Monday, May 15, 2006

Jakarta ~ Part 2

Day 3 ~ 6 Mei 2006 (Happy 5th Anniversary to me and my hubby...)

Hari Sabtu. Hari ni Sham cuti. Kat sini opis memang 5 hari seminggu. Tapi sekolah 6 hari seminggu. Jadi perancangannya kami ke Bandung. Jadi awal pagi kami dah bersiap. Jauh jugak perjalanan ke Bandung. Kira-kira 2 jam perjalanan. Kali ni Yono yang bawa kami.

Sampai ke Bandung, kami terus ke Chibadouyut untuk tgk barangan kulit. Tengok-tengok aje pun rembat gak le sandal satu hahahahaha….. Bukan setakat barangan kulit yang dijual disini. Senapang pun ada. Hahahaha... kalao tak pk susah nak lepas kastam, sure laki aku dah rembat satu bawak balik.

Senapang yang dijual di kaki-kaki jalan di Chibadouyut. Siap leh bagi try tau... leh cuba tembak burung hehehehe...

Dari sana kami terus pergi ke The Valley Restoran yang betul-betul terletak di lereng bukit. Pamandangan cukup indah dan romantik hehehehe.... Aiza dan Sham belanja aku dan hubby lunch sempena anniversary kami. Memang tempat ni agak exclusive. Aku memang tak mampu le nak makan kat sini. Serving very nice and the meal.... definitely nicer. Aiza & Sham… TQ VERY MUCH…. NO WORDS CAN EXPLAIN OUR GRATITUDE TO BOTH OF U.

Deretan makanan yang kami makan. Fuhhh.... serving memang menarik. Rasa macam ada yg kurang je dalam gambar tuh... hmmm....

Ni pengganti kek yang di'order' Aiza. Memandangkan tak de kek, kami tiup lilin atas kuih jek la....

Aiza nak order kek. Tapi kak kat situ semua ada rum. So… Cuma kuih dan lilin la….

Dari sana, kami ke Pasar Baru di Bandung untuk borong telekung. Hasrat hati nak ke Gunung Takuban Perahu tgk larva gunung berapi kat lereng gunung. Tapi tak sempat. Pasal tempat tutup jam 5 petang. Masa tu dah jam 4 ptg. So hasrat memang berkubur la.

Dari Pasar Baru, kami ke factory outlet kat area Bandung. Kat sini sapa kaki shopping memang syiokkkkk gilerrrr.... Banyak factory outlet kat sini. Semua adalah original dengan sikit2 defect. Kami tak masuk semua kedai, Cuma selective aje.

First ke Rumah Mode. Ni ada berbagai jenama baju seluar utk men, ladies and children. Macam2 jenama ada Nike, Reebok, Hugo, Boss, Quicksilver dan banyak lagi. Aku ambil kesempatan ni utk belikan buah tangan untuk adik2 ipar aku. Laki aku pun ambil kesempatan beli 2 helai jeans. Untuk aku? Tak ada hehehehe…

Dari Rumah Mode, kami ke outlet Donatello ~ kasut. Kat sini aku memang cari comfortable shoes utk pakai. Laki aku pun sempat rembat sepasang sandal. Sham pun beli sepasang kasut kerja.

Dari Donatello kami ke Gazeebo ~ handbag dan barangan kulit. Tapi aku dah tak de apa nak di cari hehehehe... duit pun dah tak de hehehehee....

Dari situ kami terus bergerak balik ke Jakarta. Malam, kami ke Taman Semanggi lagi untuk makan malam. Kali ni Bakso di Warung si Deol. Memang marvellous.....

Lepas dah kenyang, kami ronda-ronda Jakarta dan balik ke rumah... penat giler....

Day 4 ~ 7 Mei 2006

Hari ni kami keluar agak kelewatan sikit. Penat semalam tak hilang lagi. Dan seperti semalam, Yono setia membawa kami dgn mobil petronas hehehehe. Kami terus tuju ke ITC Cempaka. Beli baju batik. Memang banyak yg menarik. Tapi biasalah duitnya terhad hehehee... So aku Cuma beli sepasang baju, sehelai baju batik utk pak mertua, beberapa helai pelikat dan batik untuk souviner.

Dari sana, kami lunch kat (ala apa ke nama restoran ni). Kali ni masakan Padang pulak jadi pilihan. Kat sini kita tak yah order2 lauk. Duduk aje, dia akan hidang semua lauk yg ada. Kita makan aje. Tak cukup order lagi. Mana yang rasa tak mau makan, tak yah dicuit. Pasal mereka akan kira lauk yang dah dicuit aje. Jadi kami pun... makan lagi sampai kenyang.

Gambar-gambar yang hanya sempat diambil lepas selesai makan. Hehehe cuba tengok pinggan tuh. Makkk aiiiii.... banyaknya kitaorg makan...

Lepas makan, kami ke Ancol. Tujuannya ke Seaworld. Ancol ni kawasannya memang luas. Rasanya 2-3 hari pun tak cukup kalau nak explore semua tempat. Kat sini semua ada... ada dry park, water park, ada swimming pool, pantai dan tempat peleseran (dengan hanya 10,000 rupiah korang leh merendek kat khemah2 kecil yang disediakan, hahaha macam tak caya je aku), ada gondola that cross all over Ancol, ada huge pentas yg ready untuk mana2 konsert, ada Seaworld, ada CowBoy Town dan banyak lagi. Aku rasa kalo banding dengan Sunway Lagoon kita ni, Ancol tu kira-kira 20x lebih besar la...

Kami cuma ke Seaworld dan Pantai Ancol aje. Yang lain Cuma ronda-ronda dgn mobil aje. Yang best di Seaworld Indonesia ni pasal ada Dugong. Cuma masa aku pergi dah tinggal seekor anak dugong yang lahir di Seaworld Indonesia ni. Mak nya dah mati dah...

Masa di Seaworld Indonesia di Ancol.

Di Pantai Ancol.

Balik dari Ancol kami terus menuju ke Penang Resto untuk makan malam. Kira ni la satu-satunya tempat yg kami makan makanan Malaysia. Ada dua Penang Restoran kat sini ; Penang Resto dan Penang Bistro. Sham teringin nak makan roti canai dan teh tarik. So layannnn.... Both Sham dan laki aku makan roti canai (kemaruk kot derang ni). Aku order asam laksa dan Aiza order Penang Char Kuey Teow.

Dinner kat Penang Resto. Sinilah kalau nak cari Teh Tarik & Roti Canai. Betapa sedapnya makan roti canai & teh tarik bila kat tempat org ek...

Dah kenyang, macam biasa kami balik rumah dan tido…

... ~ to be continued ~ ...

4 comments:

izanireni said...

bestnyer tengok makanan tuh

LMj said...

Hahaha...
memang best giler...
Rasa dia best...
Harga... hmm lagi best...
Tapi paling best pasal FREE

Anonymous said...

Hi LMJ..

Jumpa blog u kat link Pinat. Pinat was my junior back in 97/98 at PPD.

Anniversary kita hampir sama la..but mine on 5/5 & yg ke 5 juga..fyi kami pun belum dikurniakan zuriat juga..!! I dh baca yr latest up-date, terharu & faham perasaan caner..Tp at least you dh ada pregnancy experience, tp I x penah..!Huuuuuuu!

LMj said...

Hi Izzasaiful,

Ha'ah dekat-dekat ek anniversary kita. Sama-samalah kita usaha ek. Memang Allah bagi pengalaman sekejap utk merasa nikmat bila ada nyawa dalam rahim.

Tapi, pada masa yg sama Allah turunkan dugaan menghadapi saat kehilangan. Seharian tau menangis sampai tak kira tempat... kat luar pintu bilik doktor, kat taxi stop, kat rumah, time semayang... almost all the time...