Tuesday, July 09, 2013

Ramadhan datang lagi


Alhamdulillah.... dengan rezeki Allah.
Alhamdulillah.. dipanjangkan usia dan diberi kesihatan dapat menemui Ramadhan yang mulia lagi.

Sekejapan rasa Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah... syukur pada Allah.

Hari ni Syaaban terakhir tahun ni.
Esok bermulanya bulan Ramadhan yang mulia.
Malam ni bermula solat terawikh.
Sebelum Subuh esok bermula sahur.

Macam-macam perasaan terlekat dihati ni. Gembira dan sayu bercampur baur. Gembira semoga Ramadhan ni dapat mendekatkan diri aku yang jahil ni lebih kepada Allah.

Sayu bila fikir malam ni mak & abah akan datang tengok aku. Rindunya kat mak & abah. Kalau la Allah boleh pinjamkan mak & abah sekejap dalam mimpi aku pun tak pe. Ingin sangat nak lihat wajah mak & abah. Semoga dapatlah sekali dalam sebulan Ramadhan ni aku jumpa dengan mak & abah.

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak buat kawan-kawan, saudara mara, sahabat handai.

Mohon ampun maaf atas segala kesilapan, tutur kata yang kasar, gurauan terlebih sehingga menyentap ke jiwa... Halalkan makan dan minum saya. Sekiranya ada hutang piutang saya kepada kalian, inform la saya supaya dapat saya langsaikannya.

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Semoga kita dapat memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini.

No comments: