Sunday, July 23, 2006

Tinggal Kenangan

Segalanya tinggal kenangan. Tiada lagi adik. Tiada lagi mama. Tiada lagi ayah.

Mungkin aku terlalu awal memberitahu kalian dan berkongsi berita gembira di dunia cyber ini. Tapi dah bukan rezeki aku. Dengan berat hati aku terpaksa melepaskan pemergian adik dengan redha.

"Adik, walau apa pun, mama & ayah akan sentiasa sayang adik. Tunggu mama di sana ye..."

Perit hati ini untuk menerima hakikat adik yang kami tunggu selama 5 tahun, terpaksa aku lepaskan. Perit, sedih dan jiwa terasa kosong. Bukan 1 tahun, bukan 2 tahun... tapi kami menunggu perkhabaran gembira selama 5 tahun.

"Walaupun hanya 12 minggu adik di dalam rahim mama. Mama berterima kasih pada adik dan pada Allah kerana mengurniakan kegembiraan yang sebentar ini untuk mama dan ayah."

Yea... tanggal 20 Julai 2006 (Khamis), aku terpaksa menerima berita sedih ini dengan berat hati.

"I am sorry we have to do D&C tomorrow. Fetus is there but the heartbeat dah tak ada. Missed Abortion, so kita mesti kena buat D&C secepat mungkin. Insya Allah ada lagi rezeki u. Berdoa banyak-banyak. You can pregnant, cuma mungkin kali ni bukan rezeki u."

Bagai nak luluh jantung aku bila dengar perkhabaran dari doktor on my last visit. Dah la masa tu laki tak ada. It was just me. Aku cuba tahan air mata ini. Aku tahan sendu di depan doktor. Tapi sebaik sahaja pintu bilik doktor tertutup, akhirnya tangis yang aku tahan terlerai jugak. Di situ, di depan pintu doktor aku menangis tersedu-sedu. Sedar dengan mata-mata yang memandang, tapi aku tak boleh manahn sendu ini lagi.

Sedih, pilu, hancur hati ni aku rasa. Aku kesat sisa air mata dan hantar fail pada nurse. Tapi aku terpaksa jugak ke toilet untuk melepaskan saki baki sendu yang masih bersisa. Ya Allah... tabahkanlah hati hamba-Mu ini dalam menempuh dugaan ini. Sesungguhnya Kau yang lebih Mengetahui.

Keluar klinik, hati dah tak boleh di tahan lagi. Aku cuba telefon laki aku. Tapi tak dapat. Dah macam orang hilang akal, aku menangis tersedu-sedu sambil tak putus cuba menghubungi laki aku di pondok teksi. Orang lalu lalang mesti ingat aku ni gaduh dengan laki aku. Tapi hakikatnya lebih dari itu. Aku baru kehilangan adik yg aku tunggu selama ini.

Lepas dapat menghubungi laki aku, dia ambil aku dan kami terus ke rumah. Langsung kami tak berselera nak makan. Aku sorang menahan rasa di bilik. Laki aku menahan perasaan di hall. Lepas maghrib baru lah aku turun dan berdepan dengan laki aku.

Kami sama-sama meratap hiba dan menangis bersama. Tiada kata yang terluah... cuma air mata dan sendu. Kami berpelukan menangis bersama. Berat mata memandang berat lagi bahu kami yang memikul. Kesedihan ini, hanya kami yang lebih memahami dan mengerti.

"Adik, beratnya hati mama nak lepaskan adik. Adik masih ada dalam rahim mama, mama berat hati nak lepaskan adik. 5 tahun mama tunggu kehadiran adik. Kenapalah cepat sangat adik meninggalkan mama dan ayah. Kami sayang adik."

Malam tu, laki aku balik ke rumah mak dia. Aku ikut sama, cuma aku tak turun dari kereta. Aku cuma rasa nak keluar dari rumah ni tanpa berjumpa dengan sesiapa yang aku kenali. Aku tak mahu mereka bertanya. Walaupun aku tahu mak dan bapak takkan bertanya. Malah adik-adik ipar aku yang memahami pun takkan bertanya. Tapi aku tak sanggup untuk mengadap pandangan simpati mereka.

Sepanjang perjalanan, laki aku mengalirkan air mata. Tiada sendu yang aku dengar, cuma lingangan air matanya yang tak putus turun membasahi muka. Aku naik sayu. Aku tahu, bukan aku sorang merasakan kehilangan ini. Dia pun turut merasai.

Jumaat - 21 Julai 2006
Tarikh yang tidak akan aku lupa sehingga bila-bila. Awal pagi kami dah bertolak ke klinik. Walaupun berat rasa hati ni. Tapi aku terpaksa juga melepaskan adik.

Jam 9.30 pagi nurse panggil. Aku tukar baju dan bersedia untuk dipanggil. Selang 15 minit, nurse dah panggil aku ke Operation Room (OR). Sejuk sungguh OR tapi dada aku berdebar. Hati tak putus berdoa dan berselawat.

3 kali nurse tak dapat cari urat aku utk ambil darah. Masuk kali ke 4 baru berjaya. Dr Hamid masuk ke OR, nurse ready utk masukkan ubat tido kat aku. Dan....

Aku tak sedar apa pun. Ntah berapa lama aku berada dalam OR. Yang aku sedar, sehabis procedure nurse terus kejutkan aku. Dan terus pindahkan aku ke katil. Sesampai di katil aku terus sambung tido dek kerana ubat tido yang masih ada.

Aku sedar ketika tu jam 11.30 pagi rasanya. Laki aku masuk dan menunggu aku hilang mamai. Aku toleh ke kiri. Ada secawan milo yang nurse sediakan. Di sebelahnya, sisa-sisa tisu dan fetus yang dikeluarkan ada dalam botol kecil. Tak sanggup rasa hati untuk memandang lebih lama. Aku tak mau menangis lagi depan laki aku. Kerana aku tahu, kalau aku mula menagis lagi, dia pun akan terasa sedih. Cukuplah kami ratapi saat kehilangan adik semalam.

Selepas sedar, aku tukar baju dan berjumpa doktor. Doktor bagi mc 2 minggu utk aku berehat. Selepas 2 minggu, dia akan berjumpa dengan kami lagi. Kami takkan putus usaha. Kini kami dah tau, kami ada harapan untuk memiliki zuriat sendiri. Kami akan terus berusaha.

Sampai di rumah, tak ada kata-kata yang terkeluar. Mak dan akak aku kata akan datang ke rumah. Esok (Sabtu), aku akan ikut mak balik ke kampung. Takkan laki aku nak cuti panjang kan? Jadi biarlah aku balik kg seminggu. Tenangkan fikiran. Terima kenyataan ini dengan redha.

Petang, laki aku tanam sisa-sisa tisu dan fetus di depan rumah. Kami ingin adik sentiasa dekat di mata dan di hati kami. Hampir maghrib, akak dan mak aku datang. Alhamdulillah dengan kemeriahan orang ramai di rumah tu, aku tak ada masa untuk melayan perasaan sedih.

Sabtu, aku bertolak balik ke kg lepas Isyak. Tinggallah abang yea untuk seminggu.

Dan... hari ini, di rumah mak aku melakarkan apa yang terjadi pada diri aku beberapa hari ini. Aku pasti ramai kawan-kawan yang mengikuti perkembangan aku kat blog ini ingin mengetahuinya.

Tapi aku mohon satu aje. Tolonglah, nanti sekembali aku dari cuti, tolonglah jangan terlalu bertanya. Aku tahu kalian simpati. Aku tahu kalian care kat aku. Aku faham. Tapi... aku minta kalian memahami perasaan aku. Maafkan aku. Aku dah lepaskan adik dengan redha. Biarlah aku kenang dan ingat dia di dalam sudut hati ini. Aku tak mahu meratapi pemergiannya lagi. Kerana aku yakin dengan Kuasa Allah dan hikmah di sebalik apa yang berlaku.

"Adik, tunggu mama di sana....."

7 comments:

PiN(u/a)Ts said...

aku tumpang sedih li...

apa2 pun sabarlah.. masih ada peluang lagi, jangan putus asa kay..

Anonymous said...

LiLy..
mai pun tumpang sedih..
aper yg berlaku tu seme dugaan..

nasib haku nihh pun ntah lerr..
susah nak kate..
itu hari wat IUI pun..
takde aper yg berlaku...atleast
kalo period dtg..tau lerr jugak
bende tu tak menjadik..

larr nihh tak kluar2 lagi..
akceli doc haritu cam bagi harapan kat haku ngatakan haku akan "ngandung".. tp

tunggu jerr lahh..sampai perut buncit..hehehe..

haku pun masa tu..taknak larr war2 kan beria2 sangat..cume kat my mother mintak dier doakan yg baik2 jerr..tp habis seme dier war2 kan kat jiran2 mengatakan anak dier ngandung...

aduhhh tension..haku...
belum aper2 hal lagi dier dahh sebarkan...saborr jerlahh skang nihh...

tp lepas 1 bulan lebih..
memang takde ape2 pun time scan..
dan wat UPT..pun doc kate...
nothing..

harapan ku luluh..bagai kace terhempas ke batu...tp aper nak buat..nangis air mata darah sekalipun..kalo tuhan belum nak bagi..kannn...haku pun redha lepas tu..

sampai skang..haku tak bagi tauu family haku lagi...even my mother sendiri..asik tanyer kat haku.."ko dah berape bulan dahh.."..haku just ckp.."ntah takk tahu..tunggu jerlah.."

dlm hati haku..kalo tuhan nak tunjukkan keajaibannyer..maner larr tau kann...time haku tak pikir ape2 nihh..tetiba ada plakk..

bersabauuu jerlahh skang nihh banyak2...

haku harap ko kuat semangat lily...insyaAllah haku pasti..ko akan lekat kali nihh...ko tengok ANITH...dah mcm susun paku dahh haa...hehehe...ok larr tu..kan...

- MAI -

Hang Kasturi said...

hai lily..
haku harap ko sabor key..
nihh semua dugaan dr tuhan..
kite sebagai makhluk allah kene redha dgn aper yg berlaku..

insyAllah..haku pasti lepas nihh..ko pasti bleh lekat..
mcm ANITH..nengok dier dahh berderet dahh mcm susun paku..keyy..

goodluck girl..semoga..kite terus berusaha dann berusaha tanpa putus asa...ok...

- MAI -

Hang Kasturi said...

lily..
ko kene kuat semangat hadapi semua nihh...anggap larr nihh ujian dr Allah keyy...haku pasti pasnih..ko pasti lekat..ko nengok Anith..dah mcm susun paku dahh..ehhehehhe..orait larr tu..

LMj said...

to Pinat:
Thank you. Memangsabar aje lah Pinat. Dah bukan rezeki aku.

to Mai:
Sama-sama lah kita bersabar Mai. Dah bukan rezeki kita. Kita hanya merancang Allah yang lebih Mengetahui.

Mmg masa memula terima berita aku mcm tak boleh terima hakikat tuh. Bayangkanlah Mai, dia masih ada dalam rahim aku masa aku terpaksa lepaskan dia.

1 hari puas kami laki bini menangis bersama, biarlah habis di situ aje. Insya Allah lepas ni kami akan usaha lagi.

Apa pun aku bersyukur atas kegembiraan sebentar yg Allah anugerahkan. Mungkin ada hikmah atas semua yang berlaku. Kita berdoa aje lah.

Thanks for your advice and concern.

Anonymous said...

ly... menitis air mata aku baca coretan ko nie... perasaan bercampur baur, fikiran jadik kosong sekejap... tak tau kenapa... yang pastinya baru aje 2 minggu lepas kita berbual n bertukar cerita 'bout ur progress n treatment thru phone di ofis...

takpe ly... redha... org2 macam kita ni kena banyak bersabar... aku percaya ada rezeki ko yang lain lepas nie... tuhan nak duga kita sejauh mana kita mampu hadapi...

aku harap ko tabah... juz remember that ko masih ada kawan2 yang senasib dengan ko...

aku sentiasa doakan ko...

wassalam...

LMj said...

to Anonymous:
Ana kan? Kalo tak salah aku la. Mahap la kalo salah yek.

Tu lah... nak kata apa. Redha aje lah. Segala yg berlaku ada hikmahnya. Sbb tu on the first place aku serba salah sgt samada nak cerita ke tak.

Tak cerita kang, ada yg kata aku sombong lak tak nak share good news. Cerita plak, kang bila berlaku kes mcm ni... aku pun jadi tak tau nak kata apa.

Sesungguhnya aku cuma boleh merancang. Hanya Allah yang Menentukan.