Thursday, July 27, 2006

Terima kasih teman...

Thanks kepada semua yang turut sama bersedih dan bersimpati atas kehilangan yang aku alami. Memang bukan mudah untuk melepaskan diri dari ingatan itu.

Walaupun pada setengah orang jangka masa 12 minggu tu sekejap. Tapi jangka masa 12 minggu tu bagi aku cukup lama, lebih-lebih lagi dengan kehadiran adik dalam rahim aku.

Walau bagaimana pun, aku tetap ucapkan terima kasih. Kata-kata nasihat dan dorongan kalian banyak membantu in my healing progress. Aku akui dah memang bukan rezeki aku. Allah lebih Mengetahuinya. Aku hanya berserah dan berdoa aje.

Alhamdulillah sekarang ni aku semakin tabah. Insya Allah kalau ada lagi rezeki aku, adalah nanti. Aku akan terus berdoa dan berusaha.

Cuma malam tadi sememangnya satu lagi dugaan yang Allah bagi pada aku. Sejak buat D&C minggu lepas, aku sentiasa ambil Ponstan dan Antibiotic on time. Hari Selasa lepas last day aku makan ubat. Kira Rabu tu seharian la tak makan ubat. Bukan aku sengaja tak makan ye. Tapi memang doktor bagi bekalan ubat untuk 5 hari aje.

Malam tadi kira-kira jam 10.30 mlm, tiba-tiba aku rasa perut ni macam mual sangat. Kat ari-ari rasa sakit yang teramat sangat. Aku masuk bilik, telefon laki aku. Sakitnyaaaa.... dia suruh aku bersabar. Dia pun bukan boleh buat apa, aku kat kg, dia kat KL.

Lepas bercakap dengan dia, aku ke toilet ingat nak solat Isyak. Sekali bila aku check, tengok ada darah. Aku tahan rasa panik. Tukar baju, pakai stokin tapi sakit tu tak juga hilang malah makin menjadi. Sehinggakan aku rasa nak berjalan pun tak mampu. Malangnya bila tanya mak, jgn kata Ponstan, Panadol pun tak de kat rumah tu.

Jadi terpaksa la aku guna cara tradisional. Aku isi air panas dalam botol dan aku tekap botol di perut. Kurang sikit, tapi masih tetap sakit. Tak tahan sakit aku telefon laki aku. Menangis-nangis aku bercakap dengan dia kerana tak tahan dek sakit. Makcik kat tempat kerja dia kata, mungkin tu darah period. Dan aku sakit tu period pain. Tapi aku tak rasa darah period. Takkan belum seminggu aku dah period balik?

Alhamdulillah lepas tu aku terlelap. Tapi setiap 1/2 jam aku terjaga kerana kesakitan. Dalam pada sakit tuh, aku boleh rasa darah semakin laju keluar. Aku paksa mata tidur sambil tangan tak lepas menekap botol air panas ke perut.

Bangun pagi tadi, Alhamdulillah keadaan bertambah ok. Sakit pun dah kurang. Aku bukak internet, do some reading.

Bahan dari: http://www.pregnancyloss.info/waitingforaf.htm

A less common, but still normal, recovery goes like this
Your bleeding tapers off quickly, but with some spotting. You think it is over. Perhaps a week or even two will pass, and you begin to wait for your period. Then suddenly, it begins again. Strong cramping, heavy bleeding, and pain. You are scared and shocked and sad all over again. You hope it is just your period, but it is not. (You must not bleed at all for about 20 days for it to be a real period, otherwise you have not gone through the hormone chain properly.) You call your doctor, who may or may not be responsive. Most will just tell you to call them in a few days if it doesn't stop. You hang up very upset, and don't know why they don't care more about you and your predicament.

That's because within a few days, it does stop, and you are just spotting again. Here is what happened, some tissue was missed during your D&C or natural miscarriage. A bit of placenta clung to the wall of the uterus. It continued to draw a little blood, and the body continued to create very small amounts of pregnancy hormone. Eventually the body realized no baby was there and turned loose of this last bit of tissue. The miscarriage process begins again. Only now will your levels drop to zero and a new cycle begin. You cannot expect a normal period any sooner than four weeks from this, and up to seven weeks could still be normal. Your total wait time from original miscarriage to first period can creep up to nine or ten weeks and still be normal.



Lepas baca artikel di atas dan beberapa artikel lain, aku rasa lega sangat. Sekurang-kurangnya aku tahu tu bukan darah period. Ye lah takkan belum seminggu dah period balik. Tak munasabah lah kan?

Sekarang ni, Alhamdulillah aku rasa makin sihat.

3 comments:

Anonymous said...

dearie lily ,
aku pun sedih dengaq cita nih..aku harap koo sabar banyak2 sesungguhnya apa yg terjadi tu ada hikmah nye ...

dari,
Shaz

LMj said...

to shaz:
tq shaz. sememangnya aku redha dengan ketentuan Ilahi.

hari ni last aku online kot. esok aku balik KL. cuti seminggu lagi. Tak de internet kat rumah. lepas tu baru naik keje. nnt kita borak kat ym.

but keep hoping to my blog. aku bnyk update in my blog lately.

LMj said...

to yatzkimie,

Mama... terima kasih. Salam to abg Nizar. Aku redha dgn apa yg berlaku. Semuanya di luar kemampuan aku untuk menahannya.