Monday, November 28, 2005

Full House


Hari ni rasa macam eager aje nak bercerita pasal Korean series. Hehehehe... since aku belum habis tengok cerita Sang Doo, Let's Go To School, then aku nak bercerita serba sedikit pasal cerita Full House.

Cerita lakonan Song Hye-kyo dan Rain Bi dengan dibantu oleh Kim Sung-soo dan Han Eun-jeong memang menarik. Kelakar, geram, marah, excited semua bercampur baur bila tonton cerita ni. Agak panjang ceritanya - 16 cds. Tapi seronok di tonton. Ceritanya agak ringan untuk tontotan semua. Malah kadang-kadang rasa macam cerita Cinderella Korea pula. Hahahaha

Ok cerita ini berkisar pasal Han Ji-eun lakonan Song Hye-kyo, seorang anak yatim piatu dan juga merupakan seorang yang baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Satu-satunya harta yang ditinggalkan oleh mendiang ayahnya, adalah rumah yang direka dan dibina oleh ayahnya sendiri ~ FULL HOUSE. Dia ada 2 orang kawan baik, well supposed to be a close frens to her. Unfortunately 'kawan baik' ni telah jual Full House to a well-known yet snoby movie actor Lee Young-jae (of course acted by Rain Bi).

Selepas beberapa incidents, Ji-eun terpaksa bersetuju untuk berkahwin secara kontrak dengan Young-jae, semata-mata untuk mendapatkan kembali Full House. Namun begitu, secara tidak langsung Ji-eun sedikit-sedikit mula jatuh cinta pada Young-jae.

Young-jae pada mulanya minat giler to a fashion designer and an old-time best friend, Gang Hye-won. Tapi Gang Hye-won had actually been admiring Yoo Min-hyuk for so long. It was a one-sided love story. As time goes by Young-jae had started to fall in love with Ji-eun.

Unfortunately, Ji-eun mula menunjukkan minat pada Yoo Min-hyuk yang merupakan kawan pada Young-jae. Pada masa yang sama, Hye-won yang mula merasakan kehilangan Young-jae mula berusaha untuk memenangi kembali perhatian Young-jae. As for Young-jae, being snob as he always be, he never want to admit his interest to Ji-eun, but still do not want to let her go. And the incidents go along and along.....

Bagaimana kesudahannya? Yup!! They actually separated. And Young-jae membawa hati yang lara ke kuil untuk menenangkan hati. Tapi... jangan menggelabah, Young-jae tak jadi sami pun. Hmmm... as normal so-called-Cinderella story, of course at the end of the story they are back together again. Forgive me for being anti-climacs but the ending should be expected, right? Cuma yang menarik bagi aku, bagaimana pengolahan cerita ni.

Cerita ni berdasarkan komik Korea yang agak popular pada tahun 1993. Dan penggarapan jalan cerita dari komik ke dalam drama siri dibuat dengan teliti dan secara tidak langsung menjadikan cerita ini seronok ditonton. Well, at least for me hihihihi...

Malahan pada tahun ini juga, drama siri ini dinobatkan sebagai drama bersiri Korea yang paling digemari dan mendapat rating penonton paling tinggi di Thailand.

Tengok jangan tak tengok!!

Open House oh Open House ~ Korean Series

Open House oh Open House

Raya makin merangkak ke penghujung Syawal. Tapi hujung-hujung minggu makin meriah dengan open house sana sini. Ramai yang ambil kesempatan buat open house sekali dengan house warming. Hehehe... tahun ni Alhamdulillah aku cuba gagahkan diri hadir ke setiap open house yang kawan-kawan atau sedara mara jemput.

Bukan apa, tahun lepas memang hampir semua jemputan aku terpaksa ketepikan atas sebab-sebab peribadi. Ala hubby aku dah la every weekend memang TAK cuti. Takkan nak pergi open house lone ranger lak kan? Orang lain kan main datang laki bini, anak beranak. Ish... aku cam tak tega lak datang sorang-sorang.

Tahun ni Alhamdulillah... so far setiap jemputan aku hadir. Bukan dengan hubby aku. Dia tetap busy macam biasa. 2 minggu lepas, 2 minggu berturut-turut aku import adik ipar aku mintak tolong temankan aku ke open house. Ala dia pun ikut je, dapat makan free lagi. Hehehee nasib baik juga adik ipar aku ni memang tak banyak songel. Dia follow je aku. Ni buat aku cayang kat dia lebih ni hehehehe...

Minggu ni aku pergi open house dengan ex-colleague aku. Aku memang seronok betul raya tahun ni. Aku dapat jumpa semula dengan ramai kawan-kawan lama. Ni untuk weekend ni pun dah de masuk dalam schedule dah ni hehehee..

Aku pulak? Bila aku nak buat open house? Bila nak buat house warming? Hahahaha naik jenuh aku nak menjawab soalan orang. Dah lebih setahun aku pindah ke Bukit Jalil. Malah dah dua kali raya, aku beraya kat rumah baru. Tapi... belum lagi buat house warming atau open house. sigh~

Sebenarnya bukan aku tak mahu buat open house, diulangi bukan aku tak mahu buat. Tapi kalau aku sorang je nak kena handle semua benda, baik la tak payah. Penatnya tak terhingga beb! Aku dah cakap kat hubby aku, unless dia boleh apply cuti 2 hari untuk bantu banyak benda, else lupakan aje hasrat nak buat open house tu.

So rasanya setakat nak makan-makan ni tak perlulah tunggu masa bulan Syawal aje kan? Aku rasa lepas Syawal pun masih boleh makan-makan lagi. Insya Allah, kalau tak de aral melintang. Aku ingin jugak nak jemput kawan-kawan ke rumah aku yang dah naik basi tu.

< ------------------------------------------------------------------------ >

Korean Series

Siapa gemar tengok Korean atau Japanese series? Well, I am one of the Korean / Japanese series fans out there. Aku sampai sanggup keluar duit untuk beli vcd-vcd Korean or Japanese series ni. Hahaha gilo agaknya aku nih...

Hari Sabtu baru ni, aku ke SPEEDY video MidValley cari cerita Something About 1%. Cerita ni sebenarnya masih lagi main kat TV2 setiap petang Isnin – Jumaat pukul 6 petang. Tapi aku balik kerja dah pukul berapa. Selalu aje tak berkesempatan untuk tengok cerita ni.

Jadi dengan semangat waja, lepas hantar hubby aku pergi kerja, aku pun pergi lah ke MidValley. Aku jumpa vcd ni kat SPEEDY video. Tapi sales person tu cakap tak de Malay subtitle, Cuma English subtitle. Aku pun no hal lah. English subtitle bukan aku tak paham. Aku beli la (my mistake – aku tak minta dia test dulu).

Aku balik rumah terus lah aku tengok cerita ni. 5 minit… 10 minit… 15 minit… ish.. negara mana guna English macam ni. Langsung lah aku tak paham. Nak kata direct translation pun erk… rasanya takkan la teruk sangat English dia. Aku punya lah cuba re-translate balik English subtitle supaya aku boleh paham jalan cerita, cehhhh langsung tak boleh.

No choice!!! Aku tepon balik SPEEDY video tu. Nasib baik dia kata boleh tukar dengan cerita lain. Pasal dia kata, kemungkinan there will be no other version for this series. This makes me curious, pasal member aku dapat pula yang ada Malay subtitle. So, Syam, terpaksa la aku mintak jasa baik kau untuk pinjam vcd cerita Something About 1% ni nanti.

So left with no choice, hari Ahad, lepas hantar hubby aku pergi kerja, sekali lagi aku buat lawatan sambil belajar ke MidValley. Sampai sana, sekali lagi aku habiskan masa untuk belek-belek cerita lain. Belek punya belek punya belek punya belek... last-last aku berkenan dengan cerita ni Sang Doo, Let’s Go To School. Sebabnya? Main actor dia Rain Bi hehehee. Aku dah ada koleksi cerita Full House yang dilakonkan oleh Rain Bi jugak. So I was quite excited to watch another great action from him. Well, still aku kena tambah 20 bucks coz this one is more expensive.

So semalam lepas balik open house aku pulun tengok 3 cd. Hmmm menarik jugak cerita ni. Kelakar ada, sedih pun ada. Nanti kalau ada kesempatan, lepas aku habis tengok the whole 16 cds, aku cuba buat rumusan ok. No promise, but I will try my best.

Antara babak-babak menarik dalam Sang Doo, Lets Go To School

Wednesday, November 16, 2005

Bravo Pinat!!


First of all aku nak ucap BRAVO to my fren PINAT for her new outstanding blog. tepuk! tepuk! tepuk!! Ish jeles lak aku tengok blog ko yg hebat tuh. Aku la ni dah makin busy. Kadang tak sempat aku nak online kat YM, nak update blog ni pun kadang tuh tak dapat nak bercerita, tho I had soooooo many things to say (biasalah aku kan konon suka bercerita panjang lebar hahahaha). Ish.. tak pe ke aku buh blog ko kat sini pinat? Ala yg baca blog aku bukan orang lain pun... ko jugak hehehehe. (pinat, pinjam gambar kat sebelah tu no... minat giler aku kat gambar tuh cam rasa-rasa ada sentimental value pulak. jangan marah....)

Secondly aku nak ucap SYABAS to my dear chief kodok - Afdlin Shauki, for the outstanding performance at Baik Punya Cilok performance at Planet Hollywood together with Hans & AC Mizal. Tho I didnt get the chance to go there and see the show myself, but feedback from fellow kodoks which I read thru chief's blog and emails speaks for itself.

Thirdly, aku nak mintak hampun mahap dari ujung rambut ke ujung kuku kakiku kekekekeke kat Pinat (cess... minah ni lagi). Remember I put in your comment (in your previous blog) I'll let myself be tagged? Hahahahaha... sorry la beb! I Had tagged myself already, but then when I tried to publish, suddenly network down. Unfortunately I didnt had a chance to save it as draft yet before tangan aku gatai publish. So... hahahaha ko pun paham-paham la ek. 'Selamat'!!!! hehehehe

Fourthly, (eh banyak pulak aku nak cakap) aku tak sempat nak cerita kisah raya aku ek? Ala... dah lewat sangat ni macam malas pulak aku. Hahahahha.. kira burn je la ek.

Last but not least, selepas ni aku mungkin aku jadi busy sangat. Pasal aku dah terlibat dalam satu projek baru. So, it will covers most of my time. Some more, I would probably need to travel here and there. So paham-paham la dik... akak ni mana la ada internet account sendiri. Kat opis akak pulak tuh, ish.. bukan main lembab la network tuh. So mungkin aku akan agak ketinggalan la. sob sob sob...

Ok... dah pukul 5.30 time to go back. Adios... amigos...

Monday, October 31, 2005

SELAMAT HARI RAYA!!!!

Yea yea dah nak raya!! Hahaha.... macam over excited jek aku. Ala excited dalam hati je apa salahnya kan. Kat blog ni aje aku nampak cam teruja lelebih pulak. Tapi physically aku 'control macho' hehehe...

Hari ni suasana dalam office lengang aje. Ramai yang dah mula bercuti untuk menyambut hari lebaran yang bakal menjelang. Tapi jalan raya kat KL ni hmmm.... masih lagi sesak. Mungkin ramai yang ambil kesempatan untuk sambung shopping raya. Yealah hari ni kan banyak company dah cuti. Malah company lama aku pun isytihar (betul ke aku eja ni? ~ahaks~) cuti seminggu.

Aku pun hari ni nak can cin cau awal sikit. Hehehehe ada janji nak buka puasa kat rumah kawan aku kat Bandar Sungai Long. Ala... si dak kittie tu lah.

Hmm ramai dah balik cuti kan? Aku aje yang masih tak pasti samada first raya kat sini atau kat kampung. Apa boleh buat sampai sekarang hubby aku tak decide nak balik mana... sigh~ Malas la aku nak tanya lelebih. Kang tak pasal-pasal je. Dah la nak raya ni, tak mau la aku gaduh-gaduh, nanti raya pun tak syok aje. Mana-mana pun dia nak balik, aku ikut jek la. (tho I really hope to go back to my kampung. there's no fun AT ALL raya kat KL ni.)

Pada yang dah balik ke kampung untuk raya, jangan la lupa aku kat sini. Bagi yang merancang nak balik ke kampung sehari dua ni, rancang perjalanan sebaiknya. Drive carefully. Semoga selamat sampai ke kampung, dan selamat balik ke sini semula.

Dikesempatan ni aku dan hubby nak mohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri ini. Salah silap, terkasar bahasa tercarik akta harap dimaafi. Makan dan minum aku, kot adalah, minta dihalalkan. Semoga bertemu semula di laman siber sekembalinya kita dari cuti perayaan yang panjang ini dengan hati yang terbuka, minda yang sihat untuk kembali bekerja.

And really hope everybody enjoy their festive holiday. And I really mean it, enjoy guys, lama lagi nak cuti panjang beb!

Wednesday, October 26, 2005

Selamat Hari Raya ~ Syawal yang syahdu

Rasa sekejap aje Ramadhan kali ni berlalu. Macam baru aje kelmarin 1 Ramadhan, hari ni dah 22 Ramadhan. Orang ramai pun dah mula sibuk dengan persiapan menyambut 1 Syawal. Ramai kawan-kawan aku dah mula sibuk merancang raya nak balik ke mana.

Bagi aku, di mana aku akan sambut 1 Syawal tak pernah aku kisah sangat. Dulu ye lah masa memula kahwin memang aku kisah. Sekarang aku tak ambil port sangat. Asalkan di pagi raya aku dapat bersama suami tercinta. Dapat salam tangan dia dan mohon kemaafan pada dia.

Tapi kadang sikap aku yang tak ambil kisah ni secara tak langsung payah juga. Pasal family aku sibuk tanya bila aku nak balik kampung untuk beraya tapi sehingga ke hari ini, aku tak dapat beri jawapan yang kukuh bila aku akan balik. Ye lah camana aku nak jawab kalau hubby aku sendiri belum confirm bila dia cuti. Tapi tak apalah, aku harap family aku akan faham. Aku akan balik juga raya, cuma bila, aku tak boleh nak jawab lagi.

Pagi tadi sambil drive ke tempat kerja, aku dengar ERA radio. Topik yang dibicarakan hari ini, pasal Syawal yang sedih. Hmm... bagus gak topik ni. Bukanlah kerana seronok dengar cerita sedih orang lain, tapi bagus kita mengingati bahawa, bukan perkara-perkara gembira aje yang berlaku di bulan Syawal, tapi juga perkara-perkara sedih yang dialami oleh sebahagian dari kita.

Berbicara pasal perkara yang menyedihkan di bulan Syawal, buat aku teringat kat arwah abah aku. Masuk tahun ni dah 13 tahun arwah abah meninggalkan kami sekeluarga. Maknanya dah 13 kali kami menyambut 1 Syawal tanpa abah di sisi.

Memang dah lama, tapi kesedihan tu tetap ada kat sudut hati aku ni. Cuma aku tahu aku kena tabah. Cuma satu perkara yang aku tak boleh nak buat. Pasal kalau aku buat aku akan sedih dan menitiskan air mata. Aku tak boleh nak baca takbir raya sebelum sampai 1 Syawal. Malah aku dengar takbir raya pun buleh buat hati aku tersentuh.

Tapi bila kenang kembali, aku paling tak boleh lupakan 30 Ramadhan & 1 Syawal tahun 1997. Pada petang 30 Ramadhan tahun tu, atuk aku menghembuskan nafas dia yang terakhir. Masa tu kami anak beranak sedara mara semua tengah sibuk buat persiapan raya. Tengah masak-masak.

Jam 3 petang 30 Ramadhan, mak aku bergegas ke rumah nenek aku pasal diberitahu atuk aku dah tenat. Kami adik beradik pun pergi sama (rumah nenek aku sebelah aje rumah mak aku). Aku pergi agak terlewat sikitttt. By the time aku sampai rumah nenek aku, atuk aku pun menghembuskan nafas dia yang terakhir. Alhamdulillah masa tu aku dapat control diri aku. Pasal atuk aku dah sakit agak lama jugak. Jadik kami anak beranak dah bersedia dengan keadaan ini.

Tapi yang paling aku tak boleh nak tahan diri sendiri bila secara tiba-tiba, cousin aku (lelaki) yang nenek & atuk aku bela dari kecik tetiba menjerit dan meraung bila tengok atuk aku dah meninggal. Memang sejak atuk aku mula tenat dia yang jaga atuk aku. Dia mandikan, pakaikan baju, dia jaga makan, b***k dan pakai atuk aku. Sejurus sebelum atuk aku hembuskan nafas yang terakhir dia keluar sekejap dari bilik atuk aku. Mungkin bagi peluang kami cucu-cucu yang lain untuk tengok atuk aku.

By the time dia masuk balik bilik tu atuk kami dah meninggal. Dia dan nenek aku berpelukan dan terus terbaring atas katil sambil meraung. First time ever aku tengok cousin aku tu nangis. Malah sambil meraung dan tersedu-sedu macam tuh. Sampai makcik aku terpaksa papah dia keluar dari bilik tu. Ye lah kan tak baik kan menangis dengan jenazah.

Aku yang pada mulanya boleh control diri aku terus menangis sama. Tak tahan rasa hati aku tengok dia menangis. Aku rasa sangat-sangat tersentuh.

Mulai dari petang tu, rumah atuk aku terus menerus dikunjungi orang ramai untuk melawat jenazah atuk aku. Atuk aku boleh dikatakan agak terkenal di kampung tu. Sapa tak kenal Pak Arab Salleh kat Air Hitam tu? Dulu masa atuk aku masih sihat, ramai orang datang ke rumah atuk aku minta buatkan air penerang hati, minta tolong buatkan sembahyang hajat dan macam-macam lagi. Jadi memang la tersangatlah ramainya orang yang datang berziarah. Dah macam kenduri kawin lak depan rumah atuk aku.

Malam raya, kami sekeluarga dah tak macam nak menyambut raya. Malah kami semua pun dah tak rasa nak raya langsung. Rumah nenek aku penuh dengan bacaan-bacaan Yassin dan ayat-ayat suci Al-Quran. Oleh kerana atuk aku meninggal dah petang sehari sebelum raya, jadi orang ramai cadangkan jenazah dikebumikan keesokkan hari ~ 1 Syawal. Pasal malam raya, orang semua sibuk dengan persiapan.

Esoknya, 1 Syawal, jenazah atuk aku dikebumikan selepas sembahyang raya. Bila diingat kembali, memang sedih sangat. Lebih-lebih lagi bila terpandangkan cousin aku dan nenek aku yang nampak sangat sedih & sugul. Orang ramai yang datang pun tak putus-putus sehingga seminggu raya. Sedara jauh dekat semua datang menziarahi nenek aku.

Sehingga ke hari ini, setiap kali 30 Ramadhan kami (siapa-siapa yang berada di kampung) akan kumpul di rumah nenek aku untuk tahlil dan berbuka bersama-sama. Dan setiap kali tiba 30 Ramadhan, akan mengingatkan aku pada 30 Ramadhan penuh syahdu yang pernah aku lalui... Al-Fatihah

Monday, October 24, 2005

Penatnya....

Hari ni rasa letih sangat. Flashback kejap... hari sabtu malam, jam 1.16 pagi aku bertolak balik ke Johor. Ala buat syarat la berbuka puasa dengan family aku pulak. Ish dah berkeluarga ni banyak hati yang nak kena jaga.

Hmm... dah hubby aku pun cuti Ahad & Isnin (untuk minggu ni aje), aku pulak cuti Sabtu & Ahad so terpaksa lah pandai-pandai bahagikan masa untuk keluarga aku pula. So... Sabtu tu hubby aku balik kerja pukul 12.15 pagi. Jadik relaks2 sekejap, jam 1.16 pagi bertolak balik. Sampai rumah mak aku, dah pukul 4.15 pagi. Mak pun tengah prepare sahur.

Lepas subuh, baru la aku & hubby boleh tidur. Bangun jek tidur, akak-akak aku ajak ke Summit Parade Batu Pahat. Malam tadi lepas sembahyang terawikh, kitaorg bertolak balik ke KL. Sampai KL dah jam 3 pagi, terus sahur.

Pagi tadi lambat gila datang kerja. Mengantuk yang amat!! Hmmm.... fikir-fikir balik, kalau aku yang tak drive ni penat macam ni, hubby aku mesi lagggggiiiiii penat dari aku ek... Ye lah hari Sabtu dia keje dari pagi. Pastu dia yang drive. Kesian abang......

Wednesday, October 19, 2005

Desperate Housewives

Tetiba aku rasa nak bercerita pasal siri TV yang boleh kata famous lah: Desperate Housewives. Atau lebih tepat, saja nak bagitau apa aku rasa tentang siri baru ni. Aku bukan lah peminat setia cerita ni. Tengok pun kadang-kadang je. Pasal selalu aku terlupa nak tengok hehehehe.

Apa yang best sangat cerita ni? Tak dinafikan cerita ni memang cukup popular sekarang. Aku pun teruja juga tunggu cerita ni dimainkan kat stesen TV di Malaysia. Lebih-lebih lagi bila Oprah had invited the casts to her show for several times. (I love Oprah Winfrey show)

Tapi bila aku tengok beberapa episod, hmm... cemana nak cakap ek? Mungkin cara pemikiran aku ni tak sama macam orang lain. Tapi aku rasa cerita ni agak kurang sesuai dengan tatacara hidup masyarakat kat Malaysia ni. Are the wives in Malaysia look that 'desperate'? Well, probably true in some cases but with the 'adat' and culture of Malaysians, we manage to cover it well.

Aku rasa sebenarnya cerita ini agak kurang sesuai untuk tontotan umum kat Malaysia. Though, it is actually a different kind of style in a storyline. Which, is good in the industry but not good if we wanna make it as a role model for our community.

Ok cuba kita tengok satu per satu watak-watak utama dalam cerita ni. We start off with Edie Britt (Nicollette Sheridan) a serial divorcee. Well, she is not one of the top four main actresses, but she is one of the icon in this drama series. Hehehe aku ni bila fikir watak Edie, aku terfikir, ada ke sebenarnya orang yang macam ni. I dont think we do, at least in Malaysian's community. But then in Oprah, it was proved that I was wrong. There are some people (very very few in fact, but still... there are some people), that really behave like this Edie Britt. Well, for Malaysians, please dont be like her, I mean Edie Britt.

Bree Van De Kamp (Marcia Cross), well at the beginning of the series, I believe she is one of the 'almost-perfect' wife with a perfect life. Everything is under her control. But towards the end of the first season, we can see how her family life is ruining. Her husband was having an affair and the children had their problems.

Susan Mayer (Teri Hatcher) the divorcee and single mom who will go to extraordinary lengths for love, and it tells on the first season how desperate she is to get Mike's intention. Kelakar juga watak Susan ni. Menggelabah betul. Pada aku agak menarik pengolahan watak Susan ni. On second tot, memang ada di antara masyarakat kita yang agak kelam kabut sikit, probably not as bad as her hehehehe... But then bila dipaparkan di TV agak menarik dan kelakar pula. At the same time, kesian pun ada.

Lynette Scavo (Felicity Huffman), who left her career to be a stay-at-home mother of four. Next season, she will be back to her fast track career in advertising. I love her role. Her four kids were so damn naughty, or I would rather said hyper-active. Tapi aku rasa antara banyak-banyak watak, watak Lynette ni lebih 'real' dengan kehidupan kita. Ramai wanita kat luar sana, yang ada karier yang kukuh. Tapi sanggup tinggalkan karier masing-masing demi untuk keluarga. Well, it is just so true, right?

Last but not least, the most desperado one, Gabrielle Solis (Eva Longoria), the ex-model with everything she's ever wanted - a rich husband, a big house, and a scandal with her garderner, John. Next season, she will learn that she will be having a baby… the problem is she's not sure who the father is. Aha... well, put aside her misbehave role in this series, I like her appearance. Her petite look and body just make her look so complete. Well, again, that's my opinion.

But all in all, aku tak berapa pasti kalau siri baru ni patut jadi tontonan semua masyarakat Malaysia. Kita kaya dengan adat, budi bahasa dan budaya yang mana tidak ada dalam siri ini. Tapi samada untuk menonton siri ini atau tidak, bergantung pada individu. Tepuk dada tanya selera. Ada yang gemar siri ini, ada yang mungkin 'satu kapal' dengan saya - kurang gemar akan siri ini dan mungkin ada yang langsung tak pernah ambil kisah.