Tuesday, April 18, 2006

Keheningan Malam di Kg Baru

Fuhhh... tajuk mengancam. Malam tadi jalan2 ke pasar Kg Baru. Agak lewat jugak aku dan hubby keluar untuk beli mangga muda. Kitaorg keluar rumah kira-kira jam 1 pagi.

Errkkk.... betullah macam org giler jek kitaorg keluar tgh2 malam. Pergi Kg Baru lak tu. Cari mangga muda??? Oppsss... jangan salah sangka. Bukan aku mengidam yea... Tapi laki aku cari mangga muda untuk buat kerabu mangga untuk function kat tempat kerja dia, Saloma Bistro, hari ni.

Dia kata dah order dah dari supplier. Tapi nanti esok (hari ni le) supplier hantar entah pukul berapa. Mana dan nak siap. So, being so devoted to his work, laki aku sanggup le meredah ke Kg Baru tengah2 malam untuk cari mangga muda. Dan terus hantar ke tempat kerja dia.

Balik dari Kg Baru, sampai rumah hampir merangkak jam 3 pagi. Makan. Layan cerita kat tv2 jap. Jam 4 pagi, tengok hubby kat sebelah dah tido. Kejut masuk bilik. Terus tido sampai pagi.

Hari ni pagi ada COGNOS demo. Tapi mata ni.. alahaiiii.... tak dapek den nak nolong... memang tak leh ditahan-tahan. Nak terkatup jek. Entah apa dibicarakan kat depan tu, aku dah dengar sayu-sayup je. Ish... betapa susahnya nak pujuk mata ni supaya terus bertahan. Nasib baik aku tak tersengguk...

-------------------------------------------------------

Jumpa PAPA

Macam pelik aje bunyi? Minggu ni bekas guru advisor masa kat MRSM dulu (ala cikgu homeroom aku la) ada kursus kat KL. Jadi dia telefon untuk jumpa la dengan 'anak-anak' dia kat sini. So sejak semalam agak sibuk jugak aku telefon sana sini, try to gather everybody.

So petang ni, Insya Allah we'll meet at Eastin Hotel. Destinasi selepas tu bergantung pada keadaan. Ada yang ajak ke KLCC. Makkkk oiii jauhnya nak patah balik ke KL. Tapi tengok lah bergantung pada keadaan nanti.

Harap semuanya berjalan lancar. Lama dah tak berjumpa dengan 'adik-bradik' aku tuh....

No comments: