We had fun!!
Ticket for Kitty Town or Little ig Club only RM55 per pax (dengan MyKid / MyKad). Kalau ambil dua package - Kitty Town dan Little ig Club RM85 per pax (dengan MyKid / MyKad). Kanak-kanak 3 tahun ke atas sama je tiket dengan dewasa.
Kami masuk 9 orang kanak-kanak dan dewasa. Total tiket RM765. Pergh!!!!!!!!!
First destination, ke Tea Cup's Ride. Huhuhu.. bukan kata budak-budak. Mak budak ni pun sibuk nak masuk sekali. Penyek lutut akak huhuhu... tapi gigih gak la masuk. Well, sekali cukup la akak masuk ride ni. Memang sesuai untuk budak-budak je ye. Huhuhu.....
Then, kami terus tunggu for Kitty Parade. Wallaaa... menarik. Biha suka. Mama pun suka. Masa dia invite kanak-kanak join the dance, aku tolak la Biha suh join. Nasib baik la Biha berani dan suka. Haliff pun join sekali huhuhu...
Next, kami naik ke tingkat 2 - Little Big Club Park. Masuk sekejap ke Angelina's Dance Studio. Biha dapat la ikut kelas belajar ballet yang ringkas. Lepas belajar ballet, ambil gambar dgn Angelina - si tikus kaler pink yang orang kata comel. Huhuhu.. comel? Korang tau tak Angelina tu apa? Tikus tau tak?? Aduhaiii....
Dapat bergambar dengan character Bob the Builder.
Tapi makan.... mahal giler. Air mineral RM3. Sosej RM7. Hotdog RM6. Nasi goreng RM15 huhuhu.... Tapi sebab anak-anak nak makan, abis gak la duit kat makanan tu.
Pastu sambung naik rides.
Puas kat Little Big Club Park, kami turun semula ke Hello Kitty Town. Banyak lagi tempat kami belum singgah. Orang masih ramai beratur untuk mengalami dunia Hello Kitty - Wishful Studio. Masa kami pergi ada 5 studio yang kita boleh lawati - Nail Art Studio, Cookies Making, Jewellery Making, Maskot Scooping and Costume Photo.
So, first sekali, kami masuk ke Nail Art Studio. Kat sini tak ramai orang beratur, jadi kami ke sini dulu. Rupanya sesi buat seni kuku. Huhuhu... ada meja disediakan dengan pelbagai warna kuku. Huhuhu... for kids, disediakan nail sticker. Huhuhu... i like. Aku memang biasa main hias-hias kuku ni dengan Biha. Hehehehe....
Then kami masuk ke Kitty's House. Memang macam dalam mimpi. Segalanya penuh dengan Hello Kitty. Kami yang dewasa pun rasa teruja. Inikan pula kanak-kanak. Lebih gembira la weh...
Last sekali, kami ke tempat Cookies Making Studio. Boleh buat hiasan jem dan coklat kepada cookie. Lepas tu boleh makan. Then ke Jewellery Making Studio. Hias gelang sendiri dan boleh bawa balik.
Kami keluar dari situ dah hampir jam 6pm. Sempat lagi ronda-ronda kat souviner shop. Kami keluar dah jam 6.30pm. Memang berbaloi baloi beli tiket huhuuhuhu...











No comments:
Post a Comment