Friday, April 21, 2006

SMS

Pagi-pagi tadi dapat SMS dari mak "Saadiah di hospital BP dah 5 hari sakit agak serius". Hati jadi tak tenteram. Sedih... sayu... Aku SMS akak aku.

"Dapat SMS mak pasal Aunty Yah kat spital? Any plan?"

"Dah telefon mak. Mak kata kalau makin tenat nanti mak bagitau." Kami masing-masing jauh dari kampung. Jadi mak aje lah penghubung talian.

Saadiah tu my aunty. Adik kepada mak. She had been diagnosed with cancer. Yup!! Breast cancer, salah satu pembunuh #1 wanita. Dulu dia dah buat chemotherapy. Sampai luruh segala rambut di badan. Kening pun tak de. Muka cengkung. Rambut jadik botak. Nak menangis bila aku balik dan tengok keadaan dia.

But she is very strong. Tak lama kemudian dia beransur pulih. Aku ingat dia baik terus. Rupanya baru-baru ni, mak kata, "Aunty Yah makin tenat. Cancer dia dah merebak ke paru-paru." Patutlah batuk dia tak baik-baik sejak berbulan dulu. Rupanya ada yang lain menapak kat situ. Macam-macam dia dah lalui. I pity her a lot.

Kalau ikuti sejarah dia dan apa dia lalui, terlalu pedih hati aku ni. Jadi marah pada manusia LELAKI. Bukan semua lelaki. Tapi lelaki yang seangkatan dan sekapal dengan bekas suami makcik aku.

Bila dapat tahu makcik aku sakit, suami dia tinggalkan dia dengan cara yang sangat kejam. She had been mentally tortured. Secara senyap2 dia 'racun' anak-anak supaya jadi benci pada mak sendiri. Dia hantar surat pada jabatan agama kata kami ni keturunan yang tidak baik dan makcik aku tu ada masalah mental.

Rumah yang pernah dibeli bersama dijual. Tapi makcik aku cuma dapat sedikit sahaja dari hasil jualan. Sedangkan rumah dibeli bersama. Kononnya banyak yang habis melangsaikan hutang. Perniagaan yang dimodalkan oleh makcik aku pun hancur.

Nasib baik nenek aku ada lagi. Jadi sekarang makcik tinggal dengan nenek di kampung, sebelah rumah mak aku. Alhamdulillah, kekerasan hati arwah tok adi (atok aku) yang menyuruh mak dan mak long membina rumah bersebelahan rumah nenek ada hikmahnya.

Aku pun tak berapa tahu kisah makcik aku yang sebenarnya. My family had been so protective to her. Tapi satu yang pasti, beberapa bulan lepas berpisah. Bekas suami dia hantar kad raya yang dibuat sendiri kat komputer. Makcik aku happy yang tak terkira. Bersama surat tu, dia sertakan gambar anak-anak. Tapi..... dibelakang gambar dia turunkan kata-kata yang memang tak sanggup dibaca.

"Anak-anak bahagia tanpa kau"
"anak-anak makin sihat tanpa kau"
"kau dah jumpa pakar jiwa?"
dan macam-macam lagi. Aku tak sanggup nak baca sampai habis. Rasa macam hati aku yang dirobek-robek. Rasa macam jantung aku yang tembak-tembak. Walau dengan senyuman dia tunjuk gambar anak2 dia pada kami, tapi kesedihan dia tetap terpancar. Dia kata, dengan senyuman dan lelehan air mata, nak simpan gambar tu kerana ada gambar anak-anak. Tapi tak mahu simpan coretan di belakang gambar.

Keluarga aku cuba bincang dengan keluarga sana tentang anak-anak. Bekas suami dapat hak penjagaan anak-anak, dengan alasan makcik aku sakit. Tak apa lah... dengan kesedihan makcik aku lepaskan. Dengan syarat, benarkanlah anak-anak datang menjenguk sekali sekala. Untuk makcik aku pergi ke sana jumpa anak-anak memang la tak boleh. Dah la tak pandai memandu. Keadaan kesihatan pun tak mengizinkan.

Tapi entahlah... mungkin lama sangat kena 'racun' dengan bapak, anak-anak jadi benci pada mak. Datang jenguk mak cuma macam jadi syarat aje. Datang tumpang mandi, tumpang makan, tunjuk muka kat sedara mara aje. Lepas tu tau-tau aje dah balik. Entah bila baliknya. Kadang bapak diaorang ambil kat jalan besar kat depan, kadang dari jalan belakang.

Kesian makcik aku. Kalau dia tahu anak-anak nak balik macam-macam dia masak. Habis rumah nenek dia kemas. Siap semua, tunggu depan rumah dengan baju lawa dan muka berseri. Kadang, lewat petang baru anak-anak sampai. Tumpang tidur, pastu esok pagi-pagi balik.

Sekarang bekas suami dah kawin lain. Dah ada anak lain. Isteri baru, Alhamdulillah sayang kat anak-anak. Tapi sampai sekarang aku wonder apa kerja jantan tuh. Yang aku tau dari sepupu aku tuh, bapak diaorang "ala... kerja biasa aje". Hantar mak baru pergi kerja, jemput balik, hantar anak-anak gi sekolah. Itu aje. Takkan makan hasil isteri kot...... Lantak dia lah... jangan dikacau makcik aku lagi sudah.

*sigh* Sekarang ni dia sakit dan makin tenat. Aku tak rasa bekas suami akan datang menjenguk. Cuma aku berharap dan berdoa, anak-anak akan berada di sisi makcik aku. Aminnn...

Wednesday, April 19, 2006

Makan-makan di Plaza Yow Chuan

Selama hampir 13 tahun aku kat KL ni (makkk oiiii... baru aku sedar lamanya aku dah dok KL ni) baru le aku tau mana wujudnya Plaza Yow Chuan ni. Hahaha.... And for your information (to those yg masih tak tau macam aku semalam), Plaza Yow Chuan located next to City Square kat Jalan Tun Razak, near to Jalan Ampang junction. Ok, lepas ni konpem aku tau dah.

Malam tadi akhirnya cuma AKU SORANG aje yang tiba kat Eastin Hotel. Last conversation dengan Arepeace, we agreed to have dinner somewhere in KL. Destination to be arranged by Arepeace. So, aku agreed to fetch Papa kat Eastin Hotel. And clever him, dia pilih kat situ dan dekat giler dengan opis dia. Wah... wah wah... pandainyaaaaaaa......

Lepas maghrib aku bergegas ke Eastin Hotel. Sampai sana fetch Papa. Terus tuju ke Plaza Yow Chuan. Memang sesat la aku hehehehe.... 2 kali aku terpusing-pusing. Masuk parking, sekali tu tanya "Berapa bang?" Dalam hati dok terfikir, mesti RM5 parking ni. Rupa-rupanya RM10????? Mak oiiiii cekik darah betul.

Sayang kereta punya pasal RM10 pun RM10 la... bayar jek la. Masa aku tiba, Arepeace dengan Megat dah sampai. So kami tunggu Meah dengan Abg Tuah aje la. Shah dengan Leman tak dapat turut serta. Tak apa lah, perjumpaan ni tak le dirancang lama. Spontan aje. Nasib baik Arepeace dah siap order makanan. Bagus juga.

Lama kami berborak2. Macam perjumpaan orang-orang bujang lak. Kebetulan, aku seperti biasa, datang sorang aje. Laki aku kerja. Papa memang la sorang, dah dia datang kursus kan. Arepeace, Megat dan Abg Tuah masing-masing dari tempat kerja. So, memang le solo aje diaorang ni. Meah pun datang sorang pasal Jeff terpaksa kerja lewat.

Tapi our dinner was fabulous. Seronok, bercerita kisah kini dan kenangan dulu masa zaman sekolah. Walau pun kadang-kadang perkara tu dah berkali kami ulang cerita setiap kali berjumpa. Tapi, kenangan manis macam tu memang tak boleh dilupa.

Lebih-lebih lagi kenangan masa kena kawad kaki kat belakang kelas, lalu all Form 5 classes. Abg Tuah as komander. Hahahahaha... (aku nasib baik tak kena pasal jawab dgn betul fuhhh...). Lagi kenangan diaorang kena squad pasal buang sampah merata tempat.

Kenangan di kelas sejarah dulu. Ingat lagi cikgu sejarah tu pernah merajuk dengan salah sorang dari kami sampai kunci pintu bilik dia. Pastu sebulan dia tak masuk kelas kitaorg. Kesian betul. Cikgu tu, masa tu masih lom kawin, anak dara lagi. Hahahahaha.... jadi bahan lawak budak2 ni aje.

Lagi dengan cikgu Prinsip Akaun dan cikgu Add Maths yang macam TAIKO sekolah. Jalan itik sebelum kelas Fizik pasal datang lambat. Konon nak kenakan cikgu baru. Sekali kitaorg yg terkena... satu kelas kena pusing lab sambil jalan itik.... Mak oiiiiii lenguh la kepala lutut.

Tu tak ada Lyla tu. Kalo ada Lyla lagi banyak kes kami masa sekolah dulu. Kaler kapur dengan highlighter-pen kaler ijau. Bila cikgu Math guna, sebab dia ingat kapur kaler, sekali keluar kaler putih aje. Hahahahaha... Pastu buh balm kat kerusi la. Sampai Leman terpaksa keluar ke tandas 4-5 kali sebab tak tahan kepanasan. Hahahahah.... Tu semua bahana Lyla la tuh.

To all my dear frens, thanks for spending your precious time with us yesterday. It was fun. Dan harap for next gathering soon... very very soon....

Tuesday, April 18, 2006

Keheningan Malam di Kg Baru

Fuhhh... tajuk mengancam. Malam tadi jalan2 ke pasar Kg Baru. Agak lewat jugak aku dan hubby keluar untuk beli mangga muda. Kitaorg keluar rumah kira-kira jam 1 pagi.

Errkkk.... betullah macam org giler jek kitaorg keluar tgh2 malam. Pergi Kg Baru lak tu. Cari mangga muda??? Oppsss... jangan salah sangka. Bukan aku mengidam yea... Tapi laki aku cari mangga muda untuk buat kerabu mangga untuk function kat tempat kerja dia, Saloma Bistro, hari ni.

Dia kata dah order dah dari supplier. Tapi nanti esok (hari ni le) supplier hantar entah pukul berapa. Mana dan nak siap. So, being so devoted to his work, laki aku sanggup le meredah ke Kg Baru tengah2 malam untuk cari mangga muda. Dan terus hantar ke tempat kerja dia.

Balik dari Kg Baru, sampai rumah hampir merangkak jam 3 pagi. Makan. Layan cerita kat tv2 jap. Jam 4 pagi, tengok hubby kat sebelah dah tido. Kejut masuk bilik. Terus tido sampai pagi.

Hari ni pagi ada COGNOS demo. Tapi mata ni.. alahaiiii.... tak dapek den nak nolong... memang tak leh ditahan-tahan. Nak terkatup jek. Entah apa dibicarakan kat depan tu, aku dah dengar sayu-sayup je. Ish... betapa susahnya nak pujuk mata ni supaya terus bertahan. Nasib baik aku tak tersengguk...

-------------------------------------------------------

Jumpa PAPA

Macam pelik aje bunyi? Minggu ni bekas guru advisor masa kat MRSM dulu (ala cikgu homeroom aku la) ada kursus kat KL. Jadi dia telefon untuk jumpa la dengan 'anak-anak' dia kat sini. So sejak semalam agak sibuk jugak aku telefon sana sini, try to gather everybody.

So petang ni, Insya Allah we'll meet at Eastin Hotel. Destinasi selepas tu bergantung pada keadaan. Ada yang ajak ke KLCC. Makkkk oiii jauhnya nak patah balik ke KL. Tapi tengok lah bergantung pada keadaan nanti.

Harap semuanya berjalan lancar. Lama dah tak berjumpa dengan 'adik-bradik' aku tuh....

Monday, April 17, 2006

Dari Seremban ke Tg Karang

So how's your weekend? Aku?? Memang weekend kali ni agak meletihkan. Walaupun kalau ikut jangkaan awal, tak de le aku plan nak ke mana sangat.

Hari Sabtu, aku on the way nak ke EON Bank bayar duit kereta. Sambil berkira2 nak jumpa er@ pasal dia kata nak hantar PC ke opis. Tengah aku sibuk pk pk tu, akak aku tepon kata "Mak on the way to Seremban, skang kat Melaka. Datang la sini. Kunci kak Emi tinggal kat tempat biasa. Buat cam rumah sendiri ok.."

Aisehhh... sib baik aku lum tepon er@ lagi. So batal lah plan nak jumpa er@. Tapi aku teruskan plan ke EON Bank, pastu singgah ke IOI Mall. Oleh kerana aku dah keluar rumah, malas la aku nak balik amik baju bagai. So aku beli jek la. Berus gigi, baju selai, siap sempat belikan wedding gift untuk cousin aku.

Lepas mintak izin dengan hubby aku (uishhh... apa-apa hal mesti mintak ijin suami dulu) untuk ke Seremban nak menginap kat sana, aku pun teruskan perjalanan. Hehehe... sampai rumah akak aku, dia tak de... pegi pre-natal class. Yang ada akak aku sorang lagi dengan mak dan adik aku tengah buat rumah tu macam rumah sendiri hehehehe.

Hari Ahad, lepas makan mak, akak dan adik aku dah bertolak balik ke Johor. Aku pun terus la siap2 nak balik KL. Kebetulan lak tepon laki aku, dia kata dia cuti lak hari Ahad tuh. Belum lagi aku masuk tol, laki aku dah tepon kata "Cepat sikit balik, kita terus balik Tg Karang. Atok sakit. Mak dgn bapak dah balik dah. Abg tunggu awak."

Dah.... ish.... sambil bergegas balik (aku cuba bawak dengan berhati2 yang mungkin), konon la aku masuk ke KLIA nak keluar ke Putrajaya dan terus cross ke Seri Kembangan. Hehehe... end up aku sesat. Kui kui kui... pelik sungguh aku. Rasa dulu aku jalan straight jek.... tapi kali ni sesat lak. Hahahahaa... Baik aku nak cepat jadik lambat.

So, sampai rumah, makan2 dulu. Tengah makan tetiba hujan ribut lak. Memang lebat giler. Last2 kitaorg bergerak balik ke Tg Karang dah hampir merangkak jam 6 petang. Tapi kitaorg balik gak. Sampa sana dah hampir jam 8 mlm.

Alhamdulillah atok dah bertambah ok. Biasalah sakit org dah uzur. Kitaorg gerak balik dan sampai rumah rasa aku dalam kul 12.30 tgh malam kot. Aku pun terus kebabooommmmm tidooo hehehehe.... sayup-sayup aku dengar laki aku dok basuh porch kereta kat luar.... hehehe buang tebiat agaknya orang tua tuh basuh porch kete tgh malam buta.... lantak laaa.....

Wednesday, April 12, 2006

Piah & Ecah

Lama betul budak 2 orang ni tak menyinggah ke teratak aku. Semalam, buat sekian kalinya aku jumpa diaorang berdua lepas diaorang selamat bertunang. TAHNIAH!!!

Lama dah aku kenal dengan Piah & Ecah ni. Jangan salah sangka lak, Piah tu bukan pompuan. Derang ni BUKAN pasangan lesbian aaaa.... Piah atau nama sebenar dia Fazly, merupakan my asben's old buddy masa kat Hotel Plaza dulu.

Aku pun ingat2 lupa kenapa diaorang kat tempat kerja tu panggil dia Piah. Tak salah aku, mungkin pasal bulu mata dia yg lentik ala-ala awek gitu yang membuatkan diaorang panggil dia PIAH hihihhi... Tapi nama tu lah yang lekat dia mamat nih.... hehehehehe...

Ok.... aku rasa aku dah kenal diaorg ni kira-kira 6-7 tahun dulu. So korang leh agaklah betapa lama diaorg ni bercinta. Dan akhirnya Alhamdulillah, dengan izin Allah, berjaya mengikat tali pertunangan. Aku dan hubby, sebagai kawan, bersyukur jugak pasal diaorang ni akhirnya dapat menempuh segala rintangan dan hanya tinggal selangkah menuju ke gerbang perkahwinan. Kawan lama beb!!!

Bila memikirkan diaorang ni, menyebabkan aku fikir tentang aku dan hubby. Aku dulu pun berkawan lebih 5 tahun baru kami bertunang. Dan selepas bertunang setahun lebih, baru kami akhirnya berkahwin. Yang mana, Piah merupakan mengapit laki aku. Tapi masa tu pengapit tak bertauliah la..... pasal dia lak yang dok malu je.

Rentak dan latar belakang hubungan aku dgn hubby, dengan Ecah & Piah ni memang agak sama. Sebab tu bila aku tengok diaorg berdua aku selalu fikirkan hubungan aku dan hubby. Segala rintangan yang kami hadapi.... Sebab tu aku antara orang yang amat bersyukur bila diaorang ni akhirnya bertunang.

Semoga pertunangan diaorang sampai ke jinjang pelamin. Aku dan hubby sentiasa mendoakan kalian berkekalan. Aminnnnn......

Monday, April 10, 2006

Sunyi balik....

Seminggu laki aku cuti memang seronok. Walau pun sebahagian besar masa dia cuti tu aku pulak bekerja. Tapi seronok, pasal pergi kerja ada yang hantar. Balik kerja, ada yang ambil. Best nyaaaa...... gegegegege.....

Semalam dia dah kembali bekerja. Dan paling haru biru bila bos dia plak cuti seminggu. So, laki aku kena lah kerja macam barua @ balaci. Pasal dia kena masuk keje dari jam 9 pagi sehingga lah jam 11 malam. Nasib tak baik (macam malam tadi), dia straight keje sampai jam 12.30 tgh malam. Yeeee..... memang... memang orang giler jek keje lama macam tuh. Yea.... dan memang laki aku masuk kategori giler kerja.... hihihihi (Giler kerja tak pe, jgn giler pompuan *wink*)

Esok cuti umum. Rasa malassssss sangat nak kerja hari ni. Hehehehe rasa tak cukup jek weekend 2 hari.

Hari Jumaat lepas aku bawak adik2 ipo aku balik ke rumah aku: Idok, Nani & Nina. Lepak semalam le kat rumah aku. Best betul ada ramai org kat rumah tuh. Tak le sunyi jek aku sorang sorang... Walau pun niat aku nak bawak adik2 jalan2 ke Putrajaya tak kesampaian, sebab cik abang tu nak tgk Motor GP live kat Astro, tapi seronok jugak ada kawan aku nak berbual.

Ni cuma replica jek. Sekarang tinggal 5 jek kat rumah, yang merah tu ntah pada sapa la laki aku bagi... uwaaaa... uwaaa....

-------------------------------------------------------------------

ALAHAIIIII..... Boss aku tuh

Fuh... tadi ada sessi meluahkan rasa hati. Hehehe agaknya dah takde orang kat opis ni, jadik boss aku panggil aku. Mungkin juga kerana I'm consider as quite new here, jadi mungkin dia rasa lebih senang berbual dan tanya pendapat aku.

Kebanyakan staff kat opis ni ramai yg senior staff. Yang macam dah keje sini forever hihihi (jgn marah Yam....) Sebelum aku join kompeni ni aku dah jangka perkara2 macam ni yang mungkin terjadi. But at management level??? Never in my tot.

Apa yang dibincangkan? Tho aku tingin sangat nak ceria kat blog ni. But I promised my boss to keep it P&C. So, until later when it happens, or until when it is no longer P&C aku akan luahkan kat blog ni (ya ampunnnn...... aku pun jentik2 jari ni supaya jangan taip kat blog ni)

~sigh.......~

Monday, April 03, 2006

Konvoi ke Melaka - CMC


Fuhhh...!!!

Penat.
Letih.
Seronok.

Akhirnya apa yang dirancang oleh kelab motor hubby aku - Century Motor Club (CMC) berjaya ~ konvoi ke Melaka. Walaupun tak banyak motor yang ikut. Tapi alhamdulillah semua berjalan lancar.

Masa berenti kat Hentian Seremban on the way to Melaka. Aku dan Hubby kat motor Aprilia (yg banyak meragam malam tu)

Konvoi ni dah di rancang sejak awal tahun lagi. Memang mula2 ramai lagi yang nak pergi, tapi biasalah... dah nama pun naik motor. Last minute ada yg motor baru barai la, ada yang tak dapat cuti, ada yang sibuk bercinta hahahahaha....

Tapi the bottom line, memang seronok giler. Lebih2 lagi dgn ada 3 org budak kecik yang macam anjing dgn kucing... Zam, Usop & Syakir. La haaaaiiii... ada 3 orang cukup. Sib baik Man Syirik tak de. Kalo ada mau lagi kecoh.

Ok... perjalanan bermula dengan gathering yang dirancang jam 8 malam kat Ampang Point (AP) pada 1/4/2006. Biasalah tu, cakap aje kul 8 malam, ada yang sampai kul 9 (tu aku, laki bini la tuh hehehehe). Ada yang dekat kul 10 baru sampai.

Tak pe.. tak pe.. jam 10 malam, kami mula bertolak ke Petronas. Baru la nak isi minyak. masa tu ada 7 biji motor dan 2 kereta. Joe pulak terus tunggu kat Hentian Seremban. Aku naik motor dgn laki aku. Motor dia lak, baru la petang tu cari spare part pasal minyak motor leaking. So tak leh bawak laju. Pelan2 je kitaorg.

From upper left: 1. Masa kumpul kat AP. 2. Kat Hentian Seremban. 3. Berenti makan kat Masjid Tanah at 1 am. 4. BBQ 5 (bawah). Check out Chalet 6. On the way to Water World, berenti makan kat Medan Selera depan UiTM Lendu. 7 (bawah). Deretan motor depan Water World. 8. Cik Abang saya tengah tolak motor, bateri kong ke bang? hihi 9. Kumpul kat Petronas Sungai Besi sebelum masing2 bergerak balik rumah sendiri.

Dan perjalanan pun bermula. Seperti dirancang, dalam jam 11 mlm kami singgah di Hentian Petronas. Lepak2 sat... hampir jam 12 mlm baru la sambung balik perjalanan.

Alhamdulillah motor laki aku dah tak buat hal lagi. Keluar kat tol Alor Gajah dan terus menuju ke Masjid Tanah. Sampai sana dah hampir merangkak 1.30 pagi. Kami singgah kedai dan makan dulu. Lama jugak lepak. Lepas makan, terus menuju ke Pengkalan Balak. Hehehehe... ingat le Chief de Mission ~ Kamis, tau jalan. Rupanya sesat gak.....

Last2 kitaorg sampai kat Pengkalan Balak, dan jaya dapatkan chalet (yg masih bukak time tu la... yang lain dah tutup dah) jam 3 pagi. Aku, Dila, Mas dan laki masing2 amik 1 bilik. Boleh la takat tumpang tido 3-4 jam, pastu utk mandi2 jek.

Letak2 barang kat bilik, terus ke pantai set up untuk BBQ. Settle sumer, jam 6 pagi baru masuk tido. Tu pun ada yang tak leh tido. Apa ke hal kalo dah tido kul 6 pagi kan? Esoknya kul 1 tghari kami dah bergerak balik...

Motor laki aku lak buat hal... rantai motor lak nak kena ganti. Sib baik masih buleh bawak pelan2. So tukar la rantai motor lak. Pastu Alhamdulillah tak de lagi la masalah. Kitaorg singgah makan kat Medan Selera depan UiTM Lendu. Dan terus menuju ke Water World.

(Kat pintu masuk Water World)

Aku lak tak tau langsung perancangan nak ke Water World. So aku tak de lak bawak seluar utk mandi manda. Kena la pulak kuar duit beli hehehehehe.... Tapi memang syok giler la pegi. Sonot siuttttt...... Macam budak2 kitaorg jadiknya. Dengan berebut2 pelampung. Dok tolak sana, tolak sini. Lebih2 lagi si Syakir, Usop dan Zam. Ya Allah macam budak-tingkatan-satu-first-time-kuar-asrama. Hehehehehe....

Tapi ada diaorg la buat makin meriah suasana.

Kitaorg bertolak balik ke KL jam 7 mlm. Singgah kat Hentian Seremban untuk makan malam. Aku dan Dila sejak dari Pengkalan Balak dah tumpang kete Mas & Sidek. Hehehehe... memula tu pasal motor laki aku problem. So aku naik la kete. Pastu bila dah dari Water World, PENAT giler hehehehe kalo dalam kete leh tido *wink*

Kitaorg sampai kat Sg Besi jam 10 mlm. Amik semua khazanah, beg2 semua dari kete Sidek dan bertolak balik ke rumah masing2. Malam tu, lepas aje sampai... lepak kejap, terus aku dan hubby sambung ke AP pasal dah janji dengan Kamis.

Seronok??? Tak terkata hehehehehehe... Lama kitaorg tak enjoy macam ni.

Gambar??? Dah dah... aku dah upload nuuuu... tgk la yea...