Lama betul budak 2 orang ni tak menyinggah ke teratak aku. Semalam, buat sekian kalinya aku jumpa diaorang berdua lepas diaorang selamat bertunang. TAHNIAH!!!
Lama dah aku kenal dengan Piah & Ecah ni. Jangan salah sangka lak, Piah tu bukan pompuan. Derang ni BUKAN pasangan lesbian aaaa.... Piah atau nama sebenar dia Fazly, merupakan my asben's old buddy masa kat Hotel Plaza dulu.
Aku pun ingat2 lupa kenapa diaorang kat tempat kerja tu panggil dia Piah. Tak salah aku, mungkin pasal bulu mata dia yg lentik ala-ala awek gitu yang membuatkan diaorang panggil dia PIAH hihihhi... Tapi nama tu lah yang lekat dia mamat nih.... hehehehehe...
Ok.... aku rasa aku dah kenal diaorg ni kira-kira 6-7 tahun dulu. So korang leh agaklah betapa lama diaorg ni bercinta. Dan akhirnya Alhamdulillah, dengan izin Allah, berjaya mengikat tali pertunangan. Aku dan hubby, sebagai kawan, bersyukur jugak pasal diaorang ni akhirnya dapat menempuh segala rintangan dan hanya tinggal selangkah menuju ke gerbang perkahwinan. Kawan lama beb!!!
Bila memikirkan diaorang ni, menyebabkan aku fikir tentang aku dan hubby. Aku dulu pun berkawan lebih 5 tahun baru kami bertunang. Dan selepas bertunang setahun lebih, baru kami akhirnya berkahwin. Yang mana, Piah merupakan mengapit laki aku. Tapi masa tu pengapit tak bertauliah la..... pasal dia lak yang dok malu je.
Rentak dan latar belakang hubungan aku dgn hubby, dengan Ecah & Piah ni memang agak sama. Sebab tu bila aku tengok diaorg berdua aku selalu fikirkan hubungan aku dan hubby. Segala rintangan yang kami hadapi.... Sebab tu aku antara orang yang amat bersyukur bila diaorang ni akhirnya bertunang.
Semoga pertunangan diaorang sampai ke jinjang pelamin. Aku dan hubby sentiasa mendoakan kalian berkekalan. Aminnnnn......
2 comments:
Amiinn..
Lily... bila free? jom tgk wayang
to Syamei:
tengok GUBRA ke? jom jom... hehehe bila ko free?
wei tadi gi UIA. jumpa nasir kama & ahmad anwar zaini (ingat lagi??) mak oiiii.... rasa nyesal lak tegur hehehehe masih cam dulu lagi...
Post a Comment