Aku dah dapat list of hotels from Susy. But then the nite before Aiza kata, tak yah sesusah cari hotel pasal she will book it for me. Ok, fine. So I mailed to Susy to hold to it first.
Khamis ~ 27-04-2006
Tapi sampai semlm (Khamis) tak de jugak kabar berita dari Aiza. So aku sms dia:
"Any news on the hotel room? Kalau Sham tak sempat nak book, tak pe, my fren in Jakarta is willing to help me. Anything please let me know ~ cepat yea."
Then she replied:
"Tak payah book. Sham's course has been postponed. So, c u in Jakarta on Thursday. Sorry lambat habaq."
Aku terus telefon Aiza for confirmation. So settle satu mende, she will wait for me at the airport on the 4th. I sent sms Susy. Oh ya.... should email her as well.
Huh... hari ni agak terkejar2 jugak aku. Pagi pergi bank. Then terus runner ke LHDN nak hantar BE form. Sesampai ke sana, since aku tak dapat Borang BE yang dihantar ke rumah. Aku dah siap fill up the form using photostate form. Tapi sampai je kat LHDN:
LHDN Officer: Sorry dik, kami tak terima borang fotostat. Isi borang original. Lepas tu baru hantar.
Dalam hati aku, 'Ceh... kalau tak leh photostate kenapa lak boleh print out dari internet? Kan ke sama je?' Tapi aku amik gak. Tengah2 salin all info to the new form, tetiba teringat 'Eh, form laki aku camna? Takkan aku nak tipu signature lak?' ~ bila pk balik... alahaiiii... lurus bendul lak aku nih...
Aku pun bukak mulut tanya kat officer lain:
Aku: Encik, kalau saya isi borang baru, tandatangan suami saya macam mana ek? Takkan saya nak tiru plak. (sambil tersengih)
LHDN Officer: Oooo... tak pe. Cik boleh guna sistem e-Filing.
Aku: Tapi saya belum register lagi. Tak ada nombor Sijil Digital lagi. (nasib baik aku memang dah tengok procedure nak daftar e-Filing kat LHDN website sebelum ni)
LHDN Officer: Tak pe. Cik boleh terus buat pendaftaran No Sijil Digital dan terus isi form. Masuk aje mana2 bilik yang kosong untuk isi borang BE guna e-Filing kat sini.
Aku: Ok
Aku cari la bilik kosong. Ada sorang lagi LHDN Officer (Indian lady dalam lingkungan 30 years old ~ dun get me wrong, she is very very helpful and friendly) datang kat aku terus bagi bilik kosong. Aku cakap la aku lom daftar nombor sijil digital.
LHDN Officer (Indian Lady): It's ok. U put your file beside the PC so that nobody will use it. Then go that counter and register for the Digital Cert No.
Habis urusan kat kaunter dan lepas berjaya dapatkan nombor sijil digital tu. Aku terus ke PC aku tuh (hehehe ala PC yang aku dah booking dgn fail aku le). Bertemankan the Indian Lady officer, aku pun mulakan pengisian borang BE menggunakan sistem e-Filing.
1. Memula, buat untuk cik abang dulu. Prepare borang yg dah siap isi dan No Sijil Digital. OK.
2. Then registerkan nombor siri dan kata laluan untuk Nombor Sijil Digital tu. Ok siap!
3. Then backup to the system. Siap!
4. Then backup to the diskette provided untuk diri sendiri la. Tapi Disket tu LHDN yg bagi. Ok siap!
5. Then mula kan operasi isi borang. Siap. Simpan. Cetak. Eksport ke disket. Click Semula untuk padam rekod kita. Then close. Fuh.... siap!!
6. Keluarkan disket. Masukkan disket baru dan memulakan semula untuk aku punya Borang BE lak. Siap!!
Memang mudah dan ringkas gune e-Filing ni. Cuma syarat2nya:1. Kena ada talian internet (yang agak pantas hehehehe kalo lambat cam cipan, tak yah)
2. Kena ada Adobe 7.0.5. Adobe 7.0 pun tak jalan ye. Aku dah try. Aku cuba download Adobe 7.0.5 dari laman web LHDN. Berjaya download installer. Tapi bila run tak boleh. So semlm dengan jayanya, aku dah copy Adobe 7.0.5 dalam thumbdrive aku hihihihi...
3. Pentium III dan ke atas.
4. Internet Explorer 5.0
5. Microsoft Windows 2000 (Service Pack terkini) atau Microsoft Windows XP(Service Pack terkini)
Habis urusan kat LHDN, terus aku bergegas menuju ke KWSP Caw Pudu. Amboi... berpusing2 aku cari tempat ni. Last2 jumpa gak. Ambik nombor pin utk e-KWSP lak. Pastu ambik borang penama.
Sampai opis aku dah keletihan. Penat giler.... dari pagi ke sana sini.
No comments:
Post a Comment