Monday, May 15, 2006

Jakarta ~ Part 3

Ni yang terakhir bagi catatan 6 hari aku di Kota Jakarta. Untunk mengetahui kisah selanjutnya sila baca dari Part 1, Part 2 dan last sekali yg ini, Part 3.


Day 5 ~ 8 Mei 2006

Hari Isnin. Sham dah mula kembali bekerja. So hari ni aku, Aiza, laki aku dan Pak Misdar lagi yg berjalan. Tempat tujunya kali ini ke Taman Safari di Bogor. Rupanya terletak kat tempat yg agak tinggi. Jadi mendaki je la sepanjang perjalanan pergi.

Carrot yang dibeli untuk bagi makan haiwan kat Taman Safari.

On the way tu kami singgah beli carrot utk diberi makan pada haiwan-haiwan kat sana. Masuk aje, kuda belang dah tunggu. Terus dituju ke cermin kereta minta makanan. Lepas kuda belang, llama, rusa, seladang pun ada…. Tapi seladang tak de le dekat kami…. Hehehe tgk tanduk pun takut.

Dalam tu ada cheetah, harimau belang, harimau belang putih, singa, beruang, burung hantu, kambing gurun, kancil, monyet, landak, ostrich, merak, gajah, badak air, rhino dan beberapa ekor lagi haiwan yg tak aku kenali. Di pintu keluar, ada juga Taman Tema yg disediakan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Ada gondola, nak naik gajah pun boleh, atau kuda... menarik juga.

Di Taman Safari

Dari Bogor, kami singgah makan kat Mirna Sari, masakan Sunda. Sedap jugak. Then terus berangkat ke Jakarta.

Makan tengahari Masakan Sunda di Restoran Mirna Sari di Bogor.

Ronda-ronda kota Jakarta. Aiza bawa kami tengok ke Pondok Indah. Nama ada Pondok Indah... tapi rupanya tempat-tempat kediaman orang yg super-super kaya. Rumah ala-ala mahligai. Fuhhhh..... tak sangka sungguh.

Kami terus tuju ke Batik Keris untuk membeli souviner untuk kawan-kawan. Memang best kalo duitnya ada. Hahahahaha.... tapi aku beli gak la sikit2 utk kawan-kawan. Dari sana, kami pick up Sham kat opisnya dan terus tuju ke Laguna Beach Restoran untuk makan makanan laut pulak.

Bak kata Sham, this is where the best food in town. Kami order kepiting lada hitam (kepiting = ketam), dan ketam lagi, lala, udang galah…. Fuuuhhh… makan tak hengat donia hahahahaha…. Aku juga sempat merasa Jus Alpukat hehehee pelik, kat sini kita panggil Jus Avokado. Hehehe tak tertelan aku. Kembang je tekak.

Dah kenyang, balik tido laaaa….. Tapi aku tak tido. Pasal sibuk packing beg. Esok dah nak balik KL uwwaaaa..... beg aku pun tak muat hahahahaha...

Bajai... kenderaan awam yang paling banyak kat Kota Jakarta. Laju jgn cakap le.. paling cekap menyelit2 di tengah kesesakan jalan raya. Selain Bajai, ada satu yg serupa Bajai tapi ada cermin. Yang itu di panggil Kancil. Hehehehe... Dan lagi satu dia ada Teksi Motor. Hehehe jgn tak caya... penumpang yang boleh naik dah tentu sorang aje la...

Kota Jakarta yang penuh dengan monumen-monumen menarik. Bila tengok arus kemodenan Kota Jakarta, mesti kita tertanya-tanya kenapalah wujud jurang yang amat besar bagi kategori berada dan susah di sini.

Day 6 ~ 9 Mei 2006

Hari terakhir di kota Jakarta. Pagi kami keluar sekali lagi... First destination ke Millenia Factory Outlet belakang opis Sham. Laki aku le kata nak beli jeans lagi. Tapi sudahnya tak beli pun. Masa kat dalam ni hujan lebat giler…. Lepas tu kami terus menuju ke Hard Rock CafĂ© untuk belikan t-shirt yg dikirim Chef Man.

Yang ada limited edition yang berharga hamper RM190 pun dia nak jugak. Beli gak le… Tghari kami makan Bakso Malang Perantauan (ye kot nama ni ke aku salah hahahahaha). Laki aku makan sup iga (sup lembu muda). Memang sedap.

Dari sana kami terus balik. Ready untuk balik. Jam 4 petang Sham jemput kami kat rumah terus ke Airport. Di airport kami pekena lagi Bakso. Dan buat kali terakhir laki aku minum Teh Botol yang memang tak ada kat Malaysia.

Jam 6 petang aku check in. Timbang-timbang beg… heheheh 29kg hahahah ngam-ngam je. So tak kena la charge overload.


Sempat tu kami gambar-gambar dalam flight sebelum kapal terbang berlepas meninggalkan Kota Jakarta dan menuju ke tanahair.

Flight kami jam 1905 waktu Jakarta. Dan kami landing kat LCCT jam 2200 waktu Malaysia. Ambil baggage, beli coklat skit kat Duty Free, lalu kastam (tak cek pun hehehe)... terus ambil cab ke Concorde Inn.

Masuk kereta dan balik ke rumah dengan penatnya sambil dengar kaset Dewa 19 yang sempat aku beli di sana....

T.A.M.A.T

3 comments:

PiN(u/a)Ts said...

dasat ko, nak dekat seminggu duduk indon.. ko ada beli daging kering potong nipis2 tak? dulu kawan aku gi sana ada beli benda tu, sedap gak..

LMj said...

to Pinat,

Dak le aku beli daging tuh. Sana aku makan kat tpt yg mmber aku bawa. Pasal terbukti halal dan bersih hehehe... Sana tepi jalan pun ada jual sate ba**. Haha.. tergezutt aku. Takat katak tu pun leh dpt tepi jln.

LMj said...

to Pinat,

Oh yea.. lagi satu. Aku belajar masa gi Sydney dulu. Kalau nak puas jalan kena pegi lama skit. Takat 2-3 hari tak leh gi mana pun. Lain la kalo ko gi island. 2 hari pun cukup. Ni pun kawan aku kata bnyk lagi tpt aku lom pegi. Hahaha.. tapi ongkosnya sudah nggak cukup... (ongkos aku le...