Pagi-pagi tadi dapat SMS dari mak "Saadiah di hospital BP dah 5 hari sakit agak serius". Hati jadi tak tenteram. Sedih... sayu... Aku SMS akak aku.
"Dapat SMS mak pasal Aunty Yah kat spital? Any plan?"
"Dah telefon mak. Mak kata kalau makin tenat nanti mak bagitau." Kami masing-masing jauh dari kampung. Jadi mak aje lah penghubung talian.
Saadiah tu my aunty. Adik kepada mak. She had been diagnosed with cancer. Yup!! Breast cancer, salah satu pembunuh #1 wanita. Dulu dia dah buat chemotherapy. Sampai luruh segala rambut di badan. Kening pun tak de. Muka cengkung. Rambut jadik botak. Nak menangis bila aku balik dan tengok keadaan dia.
But she is very strong. Tak lama kemudian dia beransur pulih. Aku ingat dia baik terus. Rupanya baru-baru ni, mak kata, "Aunty Yah makin tenat. Cancer dia dah merebak ke paru-paru." Patutlah batuk dia tak baik-baik sejak berbulan dulu. Rupanya ada yang lain menapak kat situ. Macam-macam dia dah lalui. I pity her a lot.
Kalau ikuti sejarah dia dan apa dia lalui, terlalu pedih hati aku ni. Jadi marah pada manusia LELAKI. Bukan semua lelaki. Tapi lelaki yang seangkatan dan sekapal dengan bekas suami makcik aku.
Bila dapat tahu makcik aku sakit, suami dia tinggalkan dia dengan cara yang sangat kejam. She had been mentally tortured. Secara senyap2 dia 'racun' anak-anak supaya jadi benci pada mak sendiri. Dia hantar surat pada jabatan agama kata kami ni keturunan yang tidak baik dan makcik aku tu ada masalah mental.
Rumah yang pernah dibeli bersama dijual. Tapi makcik aku cuma dapat sedikit sahaja dari hasil jualan. Sedangkan rumah dibeli bersama. Kononnya banyak yang habis melangsaikan hutang. Perniagaan yang dimodalkan oleh makcik aku pun hancur.
Nasib baik nenek aku ada lagi. Jadi sekarang makcik tinggal dengan nenek di kampung, sebelah rumah mak aku. Alhamdulillah, kekerasan hati arwah tok adi (atok aku) yang menyuruh mak dan mak long membina rumah bersebelahan rumah nenek ada hikmahnya.
Aku pun tak berapa tahu kisah makcik aku yang sebenarnya. My family had been so protective to her. Tapi satu yang pasti, beberapa bulan lepas berpisah. Bekas suami dia hantar kad raya yang dibuat sendiri kat komputer. Makcik aku happy yang tak terkira. Bersama surat tu, dia sertakan gambar anak-anak. Tapi..... dibelakang gambar dia turunkan kata-kata yang memang tak sanggup dibaca.
"Anak-anak bahagia tanpa kau"
"anak-anak makin sihat tanpa kau"
"kau dah jumpa pakar jiwa?"
dan macam-macam lagi. Aku tak sanggup nak baca sampai habis. Rasa macam hati aku yang dirobek-robek. Rasa macam jantung aku yang tembak-tembak. Walau dengan senyuman dia tunjuk gambar anak2 dia pada kami, tapi kesedihan dia tetap terpancar. Dia kata, dengan senyuman dan lelehan air mata, nak simpan gambar tu kerana ada gambar anak-anak. Tapi tak mahu simpan coretan di belakang gambar.
Keluarga aku cuba bincang dengan keluarga sana tentang anak-anak. Bekas suami dapat hak penjagaan anak-anak, dengan alasan makcik aku sakit. Tak apa lah... dengan kesedihan makcik aku lepaskan. Dengan syarat, benarkanlah anak-anak datang menjenguk sekali sekala. Untuk makcik aku pergi ke sana jumpa anak-anak memang la tak boleh. Dah la tak pandai memandu. Keadaan kesihatan pun tak mengizinkan.
Tapi entahlah... mungkin lama sangat kena 'racun' dengan bapak, anak-anak jadi benci pada mak. Datang jenguk mak cuma macam jadi syarat aje. Datang tumpang mandi, tumpang makan, tunjuk muka kat sedara mara aje. Lepas tu tau-tau aje dah balik. Entah bila baliknya. Kadang bapak diaorang ambil kat jalan besar kat depan, kadang dari jalan belakang.
Kesian makcik aku. Kalau dia tahu anak-anak nak balik macam-macam dia masak. Habis rumah nenek dia kemas. Siap semua, tunggu depan rumah dengan baju lawa dan muka berseri. Kadang, lewat petang baru anak-anak sampai. Tumpang tidur, pastu esok pagi-pagi balik.
Sekarang bekas suami dah kawin lain. Dah ada anak lain. Isteri baru, Alhamdulillah sayang kat anak-anak. Tapi sampai sekarang aku wonder apa kerja jantan tuh. Yang aku tau dari sepupu aku tuh, bapak diaorang "ala... kerja biasa aje". Hantar mak baru pergi kerja, jemput balik, hantar anak-anak gi sekolah. Itu aje. Takkan makan hasil isteri kot...... Lantak dia lah... jangan dikacau makcik aku lagi sudah.
*sigh* Sekarang ni dia sakit dan makin tenat. Aku tak rasa bekas suami akan datang menjenguk. Cuma aku berharap dan berdoa, anak-anak akan berada di sisi makcik aku. Aminnn...
No comments:
Post a Comment