Yea... aku kembali lagi lepas sambung cuti lagi selama seminggu. Kali ni pun cuti yang tak dirancang.
6-Julai-2006 punya cerita
Minggu lepas, to be exact 6-Julai-2006, tengahari aku tgk ada spotting. Aku dah mula berdebar2 dalam hati. Aku cuba berlagak tak panik. Aku terus telefon klinik. Dia orang suh aku dtg sana secepat mungkin. So, aku terus telefon laki aku. Dia datang sini ambil aku dan kitaorg bergegas ke klinik.
Sampai klinik, doc buat ultrasound. Alhamdulillah baby ok. Cuma heartbeat baby looks very weak. Doc bagi aku mc lagi seminggu. So... aku pun duduk la rumah lagi... Tapi once in 3 days aku kena ambil injection kat klinik.
13-Julai-2006 punya cerita pulak
Selepas seminggu berehat dan cuba berlagak tenang kat rumah (walaupun hati aku ni macam menangis, pasal I got the feelings that I'm losing my baby), aku datang ke klinik untuk follow up.
Seperti minggu lepas, doc terus buat ultrasound. Dada aku ni dag dig dug dag dig dug... Cuak... takut... sayu... semua ada dalam dada ni.
Alhamdulillah... aku boleh nampak baby aku. Tapi aku pun risau pasal doc macam tak puas hati aje. Abis dia pusing sana, pusing sini. Dia amik ukuran baby. Dah 2cm. (adik... adik dah 2 cm dalam perut mama, dik... - hati aku bersuara).
Tapi doc masih keep on pusing sana, pusing sini. Then doc cakap, heartbeat baby tak nampak. Tapi from one angle, the nurse can see the 'heartbeat'. Tapi doc kata, it does not make sense pasal bila tgk dalam kedudukan baby baring, they should be able to see the heartbeat at the centre because that's where the heart is. But... they couldn't see it.
Aku rasa bagai nak gugur jantung aku ni. Tapi aku cuba tahan aje. Doc suh aku laki bini banyak2 berdoa dan bertawakal. Dia akan tengok seminggu lagi. Dia kata, ada possibility baby membesar dengan normal, tapi actually dia tak hidup. Uwaaaa...... rasa nak nangis kat situ gak bila aku dgr.
Tapi dia suh aku berdoa banyak2. Serah pada Allah. Kalau ada rezeki aku, adalah.... Dalam kereta, aku tak boleh tahan air mata lagi dah. Makin lama makin lebat.
'Adik... lamanya mama tunggu 5 tahun untuk dapat adik. Jangan tinggalkan mama.'
Dan hari ni dengan berat hati aku terus masuk kerja. Mula-mula aku ingat nak cuti aje. Tapi bila fikir balik, kalau duduk rumah mesti aku nangis aje. Baik aku datang kerja. Cuma yang aku risaukan, mulut-mulut yang akan bertanya kat opis ni. Aku tak tau nak jawab macamana. Dan aku bimbang kalau aku bukak mulut, mata aku pun gatai le nak banjir sama.
Jadi tengahari, masa diaorg sibuk makan kat pantry. Aku lari kat opis sebelah kejap. Aku tak mau orang bertanya. Bukan aku tak suka. Aku tau diaorg ambik berat. Cuma kalau boleh, aku tak mau jawab. Aku tak mau bersuara untuk menjawab. Aku tak mau menambah luka kat hati ni.
Maafkan aku...
No comments:
Post a Comment