aku.

Tak pasal-pasal cik abang declare silent war. Adusss... ni yang paling aku tak suka ni. Sebab aku boleh je cool beberapa jam bila dia declare perang cam ni. Biar la dia tenang kan.. kononnya.... Tapi bila dia makin diam... lelama aku akan mula la fikir macam-macam.

Otak mula serabut. Mata asik masuk habuk je nanti. Jiwa rasa tertekan.

And... unfortunately... baru beberapa jam ni... aku dah mula rasa sesak dada je fikirkan cik abang yang tak mau bercakap dengan aku. Ish... ye la ye la... salah aku. Memang la.. kan aku dah ngaku dah. Tak perlu la nak declare perang kan?

Paling aku rasa sesak dada... sebab dia janji nak tolong kemas rumah sikit-sikit. Sebab family aku nak datang malam esok. Pastu.. dia janji nak pergi opis adik dia hari ni.. hantar baju. Tapi... oleh kerana perang ini. Makanya.. dia akan buat tidak tahu untuk semua benda. Tu la cara dia hukum aku. Cara yang paling stressful dan feel mentally and emotionally tortured.

Tu yang buat sesak dada tu. Later dia akan cool down. Tapi nak memujuk tu... aku kena tahan hati.. tahan telinga.. tahan perasaan.. tahan jiwa. Jangan sampai jadi gila. Sebab macam-macam akan keluar dari mulut tak de insurans dia. Silap-silap depan anak pun dia cakap juga. Oh tidak... tak sanggup...

Lagi sesak dada... dia dah mula la silent war. Tadi sahur.. aku masak pun dia tak mau jamah. Kenyang katanya. Sukati la kan. Jangan kata aku tak masak. Jangan kata aku tak kejut plak. Pastu siap dah bagitau.. dia takkan buka posa dan sahur dengan aku sampai dia tenang. Bukan emotionally tortured ke tu?

Tak pe lah kan... selama ni.. bila dia keje memang aku buka posa sorang-sorang. Tapi... nampak tak tekanan yang aku akan alami? First, kalau aku beli makan utk bukak posa sorang-sorang. Nanti dia fikir aku nak perang sama. Silap aku akan bertambah. Secondly, kalau aku belikan juga makanan untuk dia. Sekali tu.. dia keluar rumah time nak bukak posa. Gi bukak posa dengan kawan dia. Aku? Cemana? Makan sorang dah tentu la. Abis... makanan banyak aku beli.. sapa nak makan? Kan membazir dah.

Thirdly, time sahur. Kalau aku tak bangun sahur... tak ke dia akan rasa aku pun nak perang sama? Ye lah.. dia tak nak makan. Aku pun kalo sorang-sorang baik tak yah sahur. Aku bangun minum mila je cukup. Fourthly, kalau aku masak sahur.. pastu kejut dia. Tapi dia berkeras tak mau bangun makan. Apa aku rasa? Kecik hati tak? Sedih tak? Mesti lah...  Aku juga yang makan hati. Stress. Makan jiwa. Tertekan. Sesak dada.

Hmm.. sebab tu aku tak suka dia silent war dengan aku. Dia boleh la.. dia tahan tak bercakap dengan aku walau berhari-hari. Sebab... dia ramai kawan nak bercakap. Aku? Walaupun aku ramai gak kawan. Tapi dia kawan paling rapat aku. Adusss.. mula la mata aku masuk habuk ni.

Oklah... tengok la nanti cemana. Sampai tahap mana kesabaran aku di bulan yang mulia ni. Harap aku dapat bersabar dan menahan diri dari jadi gila. Lagi pun kejap lagi... aku kena keluar kejap jumpa adik ipar aku.

sorry la... aku merepek meraban meluahkan perasaan kat sini. tak yah la baca masalah rumah tangga ni huhuhu...

No comments: