Thursday, May 16, 2013

Cikgu, Kaulah Pendidik Anak Bangsa


Hari ni tanggal 16 Mei 2013. Bersamaan dengan Hari Guru.

SELAMAT HARI GURU!!!

Ucapan terima kasih yang tak terhingga... 1st sekali buat 2 orang cikgu yang membesarkan saya - Mak & Abah saya. Atas didikan Mak & Abah la, Lily berjaya menjadi manusia yang berpegang pada agama, menjaga adab dan hormati orang tua.

Ucapan terima kasih juga buat guru-guru yang pernah mengajar aku. Dari tadika, sekolah rendah (Sek. Keb Ayer Hitam), sekolah menengah (Sek. Men Dato' Menteri dan MRSM Muar). Juga buat pendidik-pendidik semasa aku kat Akademi Bahasa MARA, Matrikulasi dan UIA. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Juga ucapan Selamat Hari Guru khas buat kekanda aku (Kak Ida, Kak Emi dan Abg Long), juga buat rakan-rakan yang bertugas sebagai guru / pendidik. Sesungguhnya jasa kalian sangat tinggi mendidik anak bangsa. Juga buat semua parents..... sebab you're the 1st teacher to your kids.

Semalam masa ambil Biha kat nurseri, cikgu dia pesan... esok ada pot luck kat tadika. Minta ibu bapa bawak jajan-jajan skit. Biha pun sangat excited. Sebab tahun ni baru dia faham perayaan ni. Jadi, balik semalam kami beli la hadiah sikit untuk cikgu-cikgu Biha. Sampai rumah... kami sesama bungkus. Wahhh..... bestnya. Akak kan suka keja bungkus bungkus hadiah ni. Macam Santa Clause.

Huhuhu...

Pasti Biha kata nak buat kad untuk cikgu. Alamak.... Biha... tak de kertas cantik la. Tak yah la buat kad eh. Kan kita dah bagi hadiah kat cikgu huhuhu... nasib baik Biha cool huhuhu...

Tadaa.... cool tak???? Buat Cikgu Wani, Cikgu Ros, Cikgu Siti, Cikgu Liza dan Teacher Carol. Thank you for your teaches and patience...



No comments: