Thursday, May 30, 2013

selepas lebih 7 tahun

Alhamdulillah... selepas 7 tahun berusaha dan menunggu, akhirnya selesai sudah semua urusan di Amanah Raya.

Alhamdulillah.... syukur ke hadrat Ilahi sebab memberi kami kekuatan dan kesabaran menunggu.

Terima kasih yang tak terhingga buat adik aku yang telah berusaha, membantu dan bersabar selama 7 tahun ni menguruskannya dengan ikhlas. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Selepas arwah mak pergi mengadap penciptanya, akhir 2006 yang lalu, Apis dengan berani melangkah ke hadapan untuk membantu kami adik beradik menguruskan segala urusan berkaitan dengan pusaka arwah mak. Mak pergi tanpa wasiat.

Kami, adik beradik, memang tak pernah tau pasal harta ke pasal tanah ke.... sebelum ni semua adalah diuruskan oleh mak. Memang ada sekali sekala mak menyebut pasal duit simpanan dia, pasal tanah dia, pasal tanah yang dulunya milik arwah abah. Tapi kami tak pernah ambil port.

Lepas mak pergi, satu-satu kisah yang pernah dia sebut... itulah yang membantu kami mengesan dan mengingat kembali. Bukan niat untuk berebut. Alhamdulillah... tiada istilah berebut harta pusaka dalam adik beradik kami. Alhamdulillah... kami sebulat suara bersetuju untuk muafakat dan ikut faraid sahaja.

Alhamdulillah... mak adalah seorang yang sangat sistematik. Semuanya dia tulis. Semuanya.

Mak ada buku yang dia tulis setiap pembayaran cukai tanah, cukai harta, zakat dan sebagainya. Siap dengan nombor lot tanah dan nombor geran. Setiap tahun. Setiap pembayaran mak catatkan. Malah setiap pembayaran yang mak bantu bayarkan untuk nenek pun mak catatkan. Mak memang amanah orangnya.

Dari situ kami belajar. Dari situ, adik aku memahami.

Kami setuju serah kepada Amanah Raya untuk urusan ni. Walaupun kami tahu akan ambil jangka masa yang panjang. Tapi... Alhamdulillah... sekarang semua dah selesai.

Terima kasih mak. Terima kasih abah. Terima kasih Apis.

Dari sini aku belajar sesuatu:
1. Rumah sebiji yang aku ada ni (harta peninggalan mak untuk aku) - akan aku tukar ke nama Biha nanti. Supaya lebih mudah bila aku tiada nanti.

2. Aku mesti letak nama waris bagi akaun KWSP dan akaun Tabung Haji aku. Kalau tiada rekod waris, simpan Tabung Haji akan masuk ke Amanah Raya. Simpanan KWSP? Ntah la.... tapi aku perlu buat supaya memudahkan waris aku nanti.

3. Jika ada masa, aku perlu tulis wasiat. In Shaa Allah....

... dan ini juga pesanan buat kalian..... kita tak tau bila ajal akan menjemput. Jom kita fikirkan...

No comments: