this is where i put my tots, feelings, emotions and journey into writing. my life seems like a chocolate box, sometimes it's just chocolate, sometimes it's full with nuts... woot!!!
Monday, May 13, 2013
Being a Mom is so precious
Mothers Day kali ni rasa sungguh bermakna. Hari Jumaa lepas, ambil je Biha terus dia peluk cium dan cakap "Selamat Hari Ibu mama... Biha sayang mama."
Alahai... kalau tak kerana cikgu Biha tu tengah tengok, rasa nak menitik air mata mama. So, terpaksa la mama berlagak cool. Dalam hati rasa berbunga-bunga riang. Oh.. anak mama dah besar rupanya.
Masuk kereta, Biha tak sabar-sabar nak tunjuk kad Hari Ibu kat aku. Alahai.... canteknya sayang. Pandai anak mama tulis. Siap ada bunga-bunga lagi. Terharu mama.
Itulah harga kasih sayang mak dan anak. Buat aku kengkadang rasa sayu dan pilu. Yelah.... orang dah tak de mak macam aku, perkara kecil macam ni pun boleh buat aku tersentuh. Buat rasa rindu. Buat rasa sebak. Tu yang buat senang je nak meleleh air mata.
Untuk ubat kesayuan hati, hari Sabtu lepas aku ajak mak dan ayah mertua gi dinner. Tak de la aku nak wish mothers day kat dia. Huhuhu... tapi aku harap mak mertua aku faham niat aku. Aku sayang dia.... mungkin tak lebih dari aku sayang mak aku. Tapi aku tetap sayang dia sebab dia mak kepada asben aku.
.
.
.
Mak... wish you're here.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment