Memang lama. Malah aku rasa terrrrrrrlalu lama aku tak menulis kat blog ni. Cuti panjang yang tak dirancang, so tak boleh la nak buat apa. Memang cuti yang tak dirancang.
Hmmm.... macam mana ek....
Kalau ikut hati aku ni memang aku nak tunggu lagi 2 minggu baru aku nak cakap. Tapi blog ni dah jadi tempat luahan perasaan... Sedih.. gembira... marah... tension... banyak yang terluah kat sini. Jadi aku rasa serba salah samada aku perlu bukak cerita ni atau tidak.
Hmmm..... (ni sambil pk pk pk pk pk dan pk lagi ni)
Ok lah gini. Penantian selama 5 tahun, dengan usaha, doa dan tawakal yang tak putus. Akhirnya segala doa, harapan dan usaha aku Allah makbulkan. Alhamdulillah semalam genap kandungan ni 8 minggu. Memang masih baru. Tapi Alhamdulillah semalam dah nampak heartbeat baby.
So cuti panjang yang tak dirancang tu sebenarnya MC yang doc bagi kat aku supaya aku rehat di rumah. Memang lama MC tu 2 minggu + 2 minggu. Jadi hampir sebulan aku cuti. Tapi... ye lah cuti bukan boleh berjalan ke mana-mana. Memang aku dinasihatkan supaya berehat, jadi memang aku tak boleh ke mana. Duduk aje lah kat rumah.
Hari ni dengan rasminya aku dah mula bekerja semula. Walaupun semalam doktor advice nak sambung MC aku lagi 2 minggu. Tapi memandang boss aku yang hampeh tu dah bising-bising aku MC lama, so aku datang la jugak kerja.
Menggigil-gigil jugak aku nak bawak kereta. Hehehehe.... ye lah aku ni dah dapat stereng tak reti nak perlahan. Lagi pun sebulan aku cuti, sebulan la aku tak bawak kereta langsung. Jadi cuak gak.
Tapi Alhamdulillah setakat ni semuanya ok. Dan pada kawan-kawan semua, doakan keselamatan aku dan baby ok...
3 comments:
Alhamdulillah... tahniah..
kak lili... congrate. akhirnya tercapai gak harapan akak. saya dah agak dah. so jaga la baby bebaik yer.
to Gee,
Thanks dear. Ni ko dah balik Holland la ni ek?
to Izan,
Thanks. Camana keje baru? Memang seronok Izan. 5 tahun tunggu. Cuma la ni......
Post a Comment