Tuesday, May 30, 2006

Meeting lagi... huhhhh.....

Semalam, hari Isnin, sakit pinggang aku makin teruk. Sampai ke waktu aku drive nak pegi keje, tetiba rasa macam dan-dan tu gak nak baring pasal rasa lenguh yang amat sangat. So aku terus U-turn nak terus ke klinik. Jadinya aku MC semalam.

Hari ni Alhamdulillah keadaan makin ok walau pun aku tak makan pun ubat yg doktor bagi semalam. Sebab I took clomid during this cycle, so dun wanna any other medication effect my chances.

Dan hari ni dah memulakan tugas sepeti biasa. Pagi tadi terus ke UIA pasal ada meeting. Balik dari meeting, I took my own sweet time ronda keliling UIA sambil mengimbau nostalgia lama. Cewahhh.... tengok Kulliyah lama.... tengok kolej lama. Mak oiii.... lama nya aku dah tinggal kan zaman pembelajaran aku. Kulliyah aku dulu yg panas terik ditambah dengan tak adanya pokok-pokok. Kini dah semakin redup pasal pokok-pokok yg ditanam beberapa tahun dulu dah membesar bagai johan dan boleh dijadikan tempat berteduh.

Hari ni jugak bila masuk opis tengahari tadi, menimbun-nimbun tugas yg sedia menanti. Kejap lagi jam 2.30 ada meeting lagi...(huhhh tak abis-abis dengan meeting).

Boss aku pulak baru tadi cakap yg aku kena take over tugas rakan sekerja yang akan resign next week. Rasa nak mengamuk aje. Dari 2-3 minggu lepas dah tau dia nak resign, kenapalah boss aku tak suruh transition all the jobs to me. Kenapa mesti kena tunggu last day baru nak hand over everything. Selalu macam tuh.

Tapi tadi aku puas hati gak la. Pasal aku dapat 'taruh' boss aku skit. Bagi dia sedar skit yg aku ni BUKAN ROBOT yang boleh terima everything in one day. Tak kisah la transition ke... extra work load ke... tapi transition time tu 'man-man' le kan? Lagi pun dengan all the clients should have a proper introduction sapa yg take over the jobs. At least show some respect to the clients. Right??

Ok.... lah lagi 15 minit nak meeting, though aku tau meeting selalu start lewat heehehe (typical malay la kan...) so aku nak gi solat dulu pastu ready for the meeting. Aku pun tak tau apa ke mende yg nak dibagitaukan.

Just wait and see...

2 comments:

Anonymous said...

yoo.. g UIA?? aku pun dah lama x g sana.. bulding ENM tu cantik lagi ker? jumpak lecturers or kengkawan batch kita?

LMj said...

a'ah... haritu la. aku gi 2-3 kali. tak nampak or jumpa sesiapa pun syam. aku gi finance office je kejap. yg aku tau nasir kama dgn ahmad anuar zaini keje kat situ la, kat finance.

balik tu aku round la keliling. ENM dah tak 'togel' dah. dah banyak pokok... hehehe redup skit mata memandang. tak mcm zaman kita... panas kan main.