Mula kembali mengorak langkah. Harap rezeki yang Allah bagi ni berkekalan. Terima kasih buat Kak Ayu dan famili yang sama-sama melangkah ke sini.
Chef Nadzri kembali beraksi dengan brand baru. Red Hot d' Cafe di Aras B, Kafeteria Wisma Perkeso Kg Baru. Premis baru ni dibuka Isnin - Jumaat dari jam 8.00pagi hingga 6.00ptg.
Meh la singgah.
Menu yang mantap disediakan:
Set Nasi + Sup Tulang Meletup
Set Nasi + Daging Black Pepper
Set Nasi + Ayam Goreng Kampung
Set Nasi + Burung Puyuh Berempah
Set Nasi + Asam Pedas Pari
Untuk sarapan pagi & minum petang, menu istimewa disediakan. Lempeng kelapa dengan sambal sardin. Lempeng kelapa yang sedap, baru dimasak dan dihidang panas-panas. Pasti membuka selera wehhh...
Sup Tulang memang meletop. Asam Pedas Pari Melaka memang mantap. Daging black pepper yang wallaaa.....
Tak lupa Ayam Goreng Kampung dan Burung Puyuh Berempah yang lazaatttt..... kalau tak cuba rugi.
So, buat kengkawan yang ada jalan-jalan area Wisma Perkeso, Kg Baru. Jemput la singgah. Kalau sedap boleh rekomen kat kawan-kawan lain. Kalau tak sedap, bagitau la kami supaya dapat diperbaiki.
Kalau nak buat tempahan katering juga boleh diuruskan, untuk menu-menu di atas dan juga untuk menu western (cth: Chicken Chop, Grilled Chicken, Lamb Chop dengan Sos Black Pepper dan Sos Mushroom yang yummy). Boleh contact:
Chef Nadzri (018-2318308)
Kak Ayu (011-23556409)





No comments:
Post a Comment