Alhamdulillah.... dengan menghabiskan masa 2 hari balik kampung, aku berjaya mengutip kembali semangat aku. Sekarang ni cuma berdebar-debar menunggu next appointment hari Khamis ni. Apa pun berlaku aku tawakal aje. Aku doa yang baik-baik aje. Insya Allah kalau ada rezeki aku, adalah.
Dua hari di kampung memang seronok. Hati tenang, fikiran lapang. Dan itu yang aku harapkan. Tak perlu orang cakap apa lah... tengok muka mak, muka akak-akak aku, muka adik dan muka si co'et ~ Huda yang comel dan keletah tu buat aku rasa release semua yang membelenggu fikiran.
So... hari ni bukak lembaran baru. Aku tak mau tension-tension macam minggu lepas. Aku dah usaha.... aku tak putus doa dan tawakal. Apa pun ketentuan Allah, aku redha.
------------------------------------------
Semalam petang, dok bersembang la kami adik beradik. Yang si co'et Huda tu dok tanya tu tanya ni. Baru masuk 5 tahun bulan lepas. Tapi mulut keletah mengalahkan mak murai. Tiba-tiba si kecik tu bercakap sesuatu yang mak aku tak berapa gemar la nak dengar. Tapi tetap aku dan kakak-kakak aku gelak-gelak, yelah budak umur 5 tahun tapi cara cakap macam orang tua.
Tengah aku dan akak-akak aku gelak,
Huda : Tengok tu jeddah tak senyum pun kat Huda. (Jeddah menggantikan panggilan nenek pada mak aku)
Huda : Macam marah, macam tak marah.
Hahahahahahaha..... aku dan akak-akak aku sambung la gelak lagi dengan ayat spontan si co'et tu. Bayangkan budak 5 tahun cakap macam tu. Mak aku pun terus la bangun dari kerusi, nak masuk bilik dia. Dah memang lama kami bersembang kat luar tuh.
Jeddah : Yelah cucu nya nakal. Jeddah marah la (saja mak aku membalas balik)
Huda : Ampun Jeddah... ampun... Ampun Jeddah (sambil mengangkat kedua-dua tangan ke kepala, mcm org istana mohon ampun)
Aku dengan akak-akak aku lagi le tak tahan tengok gelagat jantung hati sorang tuh. Budak-budak...
No comments:
Post a Comment